Cubaan Pukau Saya Serik-Bahagian 2
Sambungan dari bahagian 1.
Saya sms Pak Tuan sebab hati tak keruan, panjang lebar sms tengahari tu. Saya jadi muskil sebab.
1. Katanya dia dari JB nak balik ke Sabah tapi slangnya tak ada langsung gaya orang Sabah.
2. Apa tujuan dia datang ke KL sedangkan di JB juga ada flight terus ke KK.
3. Katanya bawak kereta ke KL lepas tu ke mana pulak dia nak letak kereta tu lepas dia terbang.
4. Semua sekali di bawak lari, macam tak logik. Kereta, beg pakaian, beg duit atau tetefon bimbit yang ada sehelai sepinggang kecuali lah dia kena samun tapi dia kata hilang.
5. Kenapa dia pilih saya seorang perempuan? Duduk di tempat yang sunyi.
6. Bila komuter jalan kenapa dia dan lelaki yang seorang lagi tu tak naik, masih duduk di situ. Adakah dia menunggu magsa lain?
6. Bila komuter jalan kenapa dia dan lelaki yang seorang lagi tu tak naik, masih duduk di situ. Adakah dia menunggu magsa lain?
Kata Pak Tuan saya bernasib baik sebab komuter sampai cepat. Banyak kes-kes begini berlaku. Saya bernasib baik juga dia tidak merokok kalau tak memang saya akan ikut telunjuk dia sahajalah selepas kena tiup asap rokok. Ikut pergi bank, keluar semua duit bagi kat dia, bila dia dah hilang baru kita tersedar rasa seperti dah keluar duit tapi duit tak ada. Sebenarnya dia hampir berjaya dalam misinya bila di dalam hati saya sudah timmbul rasa kasihan cuma komuter sampai cepat jadi masa dia agak terhad untuk menjalankan misinya. Masa itu walapun sudah berada di dalam komuter dengan orang ramai kaki saya menggigil, seram sejuk rasanya mendengar penjelasan Pak Tuan. Rasa hendak menangis!
Allah melindungi saya jugak agaknya sebab tidak menggerakkan hati saya untuk memandang dia langsung. Sekali saya pandang wajah dia selebihnya saya acuh tak acuh melayan perbualannya cuma sesekali saya memandang tangannya yang ligat bermain botol minuman. Agaknya kalau saya pandang dia mesti sempat dia hembus-hembus atau guna kuasa mata dia untuk 'memukau' saya.
Pengajaran.
1. Syak wasangka buruk itu perlu ada di dalam diri kta.
2. Jangan duduk bersendirian di tempat yang gelap dan terpencil walaupun di tempat awam.
3. Duduklah di tempat yang ramai orang.
4. Lihatlah masyarakat jangan buat hal sendiri sahaja.
5. Setiap langkah mintalah perlindungan dari Allah s.w.t.
Pengajaran.
1. Syak wasangka buruk itu perlu ada di dalam diri kta.
2. Jangan duduk bersendirian di tempat yang gelap dan terpencil walaupun di tempat awam.
3. Duduklah di tempat yang ramai orang.
4. Lihatlah masyarakat jangan buat hal sendiri sahaja.
5. Setiap langkah mintalah perlindungan dari Allah s.w.t.
Secebis kisah perjalanan hidup orang lain mungkin dapat menjadi pengajaran yang berguna buat kita. Pengalaman akan memberi sedikit persfektif berbeza dalam kita menilai orang lain.
saya tunggu part 2 ni lepas baca part 1 td.alhamdulillah Allah lindung akak dari yg buruk2.sy dulu pernah kena tipu dgn perempuan dlm toilet kl sentral.tapi tak banyak la duit yg 'terkebas'.
BalasPadamterima kasih share dgn saya info neh..
BalasPadamsaya mmg selalu sorg2..
bahaya jugak kannn..
dan masalah jugak sebab saya mudah layan org sembang bila bosan..
hurmmm~
tapi kalo dia nak rompak saya pon..
duit dlm bank saya takde la smp 4 angka pon tetiap bulan..
kuikuikui...
agaknya, org nk pukau neh dia boleh baca nilai wang dlm akaun kita dulu kot..
huhuhuhu..
mohon dijauhi Allah dari mereka2 sebegini..
dan mohon Allah lindungi kita slalu di bawah rahmat-Nya
uish!!!!seram gak bila baca part 1 & part tu citer u ni. huhu!!!!hakikatnya skrg ni mmg susah nak percaya kat org apatah lg org yg tak dikenali….nasib baik xde apa2 jadi
BalasPadamMujur la k.aina x layan sgt mamat tu..skrg ni nk jln2 kat tgh2 bandar pun dh rase x berapa nk selamat...org2 gini mmg pandai pilih org..yg sorng2 tu lg la dieorg aim...
BalasPadamYa Allah takut nya akak. tak leh bayang kalo jadi kat saya macamni. Mujur Allah selamat kan kak :)
BalasPadamSaya tambah lagi: Kalau boleh time duduk sorang2 menunggu tu, pastikan hati/mulut kita komat kamit sibuk berzikir/selawat kpd Baginda SAW...Insya Allah terlindung
BalasPadamAlhamdulillah..Allah masih bersama dan melindungi JunAina, sungguh sikap berhati-hati itu banyak membantu.
BalasPadamAlhamdulillah..mujur takde yg lebih buruk belaka..akak masih di bawah perlindungan Yang Esa...hati lenkali ye kak..
BalasPadamishhh bahaya betul , suka part yang nie
BalasPadamPengajaran.
1. Syak wasangka buruk itu perlu ada di dalam diri kta.
2. Jangan duduk bersendirian di tempat yang gelap dan terpencil walaupun di tempat awam.
3. Duduklah di tempat yang ramai orang.
4. Lihatlah masyarakat jangan buat hal sendiri sahaja.
5. Setiap langkah mintalah perlindungan dari Allah s.w.t.
bahaya pukau nie.
BalasPadamsekarang ni macam2 cara orang nak buat duit kak...antara sedar atau tak je, nasib baik akak acuh tak acuh je layan mamat tu...
BalasPadamiktibar buat kita semua...
tq berkongsi yer. ingatan utk diri sendiri juga !
BalasPadamAlhamdulillah x de pape yg jadi...risau juga kdang orng yg jhat ni la yg buatkan orng yg btul2 memerlukn pertolongan tu...x dpt ditolong.....
BalasPadamMcm2 kes la ni....buatkan kita 2 3 kali juga pikir nak tlong orng...
itulah saya yg bc ini pun rasa something...mujur xder apa apa berlaku alhamdulillah
BalasPadambanyak dengar kes2 mcm ni kat station komuter Bank Negara tu.. Sis be extra careful yer lps ni..
BalasPadamsila alert keadaan sekeliling.
syukur akak tak kena pape. Allah jaga. insyaAllah. kene amik pengajaran nih...sebab saya memang jenis suka duduk kat tempat terpencil sebab rimas kalau ramai orang..
BalasPadamTakutnya baca kisah ni. Alhamdulillah aina tak apa apa
BalasPadamya allah takutnya kak.. hati2 dan banyakkan istighfar.. semoga Allah melindungi kita dari orang macam tu..
BalasPadamkalo ada kejadian camtu.. suh dia gi report polis dan cuba mintak bantuan baitulmall.. kalo dia byk alasan nampak sgt menipunyer.. perasaan kesian timbul bkn sbb kita kena pukau.. tp sbb perasaan kemanusiaan tu mmg sebati ada dalam diri kita ek
BalasPadamAlhamdulillah wa syukurillah takde apa yang luak.. teknologi sekarang memang mudah buat kita leka..diluar hatta dalam rumah sekali pun.. malang tak berbau mujurlan train cepat sampai... sedekah singgit dua kt mana2 Aina.. tanda syukur ke hadrat Allah..
BalasPadamAllah SWT melindungi JunAina. Itu yang komuter cepat sampai n u escaped. Terima kasih kongsi pengalaman. Peringatan untuk semua.
BalasPadamAlhamdulillah tak jadi apa-apa
BalasPadamKita sepatutnya hati2 tapi tu la kan.. selalu leka ja..
sentiasa berwaspada kan kak
BalasPadameee seram le klo terjumpe yg mcm ni
mohon dijauhkan
isi tabung nuffnang sini-darlie
Alhamdulillah... Tiada kejadian yg tidak diingini berlaku...
BalasPadamMmg kena baca doa pelindung setiap kali keluar rumah.. Mcm Ayatul Kursi... Ayat dlm Ya siin...
Allah lindungi aina dengan memberikan lintasan hati sesuatu yg tak kena. ingatan buat kak juga yang sering travel ber3 bersama anak-anak
BalasPadamyer..setuju dengan apa yg u cakap, syak wasangka perlu ada especially pada strangers. nasib baik tak jadi apa2 kan, and mujur juga u cepat tangkap putar belit dia tu. mmg banyak kan kes yg terkena benda ni.
BalasPadamkak jun...ya Allah bila baca entry kak jun nih baru lah Umi Qi tersedar ruper ye mmg makin ramai gejala teruk pukau memukau ye...ya Allah...semoga akak dan keluarga kita semua dilindungi Allah dari perkara2 mcm ni...serius kena ambil langkah senantiasa berhati2...
BalasPadamalhamdulillah kak jun dilindungi..memang sekarang tempat2 awam ni...bahaya..kena sangat-sangat berhati-hati
BalasPadammmm....bahaya jugak kan...tq kak for sharing...kl yan mesti dah cuak dahhh...sekarang ni mcam2 hal kan boleh jd...huhu
BalasPadamnaib juga komuter sampai cepat... herm.. dunia nikan macam2 cara dorang nak manipulasi kan kita.. takperlah anggap tu pengajaran supaya lepas ni kita tak leka dgn keadaan sekeliling.
BalasPadamish..bahaya benar nih..mujurlah akak tak layan dia sgt..
BalasPadamHihi xyah kata pompuan, hb saya pon ada yg approach dgn cerita yg lebih kurg sama. baru-baru ni kat McD Kerteh, ada sorg lelaki dtg ke dia. ngaku sedara dia lah, apa lah. mintak duit kata nak repair kereta rosak nak balik kampung. hb saya soal blk bebrp soalan yg dijwb merapu2 oleh lelaki tu. last2 hb kata ke dia, ok tgu sini kejap nak g keluarkan duit kt bank kejap. tgu sini jgn pegi mana2. dn lelaki tu pon tgu kt situ. hb saya terus cabut la. sempat tny kt budak mcd sorg, dia ckp mmg lelaki tu mat gian mmg slalu kt situ mintak duit org. hahahah. so sape2 pasni g mkn kt mcd kerteh, sila hati2 yer (^^,)v
BalasPadamTakutnya JA.....okje mmg tak berani nak jalan sesorang...tp tulah....kalau dah pi balik kerja nak buat macamana...
BalasPadam