Air Mani Tu Apa?

1:44 PTG JunAina 24 Comments


Persediaan bagi ibubapa yang ada anak lelaki yang sedang membesar, bakal melalui alam remaja. Malam tadi hampir pengsan mama yang sedang baring-baring tengok 7th Grade Civil Servant. Terus terduduk. Soalan yang buat mama berdebar. Saya rasa seperti dia masih kecil untuk bertanya soalan sebegitu.


Hikram sedang memilih buku mengikut jadual hari ini di dalam bilik. Tiba-tiba dia bertanya. "Mama air mani tu apa?." Saya yang sedang baring terus bangun. Pandang abah yang sedang baca surat khabar. Entah kat mana pula lah yang ditengoknya tu, tiba-tiba saya teringat mungkin buku teks agama. "Cuba adik bawa buku tu bagi mama". Dia keluar menghulurkan buku teks Pendidikan Kesihatan Tahun 4 dengan tajuk yang dibacanya Alam Remaja. Lega.


Saya minta abah terangkan, dia kata mama sahajalah. Haisshhh...ini cerita lelakilah macam mana pula nak pusing ayat. Saya baca apa yang di tulis di buku. Saya buat kesimpulan paling mudah dengan tahap pemikiran Hikram. 
"Air mani tu akan keluar dari situ (saya tunjukkan anu dia)"
"Itu air kencinglah mama"
"Bukan. Selain air kencing akan ada air mani juga tetapi dalam keadaan tertentu sahaja iaitu bila adik dah baligh"
"Baligh tu apa?"
Di dalam buku dia bercerita berkenaan mimpi budak lelaki.
"Baligh itu cukup umur. Kalau adik sudah ada air mani bermakna adik sudah dewasa. Tak boleh tinggal solat, tak boleh tinggal puasa sesuka hati (saya bagi contoh mudah). Suara adik akan berubah jadi macam suara abang dan suara abah jadi garau macam jantan...ahahhaaa..."
"Ehhh...tak naklah adik. Pelik ja."
"Lepas tu bila besar sikit akan tumbuh bulu-bulu di anu, di ketiak dan misai."
"Macam abang ye mama?"
"Bila adik dah besar adik akan jadi macam abanglah dan nanti boleh ada girlfriend (saya usik dia)."
Girlfriend tu menyusahkanlah mama"


Sebab dia pernah tengok baju sekolah kakak terkena darah haid masa pertama kali kakak melaluinya saya terangkan juga tentang itu. Saya terangkan bagi perempuan baligh bila datangnya darah haid dan bagi lelaki bila datang mimpi (keluar air mani).


Saya lega bila dia tak tanya banyak-banyak dan bagi soalan-soalan pelik yang lain lagi lepas tu.Ibubapa yang ada anak-anak yang bakal menempuhi alam remaja perlu bersedia dengan jawapan atau mungkin kita boleh terangkan sebagai ilmu kepada mereka walaupun tidak ditanya. Bagi Hikram penerangan secara khusus adalah perlu supaya dia faham.



You Might Also Like

24 ulasan:

  1. bila sampai masanya saya pun kena bersedia..tp tau pulak ye die gelfren tu menyusahkan..hehe

    BalasPadam
  2. Jun saya pernah ditanya soalan yg lebih kurang begini oleh anak lelaki saya, "mak macam mana mak boleh mengandungkan abang?"

    Masa tu anak lelaki saya tu baru je masuk tadika. Berderau darah bila ditanya soklan mcm tu tapi nasib baik entah dari mana dtgnya 'kecerdikkan' saya jawab soklan tu gini, " mak ngan abah gi jumpa doktor dan cakap mak nak mengandung. Abih tu, doktor pun belah perut abah dan ambik abang pelahan2 dan pindahkan dalam perut mak. Doktor tutup balik perut mak dan biarkan abg besar dlm perut mak selama 9 bulan. Dah cukup 9 bulan tu mak ngan abah gi jumpa doktor balik dan keluarkan abg. Tapi orang yang dah kawin je boleh buat.. kalau tak kawin tak boleh"

    Bila dia dengar jawapan saya dia cakap, "kalau macam tu biar je lah abg dalam perut abah... kenapa nak susah2 pindahkan dalam perut mak?" Saya jawab, " sebab orang perempuan (mak) ada tetek. Orang lelaki (abah) tak ada... kat tetek tu ada susu. Baby kena minum susu tu baru dia boleh membesar. Dia angguk tanda puas hati dengan jawapan saya. Tapi selang beberapa hari dia dtg balik tanya "Mak kalau binatang macam mana dia nak mengandung?" saya jawab, " yang jantan muntahkan baby tu dan yang betina makan... saya tunjukkan ayam... bila dia nak lahirkan... dia berakkan!" Anak saya terkelip dan airmukanya nampak tak puas hati dengan jawapan saya... dia minta saya belikan buku-buku yang berkaitan dengan body manusia. Puas saya merayau kedai2 buku dapatlah satu yang saya rasa sesuai untuk age dia... dan rupanya dia sentiasa mencari kebenaran kata-kata saya sehinggalah dia berumur 10 th begitu dan suatu hari tu dia jumpa saya dan cakap "mak, abang dah tahu macam mana mak boleh mengandungkan abang!"

    BalasPadam
  3. Aku pun suruh wife yg cerita...aku jd tukang angguk je...haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zam, biasa nya para abah mesti akan minta anak tanya para ibu. Susah nak jelas kan benda ni. Bees and birds.

      Padam
  4. Anak dara ku pun sama kak... dah tanya pasal haid la.. itu la.. ku plak rasa x ready :)

    BalasPadam
  5. Hehe..klakar plak bc komen sweetie tuh....

    BalasPadam
  6. Hahahaha saya pun dah kena soalan mcm tu ... jenuh memikir

    BalasPadam
  7. alhamdulillah kak. penerangan yang kemas dan padat. pening jugak bila budak2 tanya soalan2 yang mcm ni :)

    BalasPadam
  8. Nasib SA baik bila cikgu Dania dah terangkan apa itu haid...kalau x sure payah nak bg tau....

    BalasPadam
  9. Anak saya pernah tanya 'ibu, macam mana nak buat baby'. Ni dah naik darjah 1, kenalah bersiap sedia dgn soalan cepu mas.

    BalasPadam
  10. kat sekolah mmg ada ajar perkara tu. Hari tu sy siap tergelak semak buku anak darjah 3...berkaitan body parts yg sensitif tak boleh org lain usik...alat sulit semua tu...then payu dara dieja as payu udara....terbahak2 sy suruh dia padam semula eja betul2.

    BalasPadam
  11. nasib baik maknya terbangun je, tak melompat terus..tergelak2 sy baca entry akak & jugak komen..eheh..satu hari nnt agaknya sy pun kena mcm tu..

    BalasPadam
  12. bila masuk tahun 6 nanti, para ustaz dan ustazah akan beri penerangan tentang bab ini di sekolah. itu pengalaman kak mengajar di utara ,..kita jadi mak bapak ni "touch up" mana2 yang depa sangsi lah..heee

    BalasPadam
  13. Sebaiknya terangkan saja Aina tak boleh selindung. Kalau sekolah agama di Johor kecik-kecik dah faham sebab sekolah agama memang ada belajar hatta baru 8-9 tahun pun sudah faham.

    BalasPadam
  14. entry yang menarik dan cerita yang sangat awesome ttg konflik dalam seorang budak lelaki. jika tiada keberatan jemputlah jenguk ke blog saya doknganga.blogspot.com

    BalasPadam
  15. nak kena ada jugak buku-buku berkaitan kat dalam rumah agar bila anak2 bertanya takdelah terkial-kial nak menjawabnya.

    BalasPadam
  16. hahahahahah...

    abahnya ngelat tak mau explain!

    BalasPadam
  17. Adoi kalau saya mau pengsan kalau ditanya soklan camtu. Jgn tny depan depan orang dah. Malu nak jawap.

    BalasPadam
  18. pengsan...memang kita mak bapak kena menyediakan diri ...

    BalasPadam
  19. Tiba masa memg kne tergkan pd anak anak bile diorg bertanya...kne beri jwpn smp diorg phm n puas ati...

    BalasPadam
  20. hehehe...ni agak-agak jawab dengan gambarajah oke tak kak? ngeeee~

    BalasPadam
  21. kena ready dgn jwpn sebaiknya kan kak.

    BalasPadam
  22. Kena jugak bersedia dengan soklan soklan gitukan JA hehe...mau jenuh jugak nak menjawab dengan cara yg berhemah.....Nasib anak jantan Okje dah besau hehe

    BalasPadam