Prosedur Pindah Sekolah Menengah Dari Perlis Ke Selangor - Rimas Dengan Kerenah Kerani Sekolah

8:30 PG JunAina 12 Comments


Tajuk sangat panjang.


Ini bukan kali pertama saya menguruskan perpindahan sekolah anak-anak. Pertama kali dulu Iqbal Hadi berpindah sekolah dari Kajang ke Perlis dan setahun kemudian menguruskan perpindahan dari Perlis kembali semula ke Kajang. Setahun kemudian menguruskan perpindahan Hayani anak ke dua ke Perlis. Kedua-duanya urusan pertukaran sekolah kebangsaan. Kini menguruskan semula pertukaran sekolah Hayani ke sekolah menengah di Kajang.


Kerenah birokrasi? Tidak bagi saya tetapi lebih kepada atitude kerja. Kakak saya telah pergi menguruskan perpindahan sekolah Hayani di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad tempat dia belajar sekarang. Di minta mengisi borang perpindahan, kepilkan salinan ic anak, ic mak (sebab duduk dengan nenek jadi ic neneklah), surat nikah (saya tak tahu apa fungsi surat nikah dalam urusan pertukaran sekolah). Anak saya bapanya sudah meninggal jadi tak ada surat nikah diberi.


Apa yang menjadi masalahnya sekarang kerani sekolah kata perpindahan mengambil masa 2 minggu. What? Mama dah naik hijau kejap sebab rasanya perpindahan sebelum ini hanya isi borang, kepilkan apa yang diminta dan dapatkan cop dan tandatangan pengetua dah selesai urusan sekolah asal. Kemudian bawa semua borang ke Pejabat Pendidikan Daerah tempat baru, bagi anak saya Pejabat Pendidikan Daerah Kajang. Dapatkan pengesahan dan tetapkan sekoalh pilihan kita. Bawa dokumen ke sekolah baru dan selesai. Anak boleh mulakan persekolahan di sekolah baru. Buku teks pun boleh bawa dari sekolah asal.


Hayani sudah beritahu guru kelas yang dia hendak tukar sekolah dan cikgu tiada masalah. Kata cikgu kelas Hayani nanti datang ambik fail pelajar sebelum balik ke Kajang untuk diberi pada guru sekolah baru. Saya tidak nampak ada masalah besar yang perlukan masa sehingga 2 minggu untuk uruskan perpindahan. Saya juga telah telefon ke Jabatan Pendidikan Kangar dan pastikan semua prosedur. Sepatutnya pengurusan hanya peringkat sekolah dan hanya melibatkan PPD sekolah baru sahaja.


Rasa nak marah! Kalau ya pun yang datang uruskan perpindahan sekolah itu orang kampung jangan anggap semua orang kampung tak reti berurusan dengan jabatan kerajaan. Kampung-kampung pun kampung ada ilmu tau!



You Might Also Like

12 ulasan:

  1. Saya pun pernah uruskan pertukaran sekolah nephew. Memang mudah. Sekolah rendah agama lagi senang. Mungkin sebab guru besar tu kawan kakak saya, dia kata just tulis surat dan bagi sekolah lama. Hari tu last sekolah hari tu jugak bagi. No hal la.

    Masih ada lagi attitude macam tu ye?

    BalasPadam
  2. Dua minggu ni dah boleh pindah negara, bukan sekolah lagi dah. Memang pindah sekolah budak sangat cepat prosesnya. Bagi mangkuk kat kerani tu kak, biar dia laju sikit buat kerja.

    BalasPadam
  3. Uittt kakkkk btul2 mrh nih..

    BalasPadam
  4. Uittt kakkkk btul2 mrh nih..

    BalasPadam
  5. Thanks for sharing... teman ada experience lagi buat pertukaran sekolah lagi nie...

    BalasPadam
  6. sabar kak sabar..camni rupenye urusan perpindahan sekolah ye..kalo pengurusannye cekap..tak la jadi cenggini...kerani plak yang lebih2 ye kak..

    BalasPadam
  7. kadang2 diperingkat atasan ok semunya..tp bila berurusan dgn org2 bawahan ni..yg banyak karenah..

    BalasPadam
  8. saja amik kesempatan nak buat lambat2 kot kak jun

    BalasPadam
  9. pertukaran sekolah menengah tak sama kot dengan sek rendah. tak tau lak banyak prosedurnya

    BalasPadam
  10. Teringat myra dulu masa pindah sekolah memang makan masa lebih kurang 2 minggu (so dlm tempoh tu cheq tak bersekolah.

    Pindah dari sekolah jenis D ke jenis C - tu prosedur lambat.. katanya
    A-Bestari
    B-Asrama Penuh
    C - Sekolah Harian biasa/asrama
    D - Sekolah swasta/agama rakyat

    BalasPadam
  11. Kakak dee kerani sekolah,.dia pun ckp patut x susah..kerani sekolah pemalaslah tu..hmm..sabar jelah..

    BalasPadam
  12. masih ada org mentaliti sebegitu

    BalasPadam