Mak Oh Mak

5:17 PTG JunAina 11 Comments


Tengahari mak telefon katanya nak balik esok pagi minta belikan tiket dan minta hantarkan dia ke Hentian Kajang esok. Mak oh mak kenapa nak balik cepat, baru seminggu datang sudah tak betah duduk. Rupanya mak dapat jemputan krusus lagi dari pejabat Angkasa, mak saya aktif dalam koperasi. Ini krusus ke tiga kesinambungan dari krusus di Penang dulu jadi rugi kalau tak pergi katanya. Nanti dapat sijil.


Mak saya memang aktif. Aktif berjualan, aktif menambah ilmu dunia juga akhirat, aktif berjalan jugak. Suatu hari saya makan-makan dengan seorang kawan tetiba orang sebelah tanya duduk mana, dalam senyum saya bagitau. Terus dia tanya cucu Pak Pi (Senapi Man tok ayah saya) ke? Saya angguk. Anak Hazizah? Tembak terus kena tepat.


Ikut hati saya tak nak mak balik lagi, nak suruh dia rehat-rehat lama sikit di sini. Boleh lepas rindu lama sikit. Tak boleh jugaklah nampak gayanya nak manja lama-lama dengan mak. Mesti anak-anak moncong nanti mak tok nak balik. Apa nak kata...



Inilah mak saya. Cun tak? Ramai orang kata saya seiras mak tetapi kalau tengok arwah mak lang mesti orang kata saya lebih seiras dia sebab kulit saya lebih gelap macam arwah mak lang.



You Might Also Like

11 ulasan:

  1. Nasib baik SA duduk sama2 ngan mak SA...Kesian anak2 kan..maktok nak balik dah...

    BalasPadam
  2. Scroll gambar pun dah tahu sama muka. Hehe.

    BalasPadam
  3. masih aktif kesana kemari ye mak akak.. kaki masih kuat brjalan..
    mmg cun.. sebijik mcm muka akak..

    BalasPadam
  4. mak n anak sama dbomb.. hehe.. ni yg ak rindu kt mak aku ni.. :)

    BalasPadam
  5. alhamdulillah...masih sihat walafiat makcik ya..

    BalasPadam
  6. nnt2 tentu mak mai lagi... xpon, bawak anak2 blk sana jenguk dia... ;)

    BalasPadam
  7. yer la muka akak sebijik muka mak..maintain jer farah tengok mak akak..=D

    BalasPadam
  8. memang nampak aktifnya...
    macam anaknya jugak..

    BalasPadam
  9. mstiler cun nampak sihat lagi... orang aktif mana sempat nak fikir diri tak sihat..

    BalasPadam
  10. Nasib mak duduk bersama. Kalau x rindo wooo. Walaupun sll x sehaluan.

    BalasPadam