Sebenarnya Saya Isteri Dia - Cucu Nombor Berapa?

3:00 PTG JunAina 18 Comments


Hikram demam panas sudah beberapa hari, kejap baik kejap demam. Pergi klinik sudah berkali-kali tetapi tak juga baiknya. Jalan akhir bawak pergi ke Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi.


Doktor buat pemeriksaan. Minta pergi x-ray.


Sementara tunggu giliran untuk berjumpa doktor semula kami menunggu di luar. Seorang perempuan berborak dengan Pak Tuan yang sedang mendukung Hikram berusia 2 tahun ketika itu.


"Sakit apa?"
"Demam, tak kebah-kebah"
"Kesian"
Pak Tuan senyum sambil angguk kepala.
"Cucu sulung ke ni?"


Saya pandang lantai sambil senyum.
Pak Tuan gelak tanpa suara.
Kemudian jawab jugak.


"Bukan cucu, anak bungsu"


Rasa nak gelak guling-guling jam-jam tu jugak kat Pak Tuan.



You Might Also Like

18 ulasan:

  1. Mujur Pak Tuan jenis cool orgnya.
    Kena yg tak happy mahu dijegilkan mata hihi...

    BalasPadam
  2. nak gelak boleh tak kwan..hehehehe...
    Kdg org nak bertanya ni dia berfikir dulu
    Separuh yg lain bertanya dulu fikir kemudian....

    BalasPadam
  3. alamak.....sib baik pak tuan jen is x melatah kan...hehehe

    BalasPadam
  4. Nasib baik Pak Tuan jenis cool je. hehe.

    Salam kenal kak :)

    BalasPadam
  5. baca cerita ni kan, lebih kurang ngan deno.. kalau deno g jalan dnegan abah kan, orang akan tanya kat abah..." jalan -jalan dengan cucu ya..."

    then abah iyakan je.. hihi... sama gak kalau deno dalam wad, orang tanya.. "jaga cucu ye pakcik" abah senyum iyakan je... hihihi....

    BalasPadam
  6. Hahhhh cucu?...kelakar pun ada..x perlu risau..jm kuar ngan adik umur 19 tahun ..di katanya adik tu anak JM..camnno tu..maybe pandangan org berbeza kot :-)

    BalasPadam
  7. Cerita jiran baru saya masa mula pindah dulu pula berbeza. Saya melihat dia menggendong anak kecil dan bertanya, "Anak ke??".
    Jawabnya; "Tak...cucu..". Rupanya dia kawin muda, usia baru 43 tahun dah jadi atok. Lagi pun fizikalnya kecil, memang tak makan tua...

    BalasPadam
  8. gelak-gelak manja tu..hehee

    BalasPadam
  9. hehe...pak tuan tuh sebenarnya dah bersedia nga n soalan2 camtuh..:)

    BalasPadam
  10. masa si abdul kecil..selalu orang ingat dia anak bongsu..
    kalau kak anim kata anak sulung, banyak pertanyaan yg buat kak anim malas nak jawab:-))

    BalasPadam
  11. hehehe sy pun tersenyum bila baca kak..
    pak tuan mmg cool lah.. hehehe

    BalasPadam
  12. Kak Aina, kumpulkan la siri Sebenarnya Saya Isteri Dia ni kak. Chomel la baca kisah korang ni. Hehe.

    BalasPadam
  13. eheheh..lucu kan kak. tapi xpe.. paktuan cool je kan

    BalasPadam
  14. haaa ayah saya pernah kena... hntr adik bongsu masuk darjah 1, cikgu ckp 'rajin nyer encik bawak cucu' ekekkeeee

    BalasPadam
  15. Sekali Pak Tuan keluar pistol kang hehe.....

    BalasPadam
  16. mungkin haritu dia tak pakai cermin mata.. ha.. ha... pak tuan orang kampung teman mestiler....

    BalasPadam
  17. selamba jer husband kak jawab kan...=D

    BalasPadam