Oh My English!

9:21 PG JunAina 16 Comments

Masa sekolah tak mau belajar betul-betul bila dah tua bangka macam ni baru rasa nak menyesal, tak berguna dah semua tu. Ibarat nasi dah menjadi bubur. Macam mana pulak le nak jadikan nasi balik coz dah lembik berair. Nak tak nak telanlah jugak walaupun makan bubur ni kejap je kenyangnya.

Membebel!

Masa sekolah dulu tak ambik port sangat pun tentang ilmu yg kita dapat. Belajar untuk lulus periksa supaya dapat sambung belajar lagi ke peringkat yg lebih tinggi. Lepas habis belajar dapat kerja bagus-bagus. Dapat gaji banyak-banyak. Boleh beli barang sendiri suka-suka. Ada duit lebih boleh jalan-jalan. Lebih banyak lagi joli katak.

Budak kampung. Sekolah biasa-biasa sahaja. Tak ada yang istimewa. Tiada jugak yang menarik. Pandai tidak. Cantik jauh sekali. Kami berusaha untuk keluar dari kepompong kehidupan anak bendang (walaupun mak langsung tak dak bendang). Usaha untuk menjadi yang lebih baik dari ibu-bapa sendiri sekurang-kurangnya (bagi aku mak sahajalah coz bapa dah tak ada sejak aku kecik).

Cabaran utama budak kampung yang sekolah kampung tentulah persekitaran. Ibu bapa tak ambik port sangat berkenaan pelajaran anak-anak. Bila periksa pun tak tau yang tau bila anak-anak bawak balik buku laporan masa tu lah nak pedih peha (itu kalau bawak balik ada jugak yang sign sendiri). Kelas tuisyen jauh sekali, haraplah kelas tambahan yang cikgu bagi. Buku rujukan bergantunglah pada buku kat perpustakaan sekolah, hanya yang berada mampu beli.

Melencong lagi!

Aku dulu English dapat 7 masa SPM. Kira oklah dari tak lulus. Bukan dok MRSM...hikhik. Budak kampung yang tak dak motivasi. Habis SPM kawan-kawan naik tingkatan 6. Aku dok fikir nak sambung belajar dan dapat kerja cepat nak tolong mak. Satu hari bapa saudara bawak pergi rumah dia di KL, dia ambikan borang IKM. Ini adalah langkah pertama yang mengubah hidup aku sampai sekarang. Teringat lagi lepas isi borang jalan kaki ke Pejabat Pos Pantai Baharu melalui Kampung Kerinci dari Flat Bukit Angkasa, Pantai Dalam dengan anak sulung dia masa tu belum sekolah lagi pun.

Balik ke pangkal jalan!

Kesedaran berkenaan Bahasa Inggeris ni kena ada. Penting bagi setiap orang. Bukan bermakna kita mengagungkan bahasa lain berbanding bahasa sendiri. Tak salah pandai bahasa asing bukankah itu satu cabang ilmu jugak. Banyak kelebihannya kalau kita tahu coz banyak buku-buku ilmiah dalam Bahasa Inggeris dan banyak yang tak diterjemahkan. Itu dari segi ilmu. Pergaulan pulak? Kalau tak pandai sangat pun paling penting ada keyakinan untuk bercakap. Buat salah ketika bercakap itu adalah normal. Belajar dari kesilapan.

Pengalaman. Biasa bekerja dalam kelompok Melayu sahaja membuatkan Bahasa Inggeris yang senipis kulit bawang bertambah bersawang. Suatu hari dipanggil temuduga. Tunggu penuh debaran tiba-tiba seorang lelaki Cina masuk bersama seorang perempuan India. Nasib baik depa cakap campur dengan Bahasa Inggreis dan Bahasa Melayu. Habis sesi dibawak ke bilik bos. Mahu pitam bila seorang Mat Saleh senyum sambil hulur tangan. Pertama dia sebut 'Mistake Make You Perfect. Just talk'. Hahahaaa...tengok muka aku pun dia tau dah Bahasa Inggeris hancoq, muka blur.

Jadinya di samping memartabatkan dan mengagungkan Bahasa Melayu jangan diketepikan Bahasa Inggeris. Kita perlu belajar kerana ia adalah ilmu. Bukan mengangungkan. Kenapa tidak berusaha untuk jadikan Bahasa Melayu setara Bahasa Inggeris? Semua itu akan ambik masa. Kita perlu berubah sebelum minta orang lain berubah.


You Might Also Like

16 ulasan:

  1. kita sekapal la kak...sy da msk u br belajar bi betul2..alhamdulillah dpt lec yg sgt2 best...bertambah bersemangat sy nk belajar BI (ms tu)

    BalasPadam
  2. Salam Jun,

    Bacakan membaca buku2 inggris lebih2 lagi English newspaper. Kalau boleh dengar selalu English news kat TV.

    Happy learninng!!

    Rafiah from Singapore

    BalasPadam
  3. Teringat saya masa belajar BI zaman SM classes,SC/MCE dulu.Semua mtapelajaran dlm BI.Adakala ternganga juga nak faham.Tapi suka sangat baca buku cerita bawah katil besi...Kepentingan berbahasa kedua amat ketara bila nak kerja dengan swasta skrg ni...tak dapat disangkal lagi.

    BalasPadam
  4. Mentaliti orang Melayu ni kadang kala menyakitkan hati. Bila ada seorang yang berbahasa Inggeris, yang lain akan pandang kerek aje. Elleh tunjuk terror la tu. Memang sakit hati. Kita bercakap sebab ada rasa nak belajar bahasa orang lain, tapi orang kita juga pandang negatif.

    Saya suka tengok Oh My English. A fun, an entertaining and an educated program.

    BalasPadam
  5. English mmg penting..English adalah antara fav subjek dari sekolah lagi. Mungkin saya beruntung sebab dah didedahkan oleh abah saya untuk belajar english dengan lebih baik..Alhamdulillah. Sekarang cabaran saya berat bila kena mengajar anak sulung saya untuk belajar English sebab dia bersekolah di sekolah kampung so memang berat tgjawab saya kat sini.

    BalasPadam
  6. Betul sesgt tu Aina.. Penguasaan Bahasa Inggeris memang perlu sesgt..lebih2 lagi kalau kerja dengan swasta yang kebykkannya surat menyurat semuanya dalam BI.

    Dulu keje swasta byk surat2 dlm BI.. tapi bila dah keje gomen nie.. tukar dah semua dlm BM.. :)

    BalasPadam
  7. Setuju!! Kakak bernasib baik Aina. Walau kakak org kampung juga dan serba-serbi jauh dari kemudahan tapi keluarga kakak 99% S'porean termasuklah bapak kakak boleh berbahasa Inggeris jadi ianya bagaikan bahasa kedua kami. Cuma dulu org kata kerek kalau cakap depan org jadi kalau nak cakap kena sorok-sorok atau bila cakap dgn yg bukan sebangsa...

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,
    Daku pun skulah atap dulu...fail english

    Sampai sekarang orang dok heran mcm mana daku boleh dapat keja padahal fail English hu hu hu

    sila jangan cakap english dgnku ----> tang2 tu jugak daku demam kura hu huhuhu

    BalasPadam
  9. Saya setuju dengan puan. Saya yang mengajar tuisyen sambilan bahasa Inggeris mendapati para pelajar di sekolah menengah masih lagi tak dapat bezakan singular dan plural. Apatah lagi verb yang ada s dan tiada s. Tertanya juga la apa la cikgu mereka ajar di sekolah.

    Saya juga setuju belajar BI ambil masa. (y)

    BalasPadam
  10. sis..masih belum terlambat..one thing good about working with non malays..we ourselves learn to improve our English..and you can also learn how they work..amazingly..you will get the answer why they are more successful than us (malays)..hehehe..

    so, how's my English? bolehlahkan...jangan putus asa tau kak..dee pun belajar grammar and basic balik :)

    BalasPadam
  11. english mmg penting pun...lebih elok kalau kita baca suratkhabar omputeh utk terus mantapkan skill kita...

    gud luck utk interview tu kak...

    BalasPadam
  12. Memang sekarang kakcik rasa ketinggalan sangat sebab tak pandai berbahasa Inggeris...

    BalasPadam
  13. hehehe..ape nk buat sis..bubur pun bubur la...hahahaa

    BalasPadam
  14. hehe... oh my english eh.. suka sangat citer tu.. kelakar kan.. memang gitu la kita cakap english.. Ada aku kisah.. kekeke..

    BalasPadam
  15. betol akak...kebolehan menguasai bahasa inggeris sangat lah penting...bagi yang bekerja...mesti sangat faham....impak nya banyak sangat banyak ke atas kerjaya

    BalasPadam
  16. Kne selalu praktis tu kak..hihi

    BalasPadam