Harga Makanan Hentian Rehat Dan Rawat Serdang
Jalinan lebuhraya yang terdapat di Malaysia memberi banyak kemudahan serta kelebihan kepada penggunanya begitu juga kemudahan sepanjang laluan lebuhraya tersebut. Saya merupakan pengguna tegar Lebuhraya Utara Selatan sejak berpuluh tahun lepas. Setiap hari kami melaluinya untuk ke tempat kerja di Kuala Lumpur dari Kajang dan sebaliknya.
Hentian Rehat dan Rawat Serdang arah selatan merupakan antara tempat persinggahan kerap kami sama ada untuk mengisi perut mahupun melunaskan tuntutan agama. Kekerapan singgah di sini membuatkan kami seolah di kenali di sini juga bagi kami sudah hafal setiap hidangan menu yang di sediakan. Mahu ataupun tidak terpaksa juga di telan segala yang terhidang. Memasak? Kadang-kadang masa itu terlalu mencemburui, kami terlalu banyak kekangan masa yang tak boleh hendak di ungkapkan di sini.
Pada pandangan saya pihak PLUS perlulah memberi lebih perhatian kepada perkhidmatan yang di sediakan di setiap kawaan rehat. Pokok utama tentulah harga makanan yang kadang-kadang tidak masuk akal. Saya pernah membayar nasi lemak bersama seketu kecil ayam goreng berharga Rm6. Bihun sup pula berharga Rm4.50 dengan seketul kecil ayam juga. Harga air adalah seperti biasa. Bagi saya harga makanan di Hentian Rehat dan Rawat Serdang arah selatan adalah mahal.
Di bandingkan sebelum PLUS melakukan pengubahsuaian harga makanan adalah lebih murah kerana semangkuk bihun sup dijual dengan harga Rm3.50 dan tidak kedekut ayamnya. Nasi ayam Rm4.50 sekarang naik 50 sen. Lauk-lauk juga tidak ketara sangat mahalnya. Pekerja-pekerja Indonesia di gerai-gerai tersebut pula langsung tidak mesra pelanggan. Mengambil tempahan secara bersahaja kadang-kadang menarik muka masam. Tempat cuci tangan pula langsung tidak disediakan sabun. Tak salah rasanya sediakan cecair pencuci tangan di temapt basuh tangan, bukanlah di minta yang berharga mahal.
Teguran pengguna adalah untuk memberi ruang pihak bertanggungjawab membuat penambah baikan. Mungkin sebelum ini mereka terlepas pandang tetapi jangan pula memandang sepi setiap komen-komen yang pengguna telah beri.
Makan bila tah nasi putih dan sambal hijau ikan talapia harga Rm6. Bagi saya mahal harganya pendapat orang lain saya tak tahu. Dulu sekali saya ambik nasi separuh dan ikan keli sambal harga Rm5. Nak tak nak saya makan jugaklah tak ada pilihan.
mahal.....kalau ada sayur boleh la kot RM6.00..ni nasi ngan sayur je mahal la .........
BalasPadamSaya setuju tu kalau ada sayur agak munasabah harganya Rm6.
PadamBaru sekor ikan talapia, RM6... kalau ambik sayur dan tea O ais atau sirap entah berapalah pulak ni... Betullah Jun, harga makanan ni kadang2 tak masuk akal... tapi apa pilihan yang kita ada... kalau dah lapar tu makan jelah... walaupun dlm hati terkilan2..kan!
BalasPadamBetul tu, harga makanan memang mahal tapi harga air mengikut standard kedai biasa. Apa bezanya air dan makanan?
PadamSy tak pnh jumpe RnR yg jual makanan dgn harge murah. Huhuhuhu!
BalasPadamHarga murah memang tak ada di mana2 R&R tetapi mungkin mereka boleh memberi harga yang munasabah ataupun qualiti makanan yang setanding dengan harga yang di kenakan.
Padamkak, bukan kat hentian tu je, hentian mana2 pun sama mahalnya. haritu sy benti makan kat dengkil. tingin nak makan bihun sup. semangkuk rm 4.50 ke rm5 camtu. punya la bnyk bihun & kuah. tapi taugeh pun xde. daun sup xde. ayam pula sy dapat wing. tu pun dah dikerat kecil. mmng xde isi la.. then letak bawang goreng.. terkejut pun ada. patutnya jangan la cekau duit orang macam tu kan..
BalasPadamItulah selalunya yang terjadi. Apa salahnya sediakan makanan yang sama qualiti dengan bayaran yang di buat.
Padamkdg2 ada tmpt R&R tak sedap langsung, mahal toksah cakap ler...mmg menekan pengguna R&R :(
BalasPadamMahal harganya kalau nasi dengan ikan macam tu. Kuah pun takda.
BalasPadamp/s: Lempeng dengan sambal ikan bilis ada jual lagi tak dekat situ kak? Hehe. Dulu ada.
Hari tu ambik nasi dan ikan semata sebab tengah kena gatrik tapi cili2 yg sikit tu tak boleh nak elaklah.
PadamLempeng wak? Dah tak ada tapi ada gerai lain yang buat tapi tak sehebat masa wak berniaga dululah. Wak dah meninggal puasa tahun lepas isterinya pun dah uzur sekarang anak dia take over gerai tapi hanya jual air. Mungkin PLUS dah tetapkan spt lain2 R&R jual makanan dan air asing2.
Bukan saja R&R Serdang saja harga makanannya kdg2 tak masuk akal, R&R lain juga lebih kurang sama. Mungkin peniaga2 tu ingat letak harga mahal pun tak apa sebab pengunjung mereka selalu bertukar ganti, pengunjung tetap bukan selalu ada...
BalasPadamBetul tu mana2 R&R pun mahal agaknya kos tinggi kot depa meniaga kat situ. Entah lah. Tapi apa yang menghairankan harga air tu lebih kurang je dengan kedai makan kat luar teh o panas Rm1, kopi o panas Rm1 teh tarik Rm1.40...
Padamsetuju. harga makanan kat R&R rata-ratanya mahal. nasi lemak ayam memang RM 6 tapi tak rasa nasi lemak, sambal harap pedas je, takde rasa. ayam goreng terlebih garing dan saiz kecil. yang banyak ikan bilis dan kacang goreng. kadang-kadang takde pilihan terpaksa singgah makan jugak..sama la...kekangan masa.
BalasPadamItu belum goreng mee atau bihun yang hanya letak cabai dan sayur je...
PadamMahal tuh ..tambah sikit lg dah blh makan fastfood dah tuh
BalasPadamKalau tahu macam tu regenya berhenti je kat McD sebelum R&R tu...eheheee...
PadamMemang mahal. Harga minyak naik semua naik lorr
BalasPadamHarga makanan kat sini memang sejak di naik taraf mahal sebelum rege minyak naik lagi...hehehee...
PadamTu sebab saya boikot makan kat R&R..unless dah terpaksa sangat nak alas perut/haus...baru berhenti...Dah la mahal, tak sedap pulak, portion kecik, rencah terlalu sikit...Tapi saya perasan, makanan2 di R&R di area utara macam Tapah & di Kedah, makanan mereka mmg variety...boleh tahan sedap..dan harga berpatutan..
BalasPadamBetul tu doc, akak pun jarang singgah makan kalau jalan jauh umpamanya balik kampung. Lagi suka beli kuih atau bawak bekal sahaja. Tahan perut balik makan rumah mak ataupun cari je restoran tempat yang kita nak pergi.
PadamKalau balik Perlis suka singgah di R&R Gurun arah utara.
Mahal sungguh..kan.. mcam tak berbaloi..tapi kalau dah lapar..makan gak ler..
BalasPadamWalaupun jarang menggunakan highway utara selatan tapi selagi boleh cuba elak dari makan kat R&R..
BalasPadamkebanyakakn RNR pun macam tu, tak mesra pelanggan
BalasPadamishh betul kak...setuju sgt dgn tulisan akak nie...lagi satu tang kebersihan pun same...ade sekali tu dlm perjalanan dari kl nak lik johor singgah nak mkn kat rnr 'tuuut'...siap ade telo lalat kat lauk...sebb tu skrang ni sebelum mulekanperjalanan balik kg tu kak lieya siap2 tapau mekdi jek heheehehe...selamat n sedap kahkahkah....
BalasPadamLieya...naik kembang tekak akak nihaaaa....adoyaiiii...
PadamPengurusan makanan nyer kebersihan ni memang merisaukan.
Rata2 smua rnr jual mknan mhal kak...nak x nak..terpaksa juga blinya...
BalasPadamassalamualaikum,
BalasPadammemang mahal selalunya kita hanya minum saja
makanan bawa bekal atau beli siap bungkus :)
mahalnyer...macam tak berbaloi jer..makan belum tentu sedap kadang boleh sakit perut..saya kalo singgah rnr suka beli buah jer...makanan tapau siap2..
BalasPadamsaya suka lauk tu..talapia sambal hijau..sedap..btw..sy tak berapa nak tau sgt rega makanan kt r&r..tp agak mahal jugaklah kan..kalau nasi lemak ayam kecik smpi 6 hengget..huhu..
BalasPadamOKje mmg jarang singgah dan makan kat RnR ...tp rata rata gerai jual lauk tengahari mmg mahal.... teringat sekitar tahun 90han....ayam, sayur dan nasi baru RM3 henggit
BalasPadammahal jugak tu
BalasPadamyumida lak pernah beli nasi kat gerai
lauknya ikan bawal separuh n nanas kari. total rm8. terkejut yumida. mahal giler
kami jarang makan kat R&R.. sebab rasa tak berbaloi... masakan kebanyakan biasa jer....
BalasPadamKakau saya pun, rasa mahal tu. hari2 , mau kempis poket sebelum hujung bulan...
BalasPadamP/s pandangan pelanggan kena ambil kira. Customer is always right kan..
saya jarang tgk harga makanan kat R&R...jrg makan kalau berhenti pun...lbh kepada nak mengunakan toilet..
BalasPadamTak pernah cuba pula singgah
BalasPadamPernah ada yg kata makanan sedap2 tp malas nak melencong singgah...
Sgt setuju...betul2 mahal dan rasanya mcm x relevan harga dengan menu yang disediakan...tp kita tiada choice...terpaksa beli dan makan...Umi QI kena merajinkan diri buat makanan awal2 di rumah jika mahu berlepas ke highway, kalu lapar boleh terus berhenti mkn dalam kereta...lebih menjimatkan...hrp ia menjadi.
BalasPadamdepa tau, mahai pun org makan juga.tu yg depa melampau tu..
BalasPadamRasanya semua hentian r &r mahal la sis.. dah la mahal tak sedap pulak tue.. farah setuju sangat.. pttnya pihak plus kena ambik tahu jugak.. kalau dak peniaga mmg suka ambik kesempatan letak harga yg tak logik.. =D
BalasPadamFarah rasa semua hentian R&R mahal la akak.. dah la mahal tak sedap pulak tue . Hehehe
BalasPadamSalam alaikum. Saya bersimpati dengan golongan peniaga. Sebenarnya harga makanan org Melayu mmg murah. Kita tak kisah kalau makan di McD (sangat tidak sihat, saya bekerja di bahagian chemical) utk harga yg mahal. Atau makan di Dome atau cafe2 omputih / bukan Islam yabg memang mahal. Ada pekerja Dome yang saya kenal hanya dibayar RM500 sebulan. Kita sepatutnya membantu peniaga Muslim. Sebab kitaran duit org kita banyak di bahagian ni. Kalau ramai peniaga makanan Muslim dapat layanan sama dengan peniaga bukan Muslim. Org kita ada byk peluang pekerjaan. Kita menekan peluang org Muslim sendiri sebab ada mindset makanan Melayu mesti lagi murah dari bangsa asing.
BalasPadamsaya nasi putih + sambal hijau ikan kembung = rm5... x patot lar mcm nie...bukan x nak tolong org melayu tp mahal sgt...nasi mknn harian hr2 dtg beli situ ckit pon x de krang .. setakat mcd kfc berapa kali jer sebln..
BalasPadam