Main Tarik Tali

5:46 PTG JunAina 4 Comments


Khamis lepas telah dipanggil, kaki menggigil. Hati usah cakap menangis dalam senyuman. Saya bagitau Manager yang "I am very positif" dalam hati tertanya-tanya juga kenapa dia pilih saya. Selepas berhari-hari saya semakin hadzam dengan kisah ini, menerima sebagai satu cabaran untuk saya bermula di tempat baru. Saya cabar diri untuk berhijrah. Selain itu saya buat perancangan "Pelan B" sekiranya "Pelan A" saya gagal.


Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin paling saya tunggu. Katanya hari Isnin kami akan mendapat surat hitam putih keputusan syarikat di mana akan tertulis semua tawaran yang akan syarikat bagi kepada mereka yang terpilih. Sehingga hari ini kami semua tertunggu-tunggu. Entah di mana silapnya semua terpaksa ditangguhkan. Hati saya semakin sebal. Walauapa pun yang terjadi saya tidak akan menoleh kebelakang lagi, kaki saya akan terus melangkah.


Lambat atau cepat kelak pasti kami akan terpaksa mengharungi detik seperti ini. Dari melangkah kosong lebih baik saya melangkah berisi kali ini namun saya tetap menunggu penuh debaran selagi tiada hitam putih dari syarikat. Doa moga Allah s.w.t memudahkan segala urusan dan saya serta kawan-kawan akan mendapat pampasan sewajarnya.


Esok masih ada. Harapan akan terus ada bagi yang sanggup berjuang. Kejayaan akan bersama mereka yang tidak pernah kenal erti lelah. 



You Might Also Like

4 ulasan:

  1. moga dipermudahkan buat akak. moga terselit hikmah n ditakdirkan sesuatu yg lbh baik buat akak. yumida pernah merasai saat tu. sebak, even faham sudah memeterai perjanjian kontrak. bila masanya dah sampai, tabahkan diri je.

    BalasPadam
  2. Semoga dipermudahkan yer akak.. =D

    BalasPadam
  3. moga semua dipermudahkan kak.... kadang kite sekadar jd mangsa secara tak langsung... tp selagi akak kuat semua insyallah boleh akak harungi

    BalasPadam