Main Bowling di Ampang Superbowl Berjaya Time Square

8:08 PG JunAina 10 Comments


Hari sabtu lepas saya menyertai acara tahunan Kelab Sukan dan Rekreasi tempat kerja saya. Pagi-pagi lagi sudah pusing-pusing Berjaya Time Square almaklumlah acara bermula pukul tepat 10am. Kali pertama saya bawak kereta sendiri ke sana jadinya berpusing-pusing jugalah nak masuk parking tapi nasib baik ada anak-anak yang jadi co-pilot.


Sampai sahaja terus ke Tingkat 5 yang menempatkan Ampang Superbowl dan juga Indoor Theme Park. Teruja kejap anak-anak walaupun waktu tu masih sunyi sepi kat dalam tu, masa sampai pusat bowling tersebut baru sahaja nak memulakan operasi tengah buka kunci pintu! Kamera tertinggal di dalam beg 'doremon' jadinya tiada gambar suka-suki saya (sebab tu saya jarang tukar-tukar beg sebab nanti ada sahaja yang lupa), mana yang ada ni saya cilok dari geng pejabat.



Team kami macam biasa sebab sorang lagi terpaksa terbang ke Doha selama 3 bulan pada hari yang sama jadinya kami terpaksa cari pemain gantian. Tak kurang hebat jugak dia. Satu syarikat tak pernah bertegur sapa tapi bila dah berseronok menggolek bola bowling tu jadi satu kepala pulak. Ehhh kenapa saya berdiri cam tu haaaa...?? Tak cantik beno rupernyer...kahkahkahhh...



Anak bujang dan mama yang sentiasa teruja bila nampak kamera...hahaaaa... Ini pun kena paksa ikut sebab mama perlukan co-pilot.



Saya tak ada anak kecik sibuk tumpang anak orang lepas tu stress bila asik-asik budak tu gaduh je dengan abang Hikram. Mama tetap nak mengada-ngada time ambik gambar...hiksss...



Rombongan hari kejadian. Kecik Junior tu selalu ja gaduh dengan kecik Alya...stress...stress...


Jatuhan pin? Malas nak cakap sebab takut hampa semua gelak guling-guling tapi oklah kedudukan nombor 13 dari 27 orang kategori perempuan. Bagi team pulak kami berada di nombor 15 daripada 25 team. Oklah dari berada tempat tercorot. Balik rumah saya sakit-sakit paha sebab dah lama tak bersenam, pinggang pun terasa terdera. Lima tahun tak pegang bola bowling jadinya kehebatan saya tercabar sudah (hebatlah sangat)...ahahaha...


Overall main bowling kat Ampang Superbowl Bejaya Time Square tak boleh lawan dengan main kat Sunway Piramid (bukan biasa sangat kat tempat lain pun). Di sini tak ada tempat duduk kat belakang so terpaksa berimpit-impit kalau bawak family masa tournament. Kurang selesah sikit. Lane dia pun tak sebaik di Sunway Piramid, itu cuma pandangan peribadi saya sahaja. Masa buat pengiraan pun ada masalah teknikal yang membuatkan kebanyakan pemain balik tanpa mengetahui keputusan. Akhirnya peserta hanya collect hadiah masing-masing di pejabat pada 3hb ini.


You Might Also Like

10 ulasan:

  1. apa2 pun janji fun kak sis.. merapatkan silaturahim sesama officemate =)

    BalasPadam
  2. bestnya..saya suka main bowling..hujung bulan ni boss nak buat tournament gak..yeay!

    BalasPadam
  3. Sesekali buat tournament sesama teman pejabat best juga Aina.
    Anak-anak dapat enjoy sama..

    BalasPadam
  4. seronok tu main boling
    saya awal tahun tu ikut gak tournament tapi jadi ajk je
    main baling-baling ngan anak2 je time tu

    BalasPadam
  5. Kira tak best jugak ye Ampang Superbowl ni. Kalau Sunway Pyramid tu dah taraf antarabangsa punya kan.

    BalasPadam
  6. wahhh bestnyaaaa.. dah lama saya tak main bowling huhuhu

    BalasPadam
  7. bola boling saya suka nho masuk longkang!!

    BalasPadam
  8. assalamualaikum,

    hebat aina boleh drive ke parking berjaya time square tuh
    dah le jalan tu amatlah sibukkk...hehe

    kita selalu main di alamanda jek...jln tak sibuk ...hihi

    BalasPadam
  9. Tahniah yeh JA....kira averagelah tu....good try setelah 5 tahun tak membaling ! Hehe

    BalasPadam
  10. Kalau myra boling memang out, tak reti main :d

    BalasPadam