Pantun Hari Jumaat

8:13 PG JunAina 13 Comments


Harum sungguh si bunga melati
Kembang di taman dihinggap kumbang
Gembira sungguh rasa di hati
Jumaat dinanti sudah menjelang


Melati putih berseri di laman
Mawar merah menjadi teman
Rasa di hati sudah tak tertahan
Ingin beradu berlama-lamaan


Mawar merah mawar putih
Di petik dara dari sawah
Seminggu bekerja tersangatlah letih
Ingin berehat melepas lelah


Anak teruna memegang belati
Merenung si dara tersenyum manja
Sungguh riang rasa di hati
Hunjung minggu yang sungguh teruja





Bunga Pukul 10 tetapi temapt saya bunga ini di kenali dengan Bunga Semilang Laut. Tak pasti apa kaitan bunga ini dengan ikan semilang di laut!








You Might Also Like

13 ulasan:

  1. Wah...siap berpantun lagi. Apalah yg teruja sgt weekend ni yer.

    Salam jumaat & salam Aidiladha.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,

    bila bekerja..hujung minggulah nak buat macam2 kan..

    bunga tu senang tumbuh...senang mati :)

    BalasPadam
  3. mcm bunga carnation je.. cantik suka bunga warna pink =)

    BalasPadam
  4. Pantun di pgi jumaat ye kak...:-), sy baca je...nak balas x pndai...

    X pnah dgr nma bunga tu...hehe...sian sy kan....:-)

    BalasPadam
  5. Selamat bercuti Kak! Kat rumah pun tanam rose jepun ni..tapi cantik lagi yg kat opis...

    BalasPadam
  6. Cantik..macam bunga tisu/carnation http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/09/teaser-b2b-bunga-tisu.html pun ada..sukanya :)

    BalasPadam
  7. sy pggl bunga ni ros pagi sbb dia kembang pd waktu pg...mlm menguncup

    BalasPadam
  8. eh! warna bunga pun sama, nama jer lain yang ni spesis ikan...hahahha

    BalasPadam
  9. oh tak bunga jepun cantik..rumah saya ada tapi dah lama mati .jemputlah ke blog saya

    BalasPadam
  10. Bunga dia ni kecik je kan JA.....
    Okje mng tak kenal nama munge!

    BalasPadam