Umrah dan Ziarah Tetapi Hati Saya Resah

12:07 PTG JunAina 14 Comments


Saya sudah biasa di tinggalkan. Luar kawasan ke Pulau Pinang dua minggu, ke Langkawi seminggu waima ke Sabah dan Sarawak berminggu-minggu. Ke Jakarta ke Bangkok tapi kali ini terasa sangat kelainannya. Hati saya resah.


Sabtu lepas 12 April 2014 Pak Tuan berlepas menunaikan umrah jam 3pm menaiki Saudi Airlines. Sejak dia menetapkan untuk menunaikan umrah saya tidak putus berdoa kemudahan buat Pak Tuan dalam perjalanan mahupun ketika umrahnya. Saya bimbang kerana tiada di sisi dia ketika susahnya kelak di sana. Moga Allah perkenankan doa saya.


Pukul 12.06am waktu Malayisa (7.10 waktu Jeddah) Pak Tuan hantar sms mengatakan dia telah selamat sampai. Jam 6.10am satu lagi sms masuk ke telefon bimbit saya mengatakan Pak Tuan baru sahaja melepasi pemeriksaan Imigresen yang mengambil masa 6 jam. Pukul 11.07 Pak Tuan bagi tahu baru sampai ke hotel tetapi belum daftar masuk. Satu perjalanan yang memenatkan katanya. Sebagai isteri saya sabarkan dia saya faham keadaan kesihatan Pak Tuan dan mungkin dia sedikit keletihan tanpa rehat yang cukup setelah menguruskan jenazah emak sebelum itu.


Sabtu itu jugak saya memandu ke Puncak Alam membawa emak saya ke rumah adiknya. Emak datang tengok menantu yang nak menunaikan umrah sambil itu membawa mangga juga untuk diagihkan pada adiknya di Puncak Alam. Jalan yang biasa dilalui berkali-kali tiba-tiba saya tersasar sehingga ke Shah Alam dan terus ke Kelang. Perjalanan jadi jauh kerana terpaksa melalui Meru ke Puncak Alam. Balik malamnya sekali lagi bila saya tersedar kami berada di Damansara. Astarfirullah'halazim. Saya beristigfar berkali-kali. Saya biarkan hati lalai. Nasib baik walapun tidak biasa di Damansara saya masih boleh mengagak jalan-jalan di situ.


Dua malam berturut-turut saya mimpikan Pak Tuan. Rindukah? Atau kerisauan saya yang membuatkan hati gundah. Malam tadi saya bermimpi Pak Tuan memberi saya tiga bungkusan kecil berwarna hitam tetapi tanpa kata-kata. Dia hanya memandang. Hati saya menjadi tidak keruan. Bila di fikirkan kembali bukankah mimpi itu mainan tidur?


Sabarlah hati. Tak lama dia pergi hanya 12 hari dan akan kembali, sabarlah menghitung detik dan waktu. Semoga Pak Tuan di kurniakan kesihatan yang baik sepanjang berada di sana serta di permudahkan setiap urusannya dan dapat mengerjakan umrah dengan sempurna.



You Might Also Like

14 ulasan:

  1. Aamiiin. Semoga semuanya selamat.

    BalasPadam
  2. tadi ada akak hantar komen. tapi terguna akaun cucu. Dia tak sign out rupanya.

    BalasPadam
  3. doa saya juga mengiringi moga selamat perjalanan pak tuan ke sana...

    BalasPadam
  4. Jangan dirisau. Allah akan menjaganya

    BalasPadam
  5. Doa kakak juga Aina buat Pak Tuan moga dipermudahkan dan sihat utk menjalankan ibadah di sana.
    Jgn bimbang Aina, berada di tanah suci lebih mendekatkan diri kepadaNya.

    BalasPadam
  6. InsyaAllah semuanyer selamat... doa kami bersama beliau...

    BalasPadam
  7. Moga Pak Tuan peroleh umrah yang mabrur..dipermudahkan urusan, di lindungi kesihatan nya dari MERS/ lain2 jangkitan

    BalasPadam
  8. sabar ya Ainaa....sekarang ni sntiasa boleh berhubung..so kita berdoa agar Pak Tuan dlm perlindungan Allah dan mndapat umrah yg mabrur..insyaallah

    BalasPadam
  9. Moga pak tuan dikurniakan kesihatan dan kekuatan di sana..aaminn

    BalasPadam
  10. InsyaAllah mudah2an semuanya baik..
    banyakkan berdoa ye..
    Kadang sebab kita ni rindu ha..

    BalasPadam
  11. Insya-Allah.. semoga segala urusan Pak Tuan dipermudahkan.. rindu erk kak? :)

    BalasPadam
  12. Sabar kak.. semua tue mainan tido jer..Insyaallah semuanya pasti selamat..=D

    BalasPadam
  13. inshallah semuanya selamat..semoga dipermudahkan urusan beliau disana
    kty teringat lak perjalanan terindah kty pernah lalui semasa ke sana .sepanjang dlm perjalanan
    terasa dalam mimpi .. kdg menitis air mata kerana tak sangka dpt jd tetamu allah ..

    BalasPadam
  14. wana7370

    semoga pak tuan dipermudahkan Allah segala urusannya, sihat & mendapat umrah yg mabrur, insyaallah... amin3...

    BalasPadam