Gaji Sikit Cukup Gaji Banyak Pun Cukup-Cukup

5:16 PTG JunAina 9 Comments


Mula-mula kerja usia 20an. Gaji Rm800.
Bayar sewa rumah. Belanja sendiri. Bagi mak.
Cukup.


Bila dah kawin ada anak dua orang. Gaji Rm1350.
Bayar motor. Orang jaga anak. Bagi mak. Belanja anak-anak.
Cukup juga.


Umur 30an anak tiga. Gaji Rm4000 (errrr...ini bukan gaji saya ye hanya contoh).
Bayar rumah (gaji dah besar sikit nak duduk rumah teres). Bayar kereta (dulu naik motor belanja makin besar bila beli kereta). Bagi mak. Belanja sekolah anak.
Cukup-cukup je.


Haihhhhh...satu bukit duit pun tak cukup kalau macam ni gayanya.
Jadi pakai baju ukurlah kat badan sendiri jangan ukur kat badan orang lain takut salah ukur dok ukur dengan orang yang badannya lebih besar. Berbelanja berpada-pada jangan ikut nafsu. Keperluan perlu dilunaskan kehendak tahan-tahan jelah.


Rancanglah masa depan keewangan anda dengan baik dan berhemah.


9 Rider Beraksi:

Selfie Hilangkan Gemuruh

9:19 PG JunAina 16 Comments








Pagi-pagi mood berselfie datang. Sampai pejabat keluar hp terus klik-klik. Selepas 7 tahun saya sangat tidak selesa untuk menghadiri temuduga, gemuruh takut semuanya ada. Doakan saya kawan-kawan. Bos lama saya Wim De Vos jemput saya untuk menghadiri temuduga di pejabat tempat barunya.




16 Rider Beraksi:

Main Tarik Tali

5:46 PTG JunAina 4 Comments


Khamis lepas telah dipanggil, kaki menggigil. Hati usah cakap menangis dalam senyuman. Saya bagitau Manager yang "I am very positif" dalam hati tertanya-tanya juga kenapa dia pilih saya. Selepas berhari-hari saya semakin hadzam dengan kisah ini, menerima sebagai satu cabaran untuk saya bermula di tempat baru. Saya cabar diri untuk berhijrah. Selain itu saya buat perancangan "Pelan B" sekiranya "Pelan A" saya gagal.


Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin paling saya tunggu. Katanya hari Isnin kami akan mendapat surat hitam putih keputusan syarikat di mana akan tertulis semua tawaran yang akan syarikat bagi kepada mereka yang terpilih. Sehingga hari ini kami semua tertunggu-tunggu. Entah di mana silapnya semua terpaksa ditangguhkan. Hati saya semakin sebal. Walauapa pun yang terjadi saya tidak akan menoleh kebelakang lagi, kaki saya akan terus melangkah.


Lambat atau cepat kelak pasti kami akan terpaksa mengharungi detik seperti ini. Dari melangkah kosong lebih baik saya melangkah berisi kali ini namun saya tetap menunggu penuh debaran selagi tiada hitam putih dari syarikat. Doa moga Allah s.w.t memudahkan segala urusan dan saya serta kawan-kawan akan mendapat pampasan sewajarnya.


Esok masih ada. Harapan akan terus ada bagi yang sanggup berjuang. Kejayaan akan bersama mereka yang tidak pernah kenal erti lelah. 



4 Rider Beraksi:

Janda Langsing Kenapa Janda Jadi Mangsa

11:10 PG JunAina 16 Comments



Tak tau nak kata apa antara kreatif, marketing startegi ataupun dah tak ada idea nak letak nama apa. Apa kena mengena janda dan langsing? Mungkin bila janda dah langsing ramai lah kot nak membeli. Letak pulak gambar seksi serta menggoda pulak tu.


Pesanan buat bakal-bakal usahawan sebelum pilih nama produk buat kajian lebih sikit jangan nak tangkap muat sahaja. Banyak produk tempatan dengan nama yang lebih baik meletup-letup di pasaran, tak perlu cipta kontroversi pun. Paling penting mutu dan keberkesanan barangan yang di jual.



16 Rider Beraksi:

Kembar Lain Tahun

5:05 PTG JunAina 7 Comments


'

Kembar pertama saya Hasniza Abdullah beza umur 2 tahun, adik kesayangan merangkap tukang jahit saya. Banyak masa sedih dan masa suka kami kongsi bersama. Support each other. Dia nampak lembut tapi keras hati, saya pula nampak macam ganas dalam hati ada taman sikit-sikit meleleh air mata.




Kembar kedua saya Nurfatihah Hayani anak perempuan nan seorang. Bak kata seorang kawan copy & paste muka mak dia, nak tengok saya zaman budak-budak boleh le tengok anak saya katanya. Tapi sebenarnya depa tak tau dulu-dulu saya gemuk. 



7 Rider Beraksi:

Lazo Diamond Tanda Perpisahan

9:59 PG JunAina 12 Comments


Jumaat kami makan-makan lagi seorang teman terlebih dahulu meninggalkan kami dengan 3 bulan notis jadi dia tidak termasuk di dalam kumpulan yang menerima pampasan. Rugi sebab kalau ikut service dan gaji dia memang layak mendapat pampasan dalam jumlah ratusan ribu Rringgit Malaysia. 



Makan-makan lagi. Pukul 11am dah pekena nasi beriyani serta sate. Bahagian kami semakin mengecil jadinya makan-makan boleh buat dalam confrence room sahaja kalau dulu tak muat. Lagi sebulan akan tiba giliran saya pula bersama 9 orang yang lain. Insan terpilih!



Tak lama lagi group ni  akan semakin mengecil, lepas makan-makan seperti biasa sesi sawan tengok kamera. Design team dah tak ada bunga sebulan lagi semua tinggal kumbang.



Kak Ina bertudung coklat di tengah merupakan Senior Engineer yang diraikan.



Ann telah meninggalkan kami dan sudah bertugas di syarikat baru beberapa bulan lalu, Kak Ina pula akan meninggalkan kami dan baju merah tu bakal meninggalkan semua juga tak lama hanya sebulan lagi.



Sebelum makan bos bagi ucapan sepatah dua kata.



Dari kami semua buta Kak Ina. Hadiah kenang-kenangan buat Kak Ina. Tengok rantai tangan ingat kita orang ye...


Saat-saat sukar bagi kami akhirnya tiba juga. Walau di mana berada ingatlah kenangan bersama itu akan sentiasa kukuh. Semuanya pasti ada nilai tersendiri dalam kehidupan kita. Dahhh...tak yah sedih-sedih "teknologi memungkinkan segalanya."



12 Rider Beraksi:

Ubat Stress

10:11 PG JunAina 19 Comments


Saya sedang mengalami stress berganda ketika ini dengan kerja dan sedikit masalah peribadi yang terlalu lama saya simpan. Rasanya saya sudah tidak mampu menanggungnya lagi. Resah itu sudah sampai di penghujung dan kesabaran saya sudah seumpama kulit bawang kini. Doakan yang terbaik buat saya.


Balik kerja dengan keletihan kerana demam beserta hati yang tidak tenang. Saya perlu masa untuk diri sendiri tetapi saya juga tidak boleh mengabaikan anak-anak tersayang. Saya call minta anak-anak bersiap untuk bawa mereka keluar makan. Bila mama buat sesuatu yang bukan rutin mereka tertanya-tanya.


Saya minta anak-anak pilih tempat makan dan mereka memilih KFC. Bila makanan siap dihidang saya biarkan anak-anak makan walaupun ketika itu suasana sangat tidak ceria. Saya layan mereka seperti biasa tetapi anak-anak seolah-olah dapat menghidu derita hati mama. Saya perlu faham kan anak-anak dengan situasi yang bakal kami sekeluarga hadapi sebulan dari sekarang. Perlahan saya ceritakan situasi di pejabat. Kakak dan abang boleh memahami tetapi adik tetaplah begitu. Saya hanya mampu beritahu secara yang sangat mudah buat adik. 'Mama berhenti kerja dan kena cari kerja lain'.



Adik suka sangat dapat pergi KFC tetapi mata dia dah mengantuk walaupun jam beru menunjukkan pukul 8.15pm. Apa yang dia tahu setiap permintaannya mesti ditunaikan samaada cepat atau lambat.



Abang dan kakak yang sudah besar, sudah boleh memahami erti kehidupan mama sedikit sebanyak. Sebesar mana masalah saya anak-anak tetap utama, saya akan berkongsi masalah yang ada dengan anak-anak.



Saya masih mampu tersenyum ketika ini, kekuatan saya adalah semangat dari anak-anak tanpa saya anak-anak akan kehilangan arah.


Saya datang kerja dengan separuh jiwa tetapi hidup masih perlu diteruskan. Jalan yang masih panjang dilalui belum lagi sampai ke penghujungnya. Perjuangan demi hidup, demi kebahagiaan. Saya ada anak-anak yang sentiasa di sisi lalu apa lagi yang perlu saya cari.




19 Rider Beraksi:

Hati Ku Semakin Rapuh

8:00 PTG JunAina 6 Comments


Hari ini banyak kesedihan yang saya tanggung di hati yang tak dapat hendak diluahkan. Bila ianya pilihan saya tentulah segalanya terpaksa ditelan walaupun ia dipenuhi duri bungaan mawar. Bunga mawar cantik dan harum namun durinya mampu melukakan jari. Pilihan saya atau terpaksa hati saya tetap berhiba.


Terasa kini hati bagai dirobek, dicincang halus satu persatu, tak mampu diungkap dengan kata-kata. Jika dulu saya mampu menanggung segalanya dengan tabah serta kuat. Kini hati saya mula rapuh, mungkin dimamah masa. Kayu yang beranai-anai juga akan menyembah bumi suatu hari inikan pula hati.


Saya sedang mencari kekuatan, dahan untuk bertaut menumpang dari dilambung ombak ganas hati sendiri. Dulu saya rasa kuat tetapi akhir kalamnya saya semakin goyah. Hati tenangkanlah ombak yang sedang membadai agar rapuhnya tidak menyembah bumi ketika ini.


Aku sudah tidak mampu...


6 Rider Beraksi:

Lost My Job

10:59 PG JunAina 30 Comments


Sudah sampai masanya...

Percaturan Allah s.w.t adalah terbaik buat saya...redha...

Saya kehilangan kerja dengan sebulan notis dan sedikit pampasan.

Saya akan menjadi pengganggur terhormat.

Sekian.

Titik.



30 Rider Beraksi:

Berjodoh Di Usia Emas

2:01 PTG JunAina 16 Comments



Kerlas gitu, Mah Mah bertunang lagi di usia 70an. Inilah dikatakan jodoh. Dalam usia sebegini apa yang dicari hanya peneman di kala kesunyian. Teman makan, teman berborak dan teman tumpang kasih. Anak cucu semua sibuk urusan masing-masing jadi sekurang-kurangnya adalah kawan. Macam kena sangat dengan entri saya petang semalam. Cinta Lama Bertaut Kembali. Entri saya itu adalah kisah benar keluarga saya sendiri.




16 Rider Beraksi:

Suatu Hari Mungkin Giliran Saya

8:00 PG JunAina 15 Comments





Selepas 7 tahun, dari Head Of Department sehingga dia menjadi Advisor untuk department kami. Masih sihat di usia 73 tahun.



15 Rider Beraksi:

Cinta Lama Bertaut Kembali

4:24 PTG JunAina 18 Comments


Kisah cinta mereka retak dan terbelah. Bercerai menjadi jalan penyelesaian terakhir. Bertahun-tahun masing-masing membina hidup sendiri. Anak-anak menerima kehendak jodoh kedua ibubapa dengan redha. Mereka membesar dengan kasih sayang keduanya walaupun ibubapa telah berpisah. Ibu tanpa dendam mendidik anak-anak agar sentiasa menghormati dan menyayangi ayah walaupun mereka tidak bersama.


Bertahun-tahun malahan puluhan tahun mereka terpisah tetapi hubungan baik mereka tetap utuh demi anak-anak. Masing-masing membina kehidupan sendiri, berkahwin dan berkeluarga. Namun mereka tetap menjadi kawan demi anak-anak. Sehinggalah jodoh bekas isterinya sekali lagi tidak panjang bersama suaminya maka jalan akhir juga adalah perceraian.


Di usia 60an usia emas mereka sekali lagi dengan kehendak Allah s.w.t cinta lama bertaut kembali, kasih mereka yang terputus dahulu mekar semula. Mereka dihalalkan kembali dengan sebuah pernikahan. Itulah kuasa Allah s.w.t. Memberi yang terbaik buat kita. Memberi keperluan bukan memberi kehendak.


Sesungguhnya janji Allah itu benar. Siapa kita untuk menentang kehendaknya. Siapa sangka selepas 20 tahun lebih mereka berpisah akhirnya mereka kembali menjadi suami isteri. Pasti banyak kenangan manis yang mereka kenang sehingga sanggup bersama sebagai suami isteri semula.



18 Rider Beraksi:

Kucing Tak Ada Tikus Berjogetlah!

10:09 PG JunAina 21 Comments



Budak-budak kat pejabat memang nakal-nakal, menggunakan sepenuhnya kecanggihan teknologi yang ada. Hasilnya di kepohkan di Whatapp group bahagian kami tapi nama bos tak adalah dalam group ini. Kucing tak adakan haruslah tikus berjoget ye dik. Sarapan sambil cuci minda kejap. Ala korang pun sama kalau tak macam mana nak ambik gambar akak yang glamer ni kannnn...


Ok. Bos saya cuti. Bilik tutup rapat dan bergelap. Horeyyyyyyy...




21 Rider Beraksi:

Khabar Dari Tanah Suci

10:36 PG JunAina 22 Comments


Sebagai isteri saya sangat susah hati. Semalaman sukar memejamkan mata.
Doa buat dia agar cepat sembuh tanpa ada apa-apa kemudaratatan lain.
Bila dia jauh di mata saya hati sangat cepat tersentuh.
'Abang demam hari ini tapi dah makan ubat, sekarang di Masjid Nabawi"
Itu pun dah buat saya sangat runsing,
Tanpa saya di sisi dia...
Tapi Allah s.w.t sentiasa bersamanya.


Mood ke laut.


22 Rider Beraksi:

Ujian Ribut Yang Sedikit

8:00 PG JunAina 14 Comments


Kesan ribut yang melanda Perlis baru-baru ini. Inilah ujian ribut yang sedikit buat kita. Kalau hendak dihitung kita hanya kehilangan rumah tempat berteduh, alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Di saat kita berkeluh kesah dengan sedikit ujiannya pujuklah hati, kita selamat, anak isteri selamat hanya harta dunia yang terlibat. Kenangkan juga tempat lain yang dilanda taufan sehingga tiada yang tinggal, banjir melanda menghanyutkan segalanya isi rumah, tanam-tanaman mahupun haiwan peliharaan. Paling penting kita masih ada insan-insan yang kita sayang di sisi.





Bersedih kita tetap bersedih namun siapa kita untuk menolak takdir Ilahi. Redha ubat paling mujarab untuk penyakit hati. Ujian Allah s.w.t mungkin sebagai teguran buat kita atau Dia ingin melihat tahap kesabaran kita. Paling pasti setiap ujian ada hikmahnya.


Seperti biasa bantuan awal tetap tiba dari badan-badan berwajib. Bukan mudah untuk membina sebuah rumah semula kerana rumah lama membawa bersama kenangan yang turut sama menyembah bumi. Yang baru tak kan sama dengan yang lama tetapi hidup perlu diteruskan.



14 Rider Beraksi:

Mak Oh Mak

5:17 PTG JunAina 11 Comments


Tengahari mak telefon katanya nak balik esok pagi minta belikan tiket dan minta hantarkan dia ke Hentian Kajang esok. Mak oh mak kenapa nak balik cepat, baru seminggu datang sudah tak betah duduk. Rupanya mak dapat jemputan krusus lagi dari pejabat Angkasa, mak saya aktif dalam koperasi. Ini krusus ke tiga kesinambungan dari krusus di Penang dulu jadi rugi kalau tak pergi katanya. Nanti dapat sijil.


Mak saya memang aktif. Aktif berjualan, aktif menambah ilmu dunia juga akhirat, aktif berjalan jugak. Suatu hari saya makan-makan dengan seorang kawan tetiba orang sebelah tanya duduk mana, dalam senyum saya bagitau. Terus dia tanya cucu Pak Pi (Senapi Man tok ayah saya) ke? Saya angguk. Anak Hazizah? Tembak terus kena tepat.


Ikut hati saya tak nak mak balik lagi, nak suruh dia rehat-rehat lama sikit di sini. Boleh lepas rindu lama sikit. Tak boleh jugaklah nampak gayanya nak manja lama-lama dengan mak. Mesti anak-anak moncong nanti mak tok nak balik. Apa nak kata...



Inilah mak saya. Cun tak? Ramai orang kata saya seiras mak tetapi kalau tengok arwah mak lang mesti orang kata saya lebih seiras dia sebab kulit saya lebih gelap macam arwah mak lang.



11 Rider Beraksi:

Retak Menunggu Belah

10:42 PG JunAina 11 Comments


29hb Mac saya balik ke Bota Kiri ziarah mak mertua, cuaca panas terik. Di kampung tak ada tempat yang redup nak letak kereta, pokok-pokok semua berada di kawasan tak sesuai untuk masuk kereta. Panas terik tiba-tiba hujan sangat lebat semua tingkap kereta tertutup rapat udara panas dari dalam tak dapat keluar. Penyudahnya keesokan hari saya dapati cermin kereta bahagian depan mula retak, nasib baik bukan retak seribu.


6hb Mac saya balik kampung lagi ziarah mak mertua yang meninggal. Cuaca panas kereta letak tepi jalanraya tingkap buka sedikit penyudahnya retak tu semakin memanjang. Terpaksa tukar juga nanti tetapi tunggu Pak Tuan balik umrah.




Tampal tape macam boleh tahan...ahahhaaa... 

Tahun ke enam guna kereta ini selain servis berkala hanya sekali saya terpaksa keluar duit lebih bila terpaksa tukar 'break drum'. Berkali-kali bagitahu break berbunyi Pak Tuan kata dia tak dengar pun, akhirnya break tekan besi ja masa tu kat Tesco dengan mak dan anak-anak terpaksa berhati-hati bawak kereta balik rumah guna 'hand break'. Bahaya memang bahaya tetapi apa nak kata akhirnya kopak Rm560. Tak lama guna berkarat pulak kata pakcik saya yang merupakan seorang mekanik tuan kedai guna barang tiruan. Haihhhh...terus saya tak pi kedai tu dah. Masa tu workshop kepercayaan Pak Tuan tutup. Terpaksa cari kedai lain. Kadang-kadang niat kita nak tolong orang Melayu menaikkan perniagaan sesama Islam tetapi bila kena macam ni jadi serik.



11 Rider Beraksi:

Parking Kat Driveway Boleh?

4:14 PTG JunAina 4 Comments

Isninkan Monday Blues gitu (ini cerita Isnin lepas). Mood nak pergi kerja pun ala-ala suam kuku. Tunggu datang pemusnah je langsung tak pergi kerja. Kata orang cari sebab je. Tapi pemilik kereta ini memang layan blues betoi! Kereta bukan cap local punya, siap angkat wiper lagi tu tapi boleh dia tak perasan kepelikan di situ. Bertuah punya budak (ke bapak budak ke mak budak?). Bila menghala ke stesyen dia mesti lalu kat anak panah besar tu, pon dia tak nampak. Lampu terang benderang kot!





Kereta yang nak masuk dah tersangkut terpaksa mengelak dari kereta yang di parking kat tengah jalan tu. Alahaiiii...sapa punya keretalah tu.


Anak panah punya besar dia boleh tak nampak tapi parking di Komuter di Jalan Reko ni memang lane dia bertindih tapi yang baru tu terang sikit dan kat drive way tu ada sebesar alam anak panah. Bersangka baik mungkin dia pi kereja pukul 6am kot tapi saya balik kereja pukul 8.30am nampak ja anak panah drive way tu. Bersangka baik lagi mungkin tak biasa di situ dan tengah rushing kot.


Kadang-kadang kita pun tersasul tak dapat dinafikan sebab semalam masa nak keluar dari parking saya nampak palang diturunkan dan tertulis 'automatik gate'. Blur kejap. Macam mana nak keluar bukan ada orang tunggu. Undur kereta ketepi termanggu-manggu kejap. Datang kereta lain elok je depan palang terus terangkat. Terasa bodoh kejap! Padahal ini bukan pertama kali pon parking kat situ.



4 Rider Beraksi:

Tidur Bergaya

8:51 PG JunAina 16 Comments





Bila kena kacau dipusingnya macam tu pulak, ngam-ngam je muka dia dengan tempat telur tu.
Bersabarlah dengan gambar-gambar anak kucing yang 6 ekor tu selepas ini.


16 Rider Beraksi:

Unprovoked Incident at LRT Dang Wangi Platform 1

3:00 PTG JunAina 13 Comments


On the 28th of February 2014, at about 12.30 pm, one of our colleagues was waiting for a train at Platform 1 of the Dang Wangi LRT Station. Suddenly, a man crept up to her from the back and hit her right ear with his bag. After hitting her, her assailant started verbally assaulting her with foul words. Fortunately, our colleague only  sustained minor injuries from the attack.

Our colleague subsequently lodged a report at the Brickfields Police station. The police managed to capture the suspect, who was believed to be a street barber .Our colleague was informed by the police that that knives / blades were found in the suspect’s  bag, and that the suspect is confirmed to be mentally unstable.

Lessons Learnt:

       Get assistance from LRT Auxiliary Police , when approached by a stranger at the LRT Station
       Be vigilant of your surroundings when walking alone, i.e. take a look to your back every now and then.

       Whenever possible, try to take a taxi, especially when you are alone and / or carrying valuables with you. 

Bab ambik teksi tu saya kurang setuju jugaklah sebab zaman sekarang ni ramai juga pemandu teksi ni yang jadi penyangak merosakkan imej pemandu teksi di Malaysia sahaja. Di mana pun kita atau naik apa pun kita hati-hati dan perihatin pada keadaan sekeliling. Perkara ini terjadi kepada salah seorang staff tempat saya bekerja dan HSE Manager menghantar email tersebut kepada semua staff sebagai peringatan buat semua.


13 Rider Beraksi:

Gesel-Gesel Peha Dalam Komuter

9:43 PG JunAina 29 Comments


Pagi-pagi kejar train, terpaksa beli tiket di Stesyen Kajang secara manual. Sebelum ini ada mesin dalam kaunter sekarang tulis tangan pulak. Punya panjang berbaris. Semalam balik kerja kaunter T&G di Stesen Dang Wangi off-line dan di KL Sentral pulak dah tutup tapi bila ada sorang budak India hulurkan T&G elok ja petugas tu ambik dan tambah nilai. Saya segan sebab dah tulis tutup nanti dikata tak faham bahasa.


Berlari naik tangga turun tangga akhirnya saya dapat train pukul 7.45am tapi tak sempat dah nak berlari ke coach wanita hanya sempat sampai ke pintu bahagian kepala terpaksa berhimpit-himpit di coach biasa. Ada ruang di bahagian kerusi roda saya tersepit di situ dengan seorang lagi perempuan dan sebelah kiri saya seorang lelaki berbadan agak besar duduk di kerusi.


Mula-mula keadaan aman sahaja, lama-kelamaan kepala lelaki tersebut mula dah lentok-lentok kat peha saya. Bab ni paling menyampah. Saya gerak ke kanan sikit. Lama-lama lagi kepala dia semakin condong ke peha saya jugak. Mungkin dia benar-benar tertidur tapi sikap dia tu buat saya tak selesa. Bukan sekali tetapi berkali-kali. Bila ada penumpang turun saya beralih tempat membelakangi dia dengan jarak yang lebih antara kami. Boleh dia terlentok menggesel punggung saya pulak. Rasa nak pusing baling je dengan botol air.


Saya minta maaf dengan budak perempuan sebelah saya kerana terpaksa menghimpit dia sedikit sebab lelaki sebelah tu sedap-sedap gesel peha saya semasa tidurnya. Dia angguk dan senyum. Esok tobat tak masuk dah coach bercampur ni biar kena tinggal train tak apa asal dapat naik coach wanita dan rasa selamat.


Bagi penumpang-penumpang train mahupun bas dalam keadaan berhimpit-himpit tolonglah faham sensetiviti orang lain jugak. Jangan nak fikir mengantuk serta letih kita sahaja. Jangan kerana kita orang lain rasa tak selesa walapun perkara itu terjadi tanpa kita sedari. Tak pasal-pasal nanti kena sumpah-seranah sia-sia.


29 Rider Beraksi:

Umrah dan Ziarah Tetapi Hati Saya Resah

12:07 PTG JunAina 14 Comments


Saya sudah biasa di tinggalkan. Luar kawasan ke Pulau Pinang dua minggu, ke Langkawi seminggu waima ke Sabah dan Sarawak berminggu-minggu. Ke Jakarta ke Bangkok tapi kali ini terasa sangat kelainannya. Hati saya resah.


Sabtu lepas 12 April 2014 Pak Tuan berlepas menunaikan umrah jam 3pm menaiki Saudi Airlines. Sejak dia menetapkan untuk menunaikan umrah saya tidak putus berdoa kemudahan buat Pak Tuan dalam perjalanan mahupun ketika umrahnya. Saya bimbang kerana tiada di sisi dia ketika susahnya kelak di sana. Moga Allah perkenankan doa saya.


Pukul 12.06am waktu Malayisa (7.10 waktu Jeddah) Pak Tuan hantar sms mengatakan dia telah selamat sampai. Jam 6.10am satu lagi sms masuk ke telefon bimbit saya mengatakan Pak Tuan baru sahaja melepasi pemeriksaan Imigresen yang mengambil masa 6 jam. Pukul 11.07 Pak Tuan bagi tahu baru sampai ke hotel tetapi belum daftar masuk. Satu perjalanan yang memenatkan katanya. Sebagai isteri saya sabarkan dia saya faham keadaan kesihatan Pak Tuan dan mungkin dia sedikit keletihan tanpa rehat yang cukup setelah menguruskan jenazah emak sebelum itu.


Sabtu itu jugak saya memandu ke Puncak Alam membawa emak saya ke rumah adiknya. Emak datang tengok menantu yang nak menunaikan umrah sambil itu membawa mangga juga untuk diagihkan pada adiknya di Puncak Alam. Jalan yang biasa dilalui berkali-kali tiba-tiba saya tersasar sehingga ke Shah Alam dan terus ke Kelang. Perjalanan jadi jauh kerana terpaksa melalui Meru ke Puncak Alam. Balik malamnya sekali lagi bila saya tersedar kami berada di Damansara. Astarfirullah'halazim. Saya beristigfar berkali-kali. Saya biarkan hati lalai. Nasib baik walapun tidak biasa di Damansara saya masih boleh mengagak jalan-jalan di situ.


Dua malam berturut-turut saya mimpikan Pak Tuan. Rindukah? Atau kerisauan saya yang membuatkan hati gundah. Malam tadi saya bermimpi Pak Tuan memberi saya tiga bungkusan kecil berwarna hitam tetapi tanpa kata-kata. Dia hanya memandang. Hati saya menjadi tidak keruan. Bila di fikirkan kembali bukankah mimpi itu mainan tidur?


Sabarlah hati. Tak lama dia pergi hanya 12 hari dan akan kembali, sabarlah menghitung detik dan waktu. Semoga Pak Tuan di kurniakan kesihatan yang baik sepanjang berada di sana serta di permudahkan setiap urusannya dan dapat mengerjakan umrah dengan sempurna.



14 Rider Beraksi: