Kasihnya Ibu

11:09 PG JunAina 17 Comments

Lirik Lagu Kasihnya Ibu - Sharifah Aini

Kasihnya ibu 
Membawa ke syurga 
Kasihnya saudara 
Masa berada

Berkorban raga 
Rela binasa 
Berkorban nyawa 
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah 
Sanggupkah berpisah 
Dan kasih anaknya 
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa 
Akan tersiksa 
Ikhlas dan rela 
Asal kau bahagia





Doakan Allah s.w.t permudahkan urusan ibu Pak Tuan yang semakin uzur dimamah usia yang semakin menjangkau usia 90 tahun.


Sabtu 29 Mac 2014 kami balik menziarah seperti bulan-bulan yang lalu, masuk ke rumah saya terkaku, Pak Tuan terkedu. Ibu yang mengandungkan dia terbaring lesu, tanpa suara hanya mata merenung sayu. Pak Tuan menahan sendu di hati lantas tangan tua itu dicium, wajah lesu itu dikucup. Lama. Pelukan lembut yang membuatkan hati Pak Tuan lemas sendiri. Setelah bersalam dan mencium emak saya keluar rumah menangis semahunya. Tak sanggup saya melihat mak dalam keadaan begitu dan semakin hiba hati saya memandang wajah suami ketika itu.


Sebulan yang lalu masih ada suara menggamatkan suasana walaupun ingatannya sudah tumpul, sehingga bulan lepas juga dia masih mengenali Pak Tuan berbanding anak-anak yang lain. Kali ini suasana sangat berbeza. Ruang rumah terasa sunyi walaupun riuh dengan suara cucu-cicit mak. Perasaan sangat lain.


Tiada kudrat yang tinggal lagi, hanya mata memberi isyarat kepada anak-anak. Lidahnya telah kelu tidak mampu berkata-kata. Sudah dua minggu tidak sesuap nasi pun masuk ke mulut. Jika ada pun hanya nasi yang lecek menjadi air kemudai dipam kedalam mulut menggunakan picagari, itupun sekadar 1 cm sahaja sekali pam. Sesekali air yang dimasukkan ke dalam botol kecil bermuncung ditakkan dimulut. Bila diberi minum separuh masuk ke tekak separuh lagi meleleh keluar. Hati mana tidak hiba.


Sepanjang petang saya berada di sisi mak mengalunkan bacaan Al-Quran sambil mengusap lengannya, mencium lembut dahinya. Sesekali saya membisik syahadah ke telinganya dengan harapan hatinya juga akan turut bersyahadah dan agar jiwanya tidak lalai. Sepanjang petang itu juga jiwa saya sangat tidak menentu. Sebagai menantu saya juga sangat tersentuh, semakin hiba bila memandang wajah sayu Pak Tuan yang selama ini jiwanya sangat kuat dan tiba-tiba pada hari itu jiwa dia seakan kosong menanggung kesedihan. Sekian lama menjadi isterinya pertama kali saya dapat melihat kesedihan teramat sangat di raut wajahnya.


Tangan tua itu erat dipegang sepanjang berada di rumah mak. Selepas solat magrib kami sama-sama membaca surah Yassin memohon agar Allah s.w.t mempermudahkan segalanya buat mak. Itulah nilai kasih sayang seorang anak. Tenghari itu juga Pak Tuan dan saya ziarah kubur ayah mertua, doa mengiringinya. Dalam doa itu juga Pak Tuan menzahirkan ucapan keampunan agar ayanhnya mengampunkan segala dosa-dosa emak yang lalu andai emak tak sempat memohon ampun dari ayah. Kesedihan yang amat berat untuk ditanggung oleh Pak Tuan sebagai anak lelaki sulung.













Saya abadikan gambar-gambar ini di dalam blog sebagai kenangan buat kami sekelauarga. Dulu semasa sihatnya setiap kali saya balik ke kampung dia tak pernah izinkan saya memasak sebab seboleh-bolehnya dia mahu Pak Tuan makan masakan dia walaupun terpaksa menggunakan kerusi ketika memasak.


You Might Also Like

17 ulasan:

  1. Dapat rasakan apa yg korang berdua rasakan kerana ketika MIL sy jatuh sakit baru2 nie pun begitulah kehibaan yg dirasa..apapun alhamdulillah keran pak tuan sangat bertanggungjawab pd maknya..

    BalasPadam
  2. Panjang umurnya ...
    Alhamdulillah masih punya ibu dan ibu mertua....
    Semuga segalanya dipermudahkan..

    BalasPadam
  3. assalam aina..sedihnya..teringat arwah mak acik dulu

    BalasPadam
  4. bergenang airmata baca coretan ni... semoga Allah memudahkan urusan beliau... amin...

    BalasPadam
  5. sy harap sy dapt berbakti kepada mak dengan ikhlas...sehingga akhir hayatnya.

    BalasPadam
  6. hati mana yg tak sebak, lagi2 anak...mahu pulak rapat @ anak emak. mmg sedih. Semoga semuanya dipermudahkan Allah. Bila macam ni family dah kena redha apa jugak yg akan terjadi...bila tua, dah tak boleh muda kembali. Tabahkan hati kak jun & family. ibu sy juga dah makin berusia, tak ada sakit kronik cuma lately ni gastrik, maybe dah tak hirau makan bila ayah sy dah meninggal & sebelum tinggal dgn kakak.

    BalasPadam
  7. Berapa umur mak mertua akak?

    BalasPadam
  8. sedihnya kak... dana pun turut merasa kesedihan yg akak n suami rasa... moga semua dipermudahkan...

    BalasPadam
  9. kedut wajahnya mengingatkan sy kepada arwah nenek
    tulang pipinya itu sgt serupa
    moga yg terbaik utknya

    BalasPadam
  10. sayu nya baca kisah ni kak... :(

    BalasPadam
  11. kasih ibu membawa ke syurga..Ya Allah sedih nya saya baca dan tengok gambar tu.

    BalasPadam
  12. meleleh airmata baca entry ni Kak...sedih betul hati ni....moga allah permudahkan buat mak mertua akak...amin...

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum,
    semoga dia tabah dan dimudahkan segala urusan untuknya.
    Moga anak2 cucu cicitnya juga sentiasa hadapi detik-detik begini

    BalasPadam
  14. Assalam,

    tersentuh hati kalau tengok wajah2 angel ni...teringat arwah mak bunda yang baru setahun pergi...rindu rasa nya kat mak tiba2...

    Semoga mak mertua nya di beri kesihatan oleh Nya...
    sayuuu tiba2..

    BalasPadam
  15. Allah lebih mengetahui akan hambanya.....
    Sapa yang jaga MIL JA?....

    BalasPadam