Tak Mau Kena Marah Telefon Mama-Selamat Hari Guru

4:08 PTG JunAina 7 Comments

7.00am - Mama merempit tapi kat belakanglah abah bawak moto.

9.30am - Teringat telefon bimbit dalam beg. Ya ampun 3 panggilan tak berjawab dari dak pompuan tu jam 7.45am, bila call tak berangkat dia pun smslah berbunyi 'Mama tolong call mak tok...habaq kat dy bli 3 hadiah kt cikgu pstu sruh balut skali tau...' (ayat budak zaman sekarang nasib baik mak faham).

Mama pun telefon mak tok bagitau kehendak cucu, katanya dah sembang semalam tapi tak ada kata putus. Cucu minta belikan mug tapi mak tok kata beli coklat coz nanti mug tu mesti cikgu dapat banyak dah. Pas tu mak tok kata petang sikitlah baru dia nak pergi beli.

10.45am telefon bimbit mama bunyi lagi. 'Mama dah habaq kat mak tok ke? Tak hantaq pun lagi, semua orang dok tengah bagi hadiah kat cikgu ni' suara marah + merajuk. Sabar jelah anak. Mama ni kat KL mak tok tu dari sekolah nampak rumah, kenapalah tak call mak tok je.

Mama call mak tok bagitau kehendak cucu yang nak hadiah dan-dan tu jugak. Pas tu letak telefon. Pukul 11.45am call mak balik katanya kat rumah.
'Hah...! Mak tak pi beli hadiah kat kakak ke?'.
'Dah balik la ni lepas Kak Yang telefon mak teruih pi hantaq'
'Satnya pi mak beli di mana'
'Guna apa yang ada di rumah ja. Mangkuk kecik yang mak dapat masa pi tahlil rumah YB Mastika dulu tu ada, dalam kotak cantik dah. Tak payah nak balut. Bagi ja yang tu. Bagi tiga mak ada simpan lagi satu sebagai kenangan.
Mak sampai sekolah jalan pi kelas dak pompuan dari jauh dia nampak mak tok dia pun berlari sambil senyum. Pi kat motor Pak Usu tengok barang yang dibawa makin lebar senyumnya sampai telinga. Cantikkknyaaa...mak tok.'

Ini mungkin salah satu sebab kakak nak sangat sekolah kat kampung. Terlupa buku ada orang hantarkan, sambung sekolah sampai petang nanti mak tok hantarkan selipar, hantar bekal, hantar air sebotol besar. Tiba-tiba ada buku hendak dibeli dan-dan tu mak tok hantarkan duit. Merajuk-merajuk nak baju mak tok belikan. Petang-petang boleh kayuh gerek keliling kampung. Kalau dok dengan mama macam mana nak layan sekolah kat Kajang mama kerja kat KL, mau semput kalau nak ulang alik kerana sebuah buku. Mama selalu banyak alasan kalau kakak nak beli barang, yelah seorang beli mesti ketiga-tiga hendak.

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru. Jasa kalian mendidik tak terbalas. Sekarang ramai pulak kawan-kawan yang jadi cikgu dan mendidik anak Aina pulak. Buat cikgu Hashim Ismail yang sentaisa berlegar di FBku Terima Kasih Cikgu kerana sehingga kini masih terus mendidikku dengan kata-kata motivasi darimu.


Rasa seperti ingin mencari kelainan untuk Fathers Day. Teringin pulak tengok Jelly Kek yang ceria ini kalau ada yang tergoda silahlah ke sini. Tawaran dari Groupon Rm38 instead of Rm68 ditanggung halal. Teringin sebab hari-hari lalu Pavillion bolehlah singgah dan ambik je tapi kat Puchong dan 1 Utama ada jugak Q Jelly Bakery ni.


You Might Also Like

7 ulasan:

  1. Sedap eh jelly kek? Tak pernh try. First time ni nina dgr. Hehe

    BalasPadam
  2. SELAMAT HARI GURU untuk semua guru2

    BalasPadam
  3. salam kenal kak Jun :) seronok la cikgu2 dapat hadiah hehe

    BalasPadam
  4. owh ..fathers day comming soon, yeah mmg sonok dok skulah kpg...lg2 jd cucu kesayangan..apa nk mesti dapat.

    BalasPadam
  5. wahhh.. manja betul dia yee.. anak2 zaman sekarang cam tu lahh.. nak apa2 je tnggal cakap dan terus dapat kann..

    BalasPadam
  6. mujur umah maktok dekat ye..

    selamat hari guru buat semua guru2 di seluruh dunia..

    BalasPadam
  7. betapa bertuahnya macam tu.. ;)
    teringat dulu masa sekolah kat kampung.. best.. ;)

    BalasPadam