Rampas Telefon Bimbit Lari Dari Rumah

4:42 PTG JunAina 9 Comments


Apalah nak jadi dengan anak-anak remaja zaman sekarang ini. Menakutkan. Tindakan-tindakan yang mereka ambil kadang-kadang tak terjangka dek fikiran kita pun. Terbaca di Harian Metro muka surat 8 mengenai seorang remaja berumur 16 tahun yang lari dari rumah kerana 'merajuk telefon di rampas'. Paling sedih bila dinyatakan dia mengikut kenalan lelaki.


Semarah mana ibu dan bapa kepada anak-anak segalanya adalah bersebab. Tak akan ada ibubapa yang saja-saja nak marah anak tanpa usul periksa. Marah mereka kerana sayang. Setiap tidakan mereka adalah untuk kebaikan anak-anak. Mungkin cara didikan awal itu adalah perlu supaya anak-anak faham stiap kehendak dan tindakan ibu bapa adalah hanya ke arah kebaikan.


Saya ada seorang anak perempuan itupun sudah cukup memeningkan kepala. Risau tetap menggunung di hati, didikan telah diberi kasih sayang pula tidak bertepi bimbang Allah s.w.t pula ingin menguji. Membesarkan anak lelaki juga tidak kurang cabarannya. Dunia luar yang terlalu luas dan terbuka, perasaan remaja yang sentiasa ingin mencuba dan memberontak.


Sebagai ibubapa kita juga perlu belajar bagaimana untuk membimbing mereka, Menjadi sabar dalam menguruskan kerenah mereka. Bertindak umpama 'menarik rambut di dalam tepung' agar rambut tidak putus tepung pula tidak berselerak.


You Might Also Like

9 ulasan:

  1. Betul JA...bukan mudah nak mendidik anak remaja.....perlu menggunakan pendekatan yang betul betul halus dan tulus....

    BalasPadam
  2. budak2 bila membesar lain perangainya
    mengikut arus pemodenan dunia
    n ibu bp juga harus bijak merapati anak2
    ada ibu bp yg jenis kasar, anak2 x suka, n kerap mengelak diri
    jadinya anak2 lebih selesa bersm rakan2..mungkin rakan pompuan, mungkin rakan lelaki
    hmmm...sukar nak jangka
    ade sesetengahnya pandai berfikir
    ade sesetngahnya lebih suka mengikut kata sendiri
    pernah merasai situasi sebegitu, maka bila dewasa akhinya yumida paham..hikhik..dulu yumida sgt nakal

    BalasPadam
  3. Zaman dah berubah. Anak2 beralih arah sgt membimbangkan... ibubapa tetap dipersalah kah? Apa apa pun segalanya sangat memerlukan doa dan bimbingan illahi.. Semoga segalanya dlm lindungan Allah.

    BalasPadam
  4. Budak Seremban. ...biasa kak jun..budak baru nk naik mcm ni la..itu yg SA risau dgn dania tu...takut dia jd mcm tu...mintak dijauhkan la..

    BalasPadam
  5. bila dengar cerita remaja skang ni mmg menakutkan.... diorg berani sungguh buat benda pelik2...

    BalasPadam
  6. Bila anak makin besar ni, makin besar tanggungjawab mak ayah... saya pun selalu doa agar anak2 kita lembut hati, mudah terima teguran...

    BalasPadam
  7. one word for that girl. MENGADA-NGADA!

    BalasPadam
  8. Salam perkenalan. Memang ragam anak sekarang macam tu. Kena bersabar dan kena pandai pujuk memujuk. Sanggupkah?

    BalasPadam