Salah Cakap Atau Salah Faham

11:47 PG JunAina 12 Comments

Hujung minggu adalah hari mengemas serumah. Rutin bagi semua ibu semestinya. Selain rumah dok belek-belek jugak peti sejuk. Banyak sangat barang kat dalam tu. Ada yang patut dibuang. Sudah sesak sangat dalam tu.

'Abang tolong buka plug peti ais'. Pak Tuan pun dengan ringan tulangnya mematuhi permintaan isteri.

Sambil tu kemas-kemas barang masukkan kembali barang-barang ke dalam peti sejuk sebab dah siap cuci. Banyak beno barangnya. Dari tempoyak, stok belacan, stok ikan kering sampaikan ke gula semua sumbat dalam peti ais kecik tu, almaklumlah kat rumah banyak semut.

Sekali bila bangun. Huuuu mak aiii...elok ja plug peti ais tercabut dan bergayut riang. Tepuk dahi sambil istighfar panjang-panjang.
Nak marah ada hangin satu badan pun ya jugak tapi tiba-tiba terbarai gelak. Lain di suruh lain pulak yang dibuatnya.

'Abah! Mama kata buka plug yang dah ditutup tu bukan cabut plug!'
Sambil gelak bagai nak rak. Haishhh...Aina salah cakapkah atau dia yang salah faham. Lain kali kena cakap omputeh dengan dia nih.
Nasib baik terperasan kalau tidak mahu ke tong sampah segala stok lauk yang ada dibahagian dingin beku.

Last-last dua-dua bantai gelak. Dia kata 'Mama suruh buka abah bukalah!'.
Hayyyoiiiiiii...fenin...

Itulah kita manusia. Kadang-kadang lain yang kita maksudkan lain pulak yang orang faham, niat yang baik pun kadang-kadang disalah ertikan. Kadang-kadang kita pun macam tu lain orang suruh lain pulak yang kita buat, bila jadi macam tu pandai-pandailah selamatkan keadaan. Jangan nak salah sana-salah sini, satu tunjuk orang lagi tiga pusing kat diri sendiri.


You Might Also Like

12 ulasan:

  1. esbok tu memang kena sentiasa update...kalau tak, barang yang dah setahun expired pun boleh jumpa dalam tu, macam esbok nenek saya! haha

    BalasPadam
  2. Assalam,

    Buka ka... tutup ka... memang susah. Mwana pun kena speaking On or Off esbok tu. baru depa fehem..heeee

    BalasPadam
  3. oh mybahasa..kena cakap betul selalu...

    BalasPadam
  4. hikhikhikk....kadang2 sebutan english lebih membantu....sebab bahasa kita ni adalah indah dengan makna sampai kadang2 terkeliru..kihkihkih...

    BalasPadam
  5. On-off kalau translate melayu memang boleh jadi keliru..
    Nasib baik perasan hihi...

    BalasPadam
  6. heeee...kena guna ayat yg betul dam musah faham kalau tak inilah jadinya

    BalasPadam
  7. patut kena kata switch on / off kot..hehe..jelas dan terang..hehe.

    BalasPadam
  8. kena cakap 'on' kan plug tu baru suami faham hehe

    BalasPadam
  9. lain kali Aina memang kena cakap org putih..sebab sebut switch on semua akan faham..kan? nasib baik kalau tidak memang busuk habis la satu peti ais masuk tong sampah

    BalasPadam
  10. mungkin jg tersilap tafsir hehehe

    BalasPadam
  11. hahhahahaa!!
    cakap omputeh lain kali!
    on!
    on!!

    BalasPadam
  12. maksud akak switch on ke bukak plug.. hahaha.. kalau saya pun saya bukak kepala plug tu..

    BalasPadam