Lazo Diamond Tanda Perpisahan
Jumaat kami makan-makan lagi seorang teman terlebih dahulu meninggalkan kami dengan 3 bulan notis jadi dia tidak termasuk di dalam kumpulan yang menerima pampasan. Rugi sebab kalau ikut service dan gaji dia memang layak mendapat pampasan dalam jumlah ratusan ribu Rringgit Malaysia.
Makan-makan lagi. Pukul 11am dah pekena nasi beriyani serta sate. Bahagian kami semakin mengecil jadinya makan-makan boleh buat dalam confrence room sahaja kalau dulu tak muat. Lagi sebulan akan tiba giliran saya pula bersama 9 orang yang lain. Insan terpilih!
Tak lama lagi group ni akan semakin mengecil, lepas makan-makan seperti biasa sesi sawan tengok kamera. Design team dah tak ada bunga sebulan lagi semua tinggal kumbang.
Kak Ina bertudung coklat di tengah merupakan Senior Engineer yang diraikan.
Ann telah meninggalkan kami dan sudah bertugas di syarikat baru beberapa bulan lalu, Kak Ina pula akan meninggalkan kami dan baju merah tu bakal meninggalkan semua juga tak lama hanya sebulan lagi.
Sebelum makan bos bagi ucapan sepatah dua kata.
Dari kami semua buta Kak Ina. Hadiah kenang-kenangan buat Kak Ina. Tengok rantai tangan ingat kita orang ye...
Saat-saat sukar bagi kami akhirnya tiba juga. Walau di mana berada ingatlah kenangan bersama itu akan sentiasa kukuh. Semuanya pasti ada nilai tersendiri dalam kehidupan kita. Dahhh...tak yah sedih-sedih "teknologi memungkinkan segalanya."
alahai.....sedih kalau berpisah bila sudah lama bersama...harapnya hilang di mata, di hati jangan ^_^
BalasPadamSayang nya tak ambil pampasan. Tak pe dia ada alasan tersendiri tu.
BalasPadamwow!
BalasPadamMelangkah keluar dgn kasih sayang yg tinggal jadi kenangan.
BalasPadamInsya-Allah ada rezeki ditempat lain Aina..
salam. uhuk mesti ada rasa sedih kan..:)
BalasPadamratus ribu pampasan? waaaa.... bestnyer
BalasPadammoga dia lebih sukses di tempat baru... ramai jgk yek kak insan terpilih nyer
Yelah kan, teknologi sekarang, yang jauh seperti dekat.
BalasPadamSedihkan sorang demi sorang meninggalkan..company.. utk masa depan relakan aje laa
BalasPadamTakpe sedih-sedih, adat nak berpisah, insyaallah rezeki menanti di tempat lain..
BalasPadamp/s: teringat che mid belikan cincin dan rantai tangan brand sama, pakai sekejap dah hilang..che mid la tukang simpan aduii..
jauh dimata dekat dihati kan kak...
BalasPadamTeknologi memungkinkan segalanya...cukup cantik ayat ini...semoga ukhwah bersama mereka kekal walau dimanapun pencarian rezeki kamu selepas ini...
BalasPadamsedih nya kak bila dah lama2 dok keja terpaksa berpisah
BalasPadam