Pelaris

3:45 PTG JunAina 15 Comments


Walaupun sekarang zaman serba moden tapi jangan kita hairan apabila kebanyakan peniaga ada pelarisnya tersendiri. Masing-masing berlumba-lumba untuk mendapatkan pelaris terhebat kononnya. Bukan sahaja orang Melayu, orang Cina dan orang India juga tidak dapat lari dari kepercayaan sebegini cuma kita sebagai orang Islam punya batas-batas tersendiri berhubung pelaris ini.


Ada orang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan pelaris bagi memajukan perniagaan. Tanpa usul periksa yang kadang-kadang boleh membuatkan kita bersekutu dengan syaitan dan iblis. Dulu heboh beberapa kedai makan tersohor di tanah kelahiran menggunakan khidmat pelaris yang kemudiannya menyerupai 'sesuatu' serta bertenggek di periuk dan meja. Al-kisahnya hanya orang yang betul-betul kuat ilmu agama sahaja yang mampu melihat makhluk tersebut.


Kebergantungan pada pelaris ini adalah kemusnahan pada pandangan saya. Suatu ketika mungkin kita berjaya dalam perniagaan tetapi pada pengakhirannya pasti ada kisah duka. Banyak yang boleh kita lihat dari berkereta 2-3 biji akhirnya naik kapcai buruk, dari barang kemas separas siku dan sebesar rantai sauh kapal tiada apa yang tinggal di badan, rumahtangga porak peranda dan anak-anak menjadi kacau bilau. Inilah jadinya bila rezeki mejadi tidak berkat.


Saya walaupun Padang Besar banyak didominasi oleh peniaga dari seberang lebih selesa membeli belah di situ. Mereka membuka kedai dengan ayat-ayat suci Al-Quran terutama Ayat Yassin dan pelbagai selawat. Bukankah bergantung kepada Allah s.w.t adalah sebaik-baiknya pergantungan.



You Might Also Like

15 ulasan:

  1. Percaya pada rezeki memasing kan kak...sape usaha lebih...dia yg dpt lebih juga...x yah pelaris2 ni...

    BalasPadam
  2. tula kak bila ada yg fikir untung dunia shj.

    BalasPadam
  3. pelaris sebenar sikap ramah, manis muka dan servis terbaik..insya Allah

    BalasPadam
  4. pelaris samalah macam guna ilmu sihir kan..tapi yakinlah rezeki itu milik Allah SWT..insyaallah ada..xyahlah guna2 pelaris ni..

    BalasPadam
  5. pelaris ni dah jadi syirik org yg melakukannya. mmg dilaknat ALLAH bkn sj di dunia tapi di akhirat kekal tempatnya bersama ahli neraka yg lain. nauzubillah!!!!

    BalasPadam
  6. Nak cepat senang.. tak sedaq benda2 tu akan lebih menyusahkan pulak...
    harap2 dengan kesedaran agama la ni tak dak dah la orang guna benda2 ni..

    BalasPadam
  7. Btl akak.. tak perlu kot nk bersekutu dgn iblis semata2 nk dptkan kesenangan di duni sahaja.. kena pikir berkat ke rezeki yg dpt tue nnti.. setiap yg kta makan akan jadi darah daging.. jadi berniaga la dgn jujur tanpa perlu pakai pelaris.. =D

    BalasPadam
  8. Pelaris.. satu perkataan yang cukup menyeramkan.

    BalasPadam
  9. yg pelaris monyet pon ada kak. dok dengaq cerita kot perlih ni banyak kedai gak la. dh tau tu teruih xp . geli kot

    BalasPadam
  10. Uikk..salah tempat ...salah gaya...jatuh syirik plak....pehh...bahya...bahya...

    BalasPadam
  11. bila fikir pasal pelaris ni...rasa macam takut nak makan di kedai/restoran...sebab terfikir pelaris apa yang digunakan huhu...
    sabtu ni nak pi padang besar dengan family :)

    BalasPadam
  12. Jika makanan yg dihidangkan sedappp.. Kebersihan terjamin... Takyah guna semua yang syirik tu..

    BalasPadam
  13. Pelaris yang Nabi dah ajar..
    Amalkan selalu bersedekah..
    Amalkan solat Dhuha..
    Insya Allah..
    Kalau tak laris kaya raya di dunia ni..
    Kaya raya di dunia kekal abadi kat sana :)

    BalasPadam
  14. Memang selalu dengar pasal pelaris ni tapi tak pernah tengok dengan mata sendiri......
    Betul kata awak JA...bila menggunakan benda benda yg macam ni pengakhirannya mesti ada kisah duka...tp tak semuakan JA

    BalasPadam
  15. Pertama kali dengar pasal pelaris. Benda makan diri sendiri susah.

    BalasPadam