Gaji Sikit Cukup Gaji Banyak Pun Cukup-Cukup

5:16 PTG JunAina 9 Comments


Mula-mula kerja usia 20an. Gaji Rm800.
Bayar sewa rumah. Belanja sendiri. Bagi mak.
Cukup.


Bila dah kawin ada anak dua orang. Gaji Rm1350.
Bayar motor. Orang jaga anak. Bagi mak. Belanja anak-anak.
Cukup juga.


Umur 30an anak tiga. Gaji Rm4000 (errrr...ini bukan gaji saya ye hanya contoh).
Bayar rumah (gaji dah besar sikit nak duduk rumah teres). Bayar kereta (dulu naik motor belanja makin besar bila beli kereta). Bagi mak. Belanja sekolah anak.
Cukup-cukup je.


Haihhhhh...satu bukit duit pun tak cukup kalau macam ni gayanya.
Jadi pakai baju ukurlah kat badan sendiri jangan ukur kat badan orang lain takut salah ukur dok ukur dengan orang yang badannya lebih besar. Berbelanja berpada-pada jangan ikut nafsu. Keperluan perlu dilunaskan kehendak tahan-tahan jelah.


Rancanglah masa depan keewangan anda dengan baik dan berhemah.


You Might Also Like

9 ulasan:

  1. lagi besar periuk lagi banyak keraknya kak oiii...

    BalasPadam
  2. This is so true....haha.
    Lepak borak dgn kawan smlm.ckp pasal ni. Dlu gji kecik asal cukup. Skrg gji lain..asal mcm tak cukup.
    Memasing tepuk2 dahi sndiri.padan muka.

    BalasPadam
  3. nasihat yg sgt bagus. thanks sharing pengalaman kak. aah amalkan budaya berjimat

    BalasPadam
  4. dari muda sampai tua saya amalkan jangan meminta.Kalau tak ada jangan mengada.Bila susah semua orang tak pandang kita walau pakai designer makneka....rezeki yang dianugerah tu cukup kalau kita bijak merencana kewangan ,beringat,bercermat.

    BalasPadam
  5. Huhu..betol tu k.Aina..makin besar gajii, makin kite nk expend kite punya expenses..itu yg "cukup-cukup" aje tu..huhu

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,
    besar periuk, besar jugaklah keraknya hu huhuhu kalau gaji besar tapi sayang nak belanja, kufur nikmat jadinya -----> cantik tak alasan tu?

    BalasPadam
  7. betul sangat, ukur baju dibadan sendiri, ikut orang memang parah...
    kena banyak bersyukur untuk mendapat keberkatannya.

    BalasPadam
  8. banya tu gaji 4000.hehehe. Kena berjimat cermat insyallah cukup.

    BalasPadam
  9. kalau gaji 1000 guna 900 inshaAllah cukup

    BalasPadam