Tomyam Mudah : Mama Masak Lauk Hari Ini Sedap

3:47 PTG JunAina 7 Comments


Pukul 14.43 dapat sms dari tab adik. Sms dari abang.
'Mama masak lauk hari ini sedap. Thankss...'
Amboi anak...hari lain tak sedap ka...ehehehee...

Pagi tadi saya bangun seperi biasa rutin pagi main masak-masak, seja buka sekolah tahun ini saya masak lauk untuk anak-anak manakala nasi adik masakan. Kesian adik saya sibuk menjahit dan sibuk uruskan anak dia sekolah tadika sebelah petang. Menu hari ini tomyam daging. Mula-mula ingat nak campur sotong tapi bila teringat amalan pemakanan Rasulullah s.a.w yang tidak mencampur-adukkan jenis makanan saya batalkan niat itu.


Rebus gaging. Potong kubis panjang, potong panjang lobak merah. Bawang merah, bawang putih hiris nipis dan halia saya ketuk. Serai, lengkuas dan daun limau purut tak ada tapi saya masak dia jadi ada saya kisah pada benda yang tak ada.


Tumis bawang, kemudian masukkan paste tomyam dalam tin yang saya beli di Padang Besar (halal paste). Kacau-kacau masuk air. Masuk sos cili. Masuk daging yang sudah empuk tadi (saya rebus daging dulu sebab nak jimat masa). Agak kuah meresap dalam daging masukkan sayur (saya lebur je dua-dua sekali). Perasakan dengan garam agak sayur layu tutup api. Akhir sekali saya masukkan bawang goreng yang saya asingkan sedikit semasa menumis tadi.


Masak simple yang kena denga selera depa haruslah depa makan lebih. Menu esok? Pening...ahahhaaa...



You Might Also Like

7 ulasan:

  1. Sedap tu... suka tom yam yg kuah warna merah tu tapi tak tau apa namanya

    BalasPadam
  2. bagi saya tomyam dengan sup lah paling senang nak buat bila malas. sebab semua campak dlm periuk, hidup api, biar masak.. hihihi

    BalasPadam
  3. paste tomyam siam ek?? best2. adik nina pun guna yg tu. sedap kaw3

    BalasPadam
  4. Antara menu yg chot xreti masak dgn proper dr dlu..boleh makan la...tp nk dpt mcm kedai tomyam tu xdpt la..haha

    BalasPadam
  5. wahh, kalau eza makan tom yam ni, confirm mintak nasi lebih.. hihi.

    BalasPadam
  6. Tomyam la lauk simpel paling anak2 sy suka kak...sy pun suka nak msaknya...hehe...
    Senangkan..dlm tu dah ada proteinnya...tambah je lg dgn sayur2 skit...lengkap hidangan....

    BalasPadam
  7. okje pun berkira kira nak masak tomyam ni. Member kata pakai rempah adabi campur kiub Knor tambah santan sesudu....Rasa nak try pulak!

    BalasPadam