Ujian Hidup
Hidup tanpa ujian adalah hambar, tak ada warna-warni kehidupan. Ujian yang Allah s.w.t berikan akan mematangkan kita dalam menghadapi kehidupan juga sebagai pengajaran supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Ujian di dalam kehidupan akan menjadi guru yang terbaik buat kita bagi yang menerima ujian itu secara terbuka serta redha.
Setiap ujian hidup itu ada hikmah terkandung di dalamnya cuma yang membezakan cara kita menerima serta mengatasinya. Allah s.w.t memberi ujian setakat kemampuan kita sahaja tidak lebih tidak kurang sebab Dia Maha Adil. Sekiranya kita merasa ujian yang diberi sangat berat tetapi di sebalik itu masih ada ramai lagi yang menerima ujian yang lebih berat. Kadang-kadang kita perlu memandang orang yang lebih hebat ujiannya jangan pula kita hanya membezakan orang yang sangat bernasib baik di dalam hidup mereka kerana walaupun mereka kelihatan bernasib baik tetapi mereka punya ujian cuma dalam cara yang tersendiri.
Ujian Allah s.w.t memberi kekuatan kepada setiap dari kita, mengajar kita erti ketabahan. Mendidik hati kita supaya lebih bersyukur. Membuatkan kita lebih berusaha tanpa ada rasa putus asa. Beruntung bukan mereka yang di uji? Sebab bila Allah s.w.t uji bermakna Dia sayang kita, ujian akan membuatkan kita semakin dekat denganNya. Sentiasa mengingatiNya, memohon bantuan padaNya. Beruntungnya kita.
Saya menerima segalanya dengan hati yang terbuka dan redha. Kehilangan abah ketika berusia 2 tahun, kami hidup dengan susah payah mak. Bila dewasa dan berkahwin Allah sekali lagi meguji bila jodoh kami hanya 4 tahun bertahan. Kini saya masih diuji dan saya tetap tanam di hati redha adalah jalan terbaik. Sebaik mungkin saya berusaha untuk membuat semua orang disekeliling saya tersenyum walaupun saya tidak mampu untuk membuat mereka ketawa.
Allah sentiasa menguji kan..thats y kita kena tahu dimana tahap kita...keikhlasan kita..kadang2 kita mudah lupa...
BalasPadamniat yg baik pasti baik juga jadinya..
BalasPadamhai kak ju
insyaAllah, ada bahagia dalam ujian tu nanti, kak :)
BalasPadamTerima lah dgn hati yg terbuka.
BalasPadam**ingatan utk diri sendiri jugak
kuatkan semangat kak...tabah...wlau apa pun yg dtng...insyaallah moga semua dipermudahkan....
BalasPadamsaya doakan semoga semua yang payah akan menjadi mudah.
BalasPadamBe strong sis.. Allah sentiasa menguji hambanya utk tgk sejauh mana kita igt kepadaNya.. =D
BalasPadamKak Azie selalu fikir gini: kalu masalah ini susah, aku dah pernah lalui kesusahan yang lebih lagi sebelum ini. So masalah kali ini, apa lah sangattt....
BalasPadamInsyaAllah boleh hadapi dgn tenang.
semoga akak tabah melalui ujian Nya..
BalasPadam