Kesihatan Jantung

12:11 PTG JunAina 31 Comments


Sabtu saya balik ke Bota Kiri ziarah emak mertua yang semakin uzur, lupa-lupa tetapi anak-anak tetap tidak boleh membantah setiap katanya walaupun dia berkeadaan begitu. Masih cengey kata orang tempat saya. Seperti biasa edisi makan-makan tetap jadi perkara pokok. Hidangan tengahari cara kampung gulai tempoyak ikan patin, ikan talapia hitam goreng garing, ikan rebus goreng, ulam kacang botol, ulam raja, petai yang di gu dengan sambal tempoyak. Paling heaven hari itu saya dapat merasa masak air cendawan busut, cendawan ni kami jumpa dalam edisi merayau kawasan kampung emak mertua. Bukan saya memasak tapi kak ipar iaitu Chor (kak sulung) dan Yang  (kakak nombor 3) yang masak.


Petangnya lepas makan saya landing sambil mengadap televisyen dengan kakak ipar. Perut dah mula meragam bahana makan cendawan busut yang sedap sangat tu. Yang bagi ubat angin dan sapu minyak angin kat perut. Padan muka nak sangat makan. Lepas solat asar yang agak lewat Pak Tuan bersandar di tiang dengan wajah berkerut, menahan sakit tangan pulak mengusap dada bahagian kiri. Saya pucat. Takut. Risau. Kakak ipar nombor empat bagi ubat angin, kemudian sapukan minyak angin di belakang dan dada (kakak ipar ni pesara jururawat). Selepas magrib kami bertolak balik ke Kuala Lumpur. Kalau kami balik kampung kakak-kakak suami biasanya berkumpul kat rumah emak mertua.


Saya bimbang bila Pak Tuan tidak mampu bangun serta keluar dari kereta, terpaksa memapah dia ke bilik air di Petronas. Katanya dia masih mampu bertahan cuma dia minta bawak kereta dengan sedikit laju supaya cepat sampai ke Kuala Lumpur. Keluar sahaja dari Tol Batu Gajah saya memang terus fokus di jalan raya dan sesekali menjeling pada suami yang tidur di sebelah. Hati saya tak henti berdoa agar tiada apa yang akan berlaku dan agar perjalanan kami akan selamat sampai, 1 jam 15 minit memadu kami sampai di Tol Jalan Duta. Hajat di hati nak terus ke hospital tetapi Pak Tuan kata sakit semakin berkurangan dia menolak untuk ke hospital.


Kebetulannya Ahad Pak Tuan menghadiri Pemeriksaan Kesihatan di Hospital Pantai, Cheras. Saya meminta ujian jantung di lakukan. Dari bacaan yang di dapati menujukkan bacaan maksimum sepatutnya 15 tetapi Pak Tuan 21, mengikut doktor Pak Tuan tidak mengidap sakit jantung tetapi kebarangkalian untuk mendapat Sakit Jantung adalah tinggi. Lain-lain ujian seperti Kencing Manis, Kandungan Lemak dan Kandungan Kolesterol adalah baik cuma tekanan darah Pak Tuan agak tinggi. Sakit dada bahagian kiri Pak Tuan lebih kepada angin.


Saya mengagak kemungkinan besar faktor pekerjaan Pak Tuan sekarang mempengaruhi masalah jantungnya, bekerja di dalam keadaan stress setiap hari dengan umur yang akan menjangkau 60 tahun Febuari depan agak membebankan dia. Ikut hati saya lebih suka dia duduk di rumah menjadi tamu masjid di setiap 5 waktu dan berkebun setiap hari di kebun kecilnya. Pengalaman setahun duduk di rumah pula agak negatif kerana dia menjadi semakin uzur dari sehari ke sehari kerana tiada pengisian khusus yang dibuat.


Ada yang menyarankan saya supaya mencuba 'Cuka Apple' sebagai menjaga kesihatan jantung. Tak kurang juga menyarankan 'Minyak Zaitun' serta beberapa produk lain yang terdapat di pasaran. Sila kongsikan pandangan dan pendapat kawan-kawan di sini. Mungkin ada penyelesaian yang lebih baik, mungkin ada pengalaman sebegini yang pernah anda hadapi. Ada sesiapa sudi berkongsi?



You Might Also Like

31 ulasan:

  1. aiseh..dee tak tau nak sarankan apa kak..dee mampu doakan agar Pak Tuan akak cepat sembuh..sihat sentiasa hendaknya..amin..

    BalasPadam
  2. Uishh.. Akak.. Jaga kesihatan elok2 tau.. =) Selalulah berjoging..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengan umur suami akak yang akan menjangkau 60 tahun depan aktiviti walking je yg sesuai...

      Padam
  3. Salam JunAina,
    Saya berpendapat, jika ia merokok maka berhentilah serta-merta. Sesudu besar cuka kurma dicampur dengan sesudu besar pati delima adalah baik dijadikan amalan. Sekali lepas sarapan pagi dan sekali selepas makan malam. Seulas-dua buah tembikai adalah baik dimakan sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur. Selalu selang-selikan ulaman dengan jantung pisang (segar atau celur). Kurangkan, kalau boleh tinggalkan, cendawan setelah usia kita meningkat 5puluhan. Hanya sesekali makan sambal belacan. Maaf jika pandangan ini seperti karut lagi marut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tuan. Suami saya tidak merokok. Insyaallah saya akan minta dia amalkan petua2 yang tuan berikan. Cendawan tu saya je yang makan sebab suami memang menjaga makan kerana dia ada sakit gout.

      Padam
  4. Husben sy dah ada skt jantung. Mng risau klw asik skt dada je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aina bukan apa takut tiba2 kena serangan mengejut...

      Padam
  5. Mesti risau sangat dalam perjalanan kan Jun, tentu terasa lambta perjalanan hari tu. apapun Alhamdulillah segala ok, moga Pak Tuan terus sihat walafiat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang risau sangat umi. Bawak kereta Saga je pun tapi 130-140km/jam Jun bawak...masa tu dok fikir nak sampai KL cepat ja.

      Padam
  6. Di kala usia sebegini, penjagaan makan dan kesihatan amat penting. Cuba jangan terlalu banyak bergantung dengan ubat...Jauhkan dari perkara2 yg memberi tekanan. Lakukan aktiviti riadah dan bersenam secara berjadual. Alhamdulillah...masih dipanjangkan usia, berhati2lah...terutama jgn sampai terjatuh. Semoga anda dan suami di permudahkan urusan dan sihat hendaknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejak bersara dia banyak berehat tetapi 6 bulan kebelakangan ini dia mula bekerja balik tak betah duduk di rumah katanya.

      Padam
  7. Alhamdullillah Pak Tuannyaa tak de penyakit yang bahaya..
    Sedap tuh makan cendawan..hmm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ni alhamdulillah lagilah Rinna tapi bila doc kata high risk utk dapat sakit jantung takut jugak.

      Padam
  8. mak kitapun cengey... ker orang bota kirini yang pompuannyer cengey kot... ha.. ha..ha... opppsss...
    jantung mestilah dijagakan... kot idak susah dikemudian hari...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari tu saya balik sempat nampak signboard Kampung Ser Kaya tu. Dari jambatan masuk ke kiri saya pergi ke rumah kakak ipar masuk ke dalam lagi...

      Padam
    2. Mak mertua saya memang cengey sangat dedulu masa suami bebudak kalau gaduh adik beradik dia baling dengan parang je...eheheee...

      Padam
  9. Farah pun tak pandai la akak..tp farah doakan husband akak cepat sembuh dari sakitnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Farah...harap tiada masalah kesihatan yang besarlah.

      Padam
  10. assalamualaikum,

    orang perak mmg garang2 ye...sbb mak mentua kita pun org sana
    garang pun emm..boleh tahan...hehe

    selalunya mungkin angin sebab tempoyak kot aina
    sbb kami pun kalau lepas mkn tompayak...angin 1 badan

    semoga pak tuan sihat dan kembali spt sedia kala

    BalasPadam
  11. Oh, suami orang Bota ya, Suami saya orang kampung Gajah. Anyway, semoga dia cepat sembuh ye..

    BalasPadam
  12. cuka apple akak tak pernah cuba lagi tp cuka kurma dah cuba..dah hampir habis sebotol...mengeluarkan angin dalam badan,utk turunkan tekanan darah dan gula...

    BalasPadam
  13. di usia tu memang banyak penyakit suka bertenggek kan? yes saya prnah dgr mengenai apple cider.org kata baik utk jantung.cuba bagi pak Tuan ambik tiap2 hari..try

    BalasPadam
  14. Hari Rabu lepas saya lalu Bota Kiri tu semasa dlm perjalanan dari Sg Besar nak ke Penang.

    Semoga cepat sembuh.

    BalasPadam
  15. yumida x tahu sgt
    yumida hanya dpt doakan moga penyakit hb akak segera sembuh
    perkongsian di atas menambahkan lg pengetahuan..thanks berkongsi dgn kami

    BalasPadam
  16. jun, suami kak pun kena check jantung minggu depan gara-gara angin macam pak Tuan jun. walaupun belum 50 thn, setiap hujung minggu berulang ke SP. apa2 pun..moga pak tuan jun kembali pulih

    BalasPadam
  17. Mencegah lebih baik dari merawat..ada petua yg bagus untuk diamalkan eluklah dicuba..mudah2an berkesan.

    BalasPadam
  18. Memang le risau kalau gitu gaya Pak tuan kan JA... Nak bagi petua ......mmg tak tau, FIL tu mmg dia ada jantung ....rasanya dia amalkan Habatussauda' pil tu...

    BalasPadam
  19. moga cpt sembuh ye.. cengey ye.. biasalah tu kan.. sabo je lah... mak deqla pun sama.. kdg2 gitu gak.. org tua kan.. lynkan aje la..

    BalasPadam
  20. Terima kasih dengan perkongsian ni Jun...

    BalasPadam
  21. moga cepat sembuh..akak..cendawan angin..sy pon xbleh sgt mkn cendawan

    BalasPadam