Hati Ku Semakin Rapuh

8:00 PTG JunAina 6 Comments


Hari ini banyak kesedihan yang saya tanggung di hati yang tak dapat hendak diluahkan. Bila ianya pilihan saya tentulah segalanya terpaksa ditelan walaupun ia dipenuhi duri bungaan mawar. Bunga mawar cantik dan harum namun durinya mampu melukakan jari. Pilihan saya atau terpaksa hati saya tetap berhiba.


Terasa kini hati bagai dirobek, dicincang halus satu persatu, tak mampu diungkap dengan kata-kata. Jika dulu saya mampu menanggung segalanya dengan tabah serta kuat. Kini hati saya mula rapuh, mungkin dimamah masa. Kayu yang beranai-anai juga akan menyembah bumi suatu hari inikan pula hati.


Saya sedang mencari kekuatan, dahan untuk bertaut menumpang dari dilambung ombak ganas hati sendiri. Dulu saya rasa kuat tetapi akhir kalamnya saya semakin goyah. Hati tenangkanlah ombak yang sedang membadai agar rapuhnya tidak menyembah bumi ketika ini.


Aku sudah tidak mampu...


You Might Also Like

6 ulasan:

  1. Kak.. sedihnya saya baca...
    harap akak dapat kekuatan tu kelak..
    jgn terlalu bersedih yer.. dugaan Allah buat hambaNya..
    hug u kak.. sobs =(

    BalasPadam
  2. In syaa Allah Aina akak kuat menghadapinya..mengadula pada Allah s.w.t

    BalasPadam
  3. bersabarlah...tiap dugaan akan menyusul hikmahnya...

    BalasPadam
  4. Liku kehidupan, tajam bagaimana pun beloknya, tetap kena tempuh...merangkak,menangis...kena juga...huhu

    BalasPadam
  5. Istighfar dan selawat byk². Ayat Qursi juga. InsyaAllah tenang.
    Akak ingat juga bahawa tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
    Ingat tu kak. Itu janji Dia.

    BalasPadam
  6. Sedihnya sy baca entry akak nih..semoga akak terus kuat dan tabah

    BalasPadam