Kolaborasi Bank Islam dan Tabung Haji

2:37 PTG JunAina 27 Comments


Zaman serba canggih, kemodenan bertali arus banyak perkara telah lebih mudah diuruskan berbanding 10-15 tahun lepas. Lama dulu sekiranya ada urusan melibatkan bank terpaksalah beratur di kaunter, berdiri berbaris panjang. Moden sikit guna sistem nombor, moden lagi tak payah pergi bank lagi guna sahaja internet banking. Mudah, cepat dan selesa. Duduklah di mana-mana pun urusan perbankkan tetap dapat dijalankan.


Salah satu kemudahan yang ada sekarang ialah Kolaborasi Bank Islam dan Tabung Haji yang sangat memudahkan pengguna perkhidmatan Tabung Haji. Perkara utama anda perlulah ada akaun Bank Islam bersama kad ATM. Aktifkan penggunaan kad ATM dan linkkan ke Tabung Haji. Semuanya anda boleh lakukan sendiri di mana-mana ATM Bank Islam. Ikut arahan yang tertera sekiranya ada masalah tanyalah petugas bank.


Kemudahan yang dapat digunakan termasuklah urusan penyimpanan melalui kaunter Bank Islam juga melalui Cash Deposit Machine (CDM). Melalui kaunter adalah percuma manakala simpanan melalui CDM akan dikenakan charge sebanyak Rm0.50 yang ditolak dari jumlah yang kita telah masukkan. Jadi kita boleh berurusan dengan Tabung Haji walaupun pada hari cuti.


Melalui Kolaborasi Bank Islam dan tabung Haji juga kita boleh membuat pengeluaran akaun Tabung Haji menggunakan kad ATM Bank Islam. Kadang-kadang kita mungkin terpaksa menggunakan duit dalam jumlah yang banyak dan duit pulak kita simpan di dalam akaun Tabung Haji melalui kolaborasi ini anda boleh mengeluarkan simpanan anda melalui mesin ATM sahaja.


Bank Islam juga memberi kemudahan pemindahan ke akaun pihak ke tiga dari mana-mana bank hanya di hujng jari. Bererti dari Tabung Haji kemudian dipindahkan ke Akaun Bank Islam dan di masukkan ke akaun pihak ketiga contohnya akaun Maybank hanya melalui satu transaksi di mesin ATM. Mudah, cepat dan selamat tanpa melibatkan duit tunai.


Itulah nikmatnya kemodenan dan teknologi. Jadi sebagai pengguna jangan salah guna teknologi yang ada. Bagi saya Kolaborasi Bank Islam dan Tabung Haji ini banyak membantu sekiranya ingin menambah simpanan kerana tidak perlu lagi ke Kaunter Tabung Haji yang mungkin jauh berbanding Bank Islam yang lebih banyak cawangannya.



You Might Also Like

27 ulasan:

  1. Masa kat M'sia selalu juga guna service tu... senang sbb ada cawangan Bank Islam dekat dgn tempat kerja... Selain bank Islam, bank Rakyat pun offer service yang sama.... Tapi saya lebih selesa berurusan dgn Bank Islam sbb dah biasa :)

    BalasPadam
  2. setahu kak bukan Bank Islam saja. Bank Rakyat, Maybank dan BSN pun ada link dengan tabung haji. kak buka Al Rajhi sebab kalau kita p Mekah, depan Masjidil Haram ada Al Rajhi ATM. instruction dalam bm (bukan Arab)..senang sangat kalau nak keluar duit kat sana

    BalasPadam
  3. perbankan islam kena advance supaya boleh tarik minat lebih ramai pengguna..

    BalasPadam
  4. hai dear..nice blog ya blogwalking..jemputla ke blog saya dan bertukar2 link
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. Saya alu-alukan kolaborasi seperti ini kerana ia akan menyenangkan pengguna atau pendeposit. Sekarang ini kalau nak berurusan di kaunter TH memang bercinta sebab ramai orang ..... huhu

    BalasPadam
  6. Oh ye ke? Saya takde akaun bank islam..Nampaknya kena buat la macam ni..

    BalasPadam
  7. assalamualaikum,

    semua urusan sudah dipermudahkan...senang sikit
    kita masih belum buka akaun tabung haji..hajat dah ada
    masa saja yg tak de :)

    BalasPadam
  8. oh seb baik bace blog akak...baru ku tau kak...senang la kalo gini kan....memudahkan byk urusan gitu....

    BalasPadam
  9. Hmm..rasanya bank rakyat pun ada buat gak.. leh guna ATM Bank Rakyat.. cuma tak sempat lagi nak gi aktif kan..

    BalasPadam
  10. TQSM di atas info yg sgt brguna nie..maksudnya kita kena maklumkan dulu kt kaunter ke utk link kan ke tabung haji jika dh ada kad ATM tu???

    BalasPadam
  11. ohh boleh eh... baru tahu ni.. senang la nak draw..hikss

    BalasPadam
  12. betul tu sis
    teknologi canggih ni byk memberi manfaat buat semua pengguna

    BalasPadam
  13. pasal ni kdg2 org menabung di tabung haji dok keluarkan duit sebab llink dgn bnk islam he he.

    BalasPadam
  14. baru berhagajt nk link kn tbg haji dgn bank rkyat...

    BalasPadam
  15. bahaya gak bila duit dalam tabung haji boleh di kuar kan thru ATM nie

    BalasPadam
  16. terbaru..tabung haji pun boleh link ke bank rakyat. selesa dgn bank rakyat atm mesin tak sesak dan dekat dgn rumah

    BalasPadam
  17. Tabung Haji pun dah kolaborasi dengan bank rakyat...sy dh buat

    BalasPadam
  18. wah.. bagusnya info ini.. t kasih ya..

    BalasPadam
  19. senang sikit klu terdesak nk keluarkan duit dlm tabung haji, malam2 pn blh kluarkan guna ATM bank islam

    BalasPadam
  20. Tabung Haji pun dah buat dengan Bank Rakyat..

    BalasPadam
  21. Baguslah ade kemudahan cegini.. sebab saya sangat malas nak redah jem pergi ke Tabung haji. Tapi, kat area saya ni susah nak ketemu Bank Islam. huhu

    BalasPadam
  22. Farah link-kan akaun tabung haji dgn Bank Rakyat.. A'a mmg mudah dan menjimatkan masa., =D

    BalasPadam
  23. mama sy antara pelanggan BI. ms memula tlg dia kuar kn $$ kt ATM, sy jd keliru..apsal ada Tabung Haji ni? ;-)

    BalasPadam
  24. Salamm. Maaf bertanya, boleh ke kalau link kan kad atm bank rakyat dengan tabung haji tanpa perlu melalui kaunter? Hanya menggunakan mesin atm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh sy dh buat.. Tp kna ada no akaun th dgn no siri buku klu xde no siri xblh.. Ari tu sy g atm tu lupa bwk buku ingtkan dia mtk no akaun je, tp balik kecewa sbb no siri xde sbb buku x bwk :) masuk menu, cri urusan sterusnya tgk pada pdftran th klu x silap.. Slps tu msukkan mklumat..

      Padam
    2. Boleh sy dh buat.. Tp kna ada no akaun th dgn no siri buku klu xde no siri xblh.. Ari tu sy g atm tu lupa bwk buku ingtkan dia mtk no akaun je, tp balik kecewa sbb no siri xde sbb buku x bwk :) masuk menu, cri urusan sterusnya tgk pada pdftran th klu x silap.. Slps tu msukkan mklumat..

      Padam