Perjalanan Terakhir Seorang Ibu
6hb April 2014.
Ahad.
Jam 3.20pm.
Ibu mertua saya Sapiah Binti Mat Saie menghembuskan nafas yang terakhir di sisi tiga orang kakak ipar dan seorang anak lelakinya kerana sakit tua. Meninggal pada usia sebenarnya 86 tahun walaupun secara rasminya di kad pengenalan dilahirkan pada tahun 1931 (82 tahun).
Jenazah telah selamat dikebumikan esoknya jam 11am kerana memberi peluang kepada semua anak-anak dan cucu-cucunya untuk meliahat jenazah buat kali terakhir.
Di sebabkan keadaan tidak mengizinkan saya terpaksa pulang ke rumah ibu mertua di Kampung Aji, Bota Kiri hanya bersama anak-anak. Bertolak pada pukul 6 petang dalam keadaan hujan dengan jiwa yang tak menentu agak mencabar. Akhirnya saya sampai pada pukul 9.30 malam. Pak Tuan pula menyusul tiba di rumah mak pada pukul 12.30 malam. Lama berada di sisi mak, hatinya kuat tapi air mata tetap tumpah hatinya jelas gundah menyimpan kepedihan tidak terlerai.
Satu-satu kakak ipar saya peluk dalam tangisan. Ibu yang saya kucup minggu lepas kini terbaring kaku. Hanya jasad menjadi tatapan. Sambil membaca Yassin air mata saya tak henti mengalir, puas ditahan tetapi ia tetap mengalir tanpa dipinta.
Keesokannya persiapan pengkembumian di lakukan sejak awal pagi. Anak-anak menguruskan jenazah emak dipantau oleh pengurus jenazah bertauliah. Anak lelaki kedua mak Syed Isya memandikan jenazah mak dari mula dengan penuh kasih sayang walaupun pada mulanya tidak diizinkan. Pak Tuan pula melakukan jirusan terakhir.
Sebelum jenazah di bawa ke tanah perkuburan yang hanya sepelaung dari rumah mak, Pak Tuan sebagai anak lelaki sulung memberi sedikit ucapan. Meminta sesiapa yang memberi hutang kepada emak tampil bertemu keluarga juga mohon halal bagi pihak mak.
Rezeki emak untuk berada berdekatan ayah juga akhirnya, hanya berselang 3 kubur yang lain. Jenazah mak di urus oleh cucu-cucnya pula semasa berada ditanah perkuburan.
Ya-Allah Kau ampunkanlah dosa emak. Kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihani anak-anaknya semasa mereka kecil. Permudahkanlah urusan mak bertemu dengan Mu. Permudahkan urusannya di alam barzakah.
Jenazah sebelum di bawa ke tanah perkuburan. Hanya ditolak menggunakan troli seperti dihospital. sedikit kelainan dari tempat saya yang biasanya menggunakan van jenazah.
Saya cuma menantu selama 13 tahun tetapi ehsan saya pada dia tetap sama sebagaimana saya berehsan kepada mak sendiri. Begitu juga kepada kakak-kakak ipar yang umur mereka sebaya emak sendiri. Setiap bulan saya balik menjengah dia kasih saya tumpah kepadanya sebagaimana saya kasih emak sendiri. Sebagaimana baiknya emak sendiri begitulah juga baiknya dia sebagai ibu mertua.
Al Fatihah buat arwah mak mertua akak.. Semoga arwah tenang di sana..
BalasPadamAfatihah..takziah tuk june & family...semoga roh mak mertua ditempatkan bersama2 orng2 yg beriman..amin
BalasPadamsemoga mak tenang disana..al-fatihah..
BalasPadamsalam takziah utk akk sekeluarga
BalasPadamalfatihah
takziah buat akak & family. semoga roh dicucuri rahmat. untung mentua yg ada menantu yg sayangkannya tak pilih kasih sebab kita mmg kena kasih & sayang, hormat mcm mak kandung sendiri. al-Fatihah
BalasPadamSalam takziah dari kakak buat Aina dan keluarga
BalasPadamMoga roh ibinda dicucuri ahmat Allah
Khususon ila ruhi almarhumah Sapiah bt Mat Saie, al-fatihah..
salam takziah akak....semoga arwah tenang di sana...amin....
BalasPadamInnalillah.. Semoga tabah menghadapi dugaan yang mendatang.. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org-org yg beriman...
BalasPadamal fatihah...
BalasPadammoga allahyarmah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman....
salam takziah utk akak sekeluarga...
al fatihah....semoga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman
BalasPadamDariNya kita datang kepadaNya kita kembali... semoga dipermudahkan segalanya... Al-Fatihah...
BalasPadamInnalillah wainnalillahi rajiun..
BalasPadamSemoga arwah tenang di alam yang kekal abadi.
Al-Fatihah.
Al fatihan buat arwal MIL June.. semoga keluarga tabah menerimanya..
BalasPadamAllahummarfirlaha warhamha waafiha wa'fuanha.. amin.
Alfatihah buat arwah ibu mertua....
BalasPadamuntung anak anak bersama masa arwah menghembuskan nafas terakhir dan menguruskan jenazah arwah emak...
Al fatihah..moga MIL akak ditempatkan dikalangan org yang beriman..di luaskan & diterangi kuburnya..
BalasPadamSemoga syurga jua tempatnya.
BalasPadamAl Fatihah
Alfatihah dan takziah kak.
BalasPadaminnalillah.. takziah kak.. semoga rohnya tenang bersama doa anak anak dan cucu..
BalasPadamtakziah dan alfatihah utk arwah... moga rohnya dicucuri rahmat... anak mana yg tak sayangkan mak nya kak, msti pak tuan sedih sgt2... ni akak masih cuti di kampung lg ke?
BalasPadamSalam jun. Alfatihah semuga dia senang di sana.
BalasPadamInnalillahiwainnailaihirajiuun...
BalasPadamKhususon Ilaruhi almarhummah SAPIAH BINTI MAT SAIE...Al-Fatihah...
Semoga Allah menempatkan roh almarhummah bersama insan2 yg beriman...
salam takziah buat Aina dan Al Fatihah buat arwah
BalasPadamAl fatihah. Moga ditempatkan di kalangan yg beriman
BalasPadamAl fatihah. Moga ditempatkan di kalangan yg beriman
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamDariNya kita datang kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. semoga rohnya ditempatkan bersama golongan hambaNya yang dikasihi. Amin.
Takziah untuk akak sekeluarga.
Semoga tergolong dikalangan orang yang beriman. AMIN~
BalasPadamInnalillah .... al fatihah .... semoga roh arwah dicucuri rahmat... aminnn ... tenang di sana... diiringi doa anak2 yang soleh ...dan solehah ...aminn
BalasPadamSalam takziah dari bunda untuk semua keluarga arwah...
BalasPadamInna lillah hiwainna ilai hirojiun....
BalasPadamSalam takziah untuk seisi keluarga..
BalasPadamAl fatihah.Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
BalasPadamTakziah... semoga roh MIL Aina ditempatkan di kalangan orang2 beriman dan beramal soleh.
BalasPadamsalam takziah buat keluarga allahyarhamah..
BalasPadamberuntunglah arwah kerana punya menantu yang menganggapnya seperti ibu sendiri..
takziah kak. semoga ibu mertua akak di tempatkan bersama org2 beriman amin
BalasPadamSalam takziah. Moga perjalanannya di permudahkan, aaminn
BalasPadamSalam takziah buat kak Junaina sekeluarga..
BalasPadamMoga kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan ini..
Al-Fatihah buat mak mertua akak.