MH370 Doa Orang Yang Soleh dan Keluarga Mangsa

10:29 PG JunAina 14 Comments


Kata kapten Norudin Abd. Majid (updated) yang di temuramah oleh Izwan pengacara TV3 semalam. Biarlah mereka yang pakar buat kerja. Selain itu dari sudut lain doa orang-orang yang soleh yang dekat dengan Allah dan doa keluarga mangsa yang sangat mengharap adalah sangat penting buat masa sekarang. Insyaallah. Doa-doa mereka akan makbul.


Wajah kepten ini sangat tenang. Melontarkan pendapat dengan terang, satu-satu perkataan jelas keluar dari bibirnya, menerangkan dia sangat berhati-hati bila mengeluarkan pendapat. Izwan meminta pendapat kapten dari sudut agama. Katanya juga studio semerbak dengan bauan minyak atar.


Berdoalah semua rakyat Malaysia demi mangsa dan demi keluarga mereka. Jangan diletakkan sempadan bangsa serta agama di ketika saat segenting sekarang. Bermunajat memohon ehsan dari Allah buat kita hambanya yang kerdil.


Pagi tadi sempat mengikuti perkembangan di televisyen, seorang sepupu Nathan (rakan sekerja) ditemuramah, mungkin isterinya sudah tidak berdaya memberi apa-apa komen dengan emosi yang tidak stabil. Buat keluarga Nathan, kami sentiasa menyokong. Doa kami juga tidak pernah putus demi dua anak kecilnya.



You Might Also Like

14 ulasan:

  1. in sya Allah kak, moga2 mh370 kembali ke pangkuan kite dlm keadaan selamat dan semua warga kapal sihat2...amin...

    BalasPadam
  2. Sungguh Aina. Kakak melihat penampilan kepten ini pun sejuk mata memandang. Dari mula membuka bicara dgn bacaan basmallah kakak dah dpt tangkap apa titik akhir dari pendapatnya. Sangat menjentik nurani pendengar. Kakak menonton malam tadi liputan ini.

    So... kembali pada satu-satunya senjata muslimin - doa org soleh dan keluarga yg ditimpa musibah. Kita pun jgn lupa titip doa sama Aina..

    BalasPadam
  3. Saya baca paper semalam dan nampak nama colleague akak tu. Saya pun turut rasa pilu.

    BalasPadam
  4. Betul kata kakzakie tu, doa senjata mukmin.. semoga kita terus berdoa semoga MH370 selamat kembali kepada kita..

    BalasPadam
  5. Ye...okje pun ada dengar mlm tadi...Mcm Kapten Nurudin....kalau tk silap, agreed nampak tenang dan beriman je orangnya....moga mereka selamat! Inshaallah

    BalasPadam
  6. sy sempat tengok kejap je MHI pagi yang menemuramah bekas kapten tu...

    P.S - harap satu dunia doakan untuk MH370...

    BalasPadam
  7. teruskan berdoa dan isnya allah semuakan akan selamat


    p/s kursus motivasi akan dibuat tp x tau bla ;-)

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,
    Insha allah...tiada kuasa lain yang lebih agung dari Dia, kepadaNya kita memohon dan menyerah. Doa juga satu bentuk usaha

    BalasPadam
  9. sejuk hati bila mendengar bicara kapten itu..

    BalasPadam
  10. Hilang.Fullstop. Itu katanya...sgt2 yakin dia dgn jawapannya dan kembalilah kepada pencipta Sains itu sendiri..ALLAH Hu-Rabb...

    Adik Ipar Puspanathan itu bekerja dikawasan saya bekerja geng.One floor up dari opis saya.

    BalasPadam
  11. sama-sama kita doakan agar kesemua penumpang dan krew MH370 dilindungi Allah dan inilah kekuatan kita,

    BalasPadam
  12. Berdoa dan terus berdoa..Allah Maha Mengetahui...

    BalasPadam
  13. sudah hari ke empat...masih belum berhenti berharap

    BalasPadam