Peperiksaan Akhir Tahun Adik
Cerita periksa adik tak habis lagi. Letih nak mengadap kerenah dia tapi sabar jelah. Semalam adik keluarkan kertas soalan peperiksaan untuk Lukisan minta mama tengokkan. Ada empat soalan pilihan dan ada soalan yang perlu buat persediaan awal contohnya nak buat corak guna baatang pisang, bendi atau kentang. Keduanya guna bahan terbuang untuk buat hasil kreatif. Jadi ibu-bapa boleh buat persediaan awal untk anak-anak.
Tanya dia solalan mana nak buat tapi dia kata semua susah! Saya tahu dia tak minat lukisan sebab bagi dia melukis mengikut arahan adalah susah berbanding melukis ikut kata hati dia sendiri. Semalam mama balik kerja lambat dah tu sakit kepala pula jadi melayan dia dengan separuh hati sahaja sebab takut tetiba mama naik angin. Sabar...sabar... Saya faham kesukaran dia untuk merealisasikan apa yang tertulis.
Pagi ini saya tulis nota buat abang.
1. Tolong ajar adik buat lukisan soalan nombor 1 (lukis gambar kampung).
2. Ajar adik dengan lembut jangan tengking-tengking (kalau marah-marah semua akan jadi huru-hara silap haribulan gaduh dua beradik tu kalau tak pun otak adik terus jem).
Rasa susah sangat jadi ibu bekerja bila tiba keadaan seperti ini. Kalau saya ada di rumah mungkin adik akan sedikit terjaga. Akhir-akhir ini pun saya memang agak culas dalam memantau sekolah anak-anak. Semalam juga dia hulurkan kertas soalan Matematik untuk peperiksaan Penggal Pertama dulu (garu-garu kepala saya kenapalah cikgu baru bagi sekarang). Tamparan hebat buat saya. Cuti sekolah ini nampak gayanya saya kena sediakan jadual khas pembelajaran dia untuk sifir, tak boleh biarkan leka dengan tv, game dan main-main dengan kawan-kawan sahaja. Kalau tidak saya akan menyesal kemudian hari.
Periksa apa hari ini (tanya jugak walaupun dah tahu)?
English...
Boleh buat tak?
Muka depan tak buat langsung yang lain siap.
Kenapa?
Adik lupa anggur dalam English apa.
Grape.
Bakul dalam English apa mama?
Basket.Alahaiiii...anak!
minggu periksa kan sekarang ni.
BalasPadamAnak yg duduk ambil peperiksaan, mak yg risau di ofis.
Anak-anak kakak sama macam kakak semuanya tak pandai melukis Aina. Jadi exam dua hari lepas kakak suruh anak kakak pilih cap-capan yg guna batang pisang dsb tu. Abang yg ukir bunga atas kentang dan bawa batang pisang, carrot abang buat bentuk daun. Jadi kalau guna cap-cap eloklah sikit banding nak kena melukis memang tak bolehlah...
BalasPadambila anak dah besar macam ni pula ye kak nak ajar anak.
BalasPadammmg bila exam ni emak yg risau lebih2 hehehe, tp anak2 KA ok je bab2 lukis melukis ni !
BalasPadamgood luck adik...bab lukisan ni memang kegemaran dania ni...
BalasPadammemang menuntut kesabaran yang tinggi.
BalasPadamSemoga adikdpt buat yg terbaik dlm peperiksaan ya :)
BalasPadamhehehehe dup dap dup dap hati ibu kann...
BalasPadamadoii anak saya baru darjah 1...so tak tahu periksa dia bila...cikgu tak bagitahu pulak tu...tau2 dia balik sekolah haritu dia cakap abang dah peksa............sobsssssssssss tak tahu la ape jadi khennnnn adoiii....untung lagi kalau cikgu kasi tau kann..so kita boleh prepare mcm u :)
mmg kena bnyk bertabah ni kak...tp sy rasa klau diberi yg cap tu lg mudah kot...sbb bntuk kita dah siapkan....jd tnggl pda adik ler nak cap se kreatif mungkin...
BalasPadamselalu jugak sy dengar cerita, keluhan rakan2 ofis mengenai homework atau exam anak-anak...haih rasa takut jugak nak berdepan masa depan bila anak2 dah bersekolah mcm ni
BalasPadamanak ema esok start...risau juga...anak eam ckp dia tak berapa pandai agama, jawi dan arab....nak paksa-paksa..kesian juga...
BalasPadamall the best buat dia..semoga dapat menjawab dengan mudah :)
BalasPadamdulu masa anak2 masik belajar, saya memang strict habis.semingggu lagi nak peksa memang grounded la. asyik jaga di sebelah depa buat exercise. kalau depa letih saya pulak bacakan soalan depa jawab wallau smbil tiduq.hasilnya alhamdullillah...brjaya semua.buat la gitu selalu.memang letih.kdg2 kita kurang sabar rasa nak lempang sekali sekala, tapi tahan ja hati,nanti kalau depa nangis langsung tk boleh belajar lgsung..so sabar la hati.smpai peksa selesai.Thats wat i used to do dulu2.
BalasPadamMusim mama semua jadi tutor nampaknya.. selamat berjaya
BalasPadamSelamat maju jaya ye :) Hiks
BalasPadamSama la mcm farah jugak dulu..bab lukis2 nie mmg failed!! Tgn tak berseni langsung..Hehehe
BalasPadam