Pajeri Labu dan Asam Pedas Ikan Temenung

11:17 PG JunAina 34 Comments


Nikmat makan bila balik kampung memang terasa berbeza. Dari nasi lemak enam kupang sampailah lauk-lauk makan tengahari yang sentiasa buat saya kecur air liur. Dan-dan tu perut terus rasa lapar sangat-sangat. Kebiasaannya sarapan pagi saya hanya beli dari kedai berhampiran rumah. Nasi lemak yang terasa lemaknya dengan aroma pandan menuduk hidung, kuih pula terasa santan, cukup garam dan manis yang stabil serta kehijauan warna pandan asli pada setiap kuih. Setiap kali membeli sarapan saya akan memperuntukan Rm10 dengan membeli 10 bungkus nasi lemak berharga Rm6 dan Rm4 kuih untuk 16 biji. Kuih kat kampung saya masih 4 biji seringgit. Jangan terkejut sebab kat kampung saya masih boleh beli nasi lemak 6 kupang sebungkus.



Asam Pedas Ikan Temenung


Makan tengahari pula kalau rajin saya masak tapi selalunya mak akan masak tetapi kesian sangat dengan mak yang sentiasa sibuk kadan-kadang saya bawak mak pergi kedai bungkus sahaja lauk dan masak nasi di rumah. Satu gerai makan yang tak jauh dari rumah di Kampung Jelempok menawarkan hidangan kampung dengan harga yang sangat murah. Biasanya sekali membeli tidak lebih Rm10 tetapi harga akan lebih sedikit bila membeli hidangan berasakan ayam dan paling saya suka ayam percik (tak pasti percik atau ayam masak merah sebab rasa sosnya agak manis tetapi sedikit cair).


Asam Pedas Ikan Temenung kat atas adalah asam pedas versi Perlis yang menggabungkan penggunaan rempah serta cili. Ia bukanlah seperti asam pedas di sebelah Selatan Tanahair. Harga di gerai kegemaran mak saya itu cuma Rm1 seekor. Pajeri Labu kegemaran saya pula harganya juga sama Rm1 seketul. Rasa masakannya umpama kita masak di dapur sendiri, bila kari terasa santannya, kerabu pula lengkap awasnya (bahan) dan sambal belacan yang stabil rasa asam belacannya dan sangat sedap. Harga memang sangat murah dan lauk-pauk memang cepat habis, kalau lambat gigit jarilah.




Pajeri Labu

Edisi makan-makan akan menjadi perkara utama berada di dalam carta bila balik ke kampung. Sungguh apa yang ada di sana tidak serupa dengan yang ada di sini, umpama berputar 360 darjah. Mungkin juga susana makn di tempat yang banyak kenangan dalam hidup membuatkan kita lebih berselera, juga di kelilingi insan-insan yang kita saya membuatkan selera kita semakin meningkat.



You Might Also Like

34 ulasan:

  1. Rasa macam teringin kakcik nak ikut Aina balik kampung! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom gi kampung Aina 3 November ada kenduri.

      Padam
  2. Salam JunAina,
    Ikan Temenung: Selalunya saya masak singgang; atau goreng separuh masak kemudian disupkan. Minum airnya untuk kesihatan.
    Adapun pajeri, saya sukakan terung panjang dan nenas. Labu kuning: Direbus, buang airnya, kemudian sira gula. Memang nyam ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sebab sudi singgah sini.

      Itu adalah antara masakan tradisi di tempat kelahiran saya, Pajeri labu yang sedikit manis di gandingkan dengan ikan kering memang terbaik.

      Padam
  3. Assalamualaikum,
    dikau telah Berjaya buatkan air liurku leleh bila nengok ikan kembung asam pedas itu hu hu hhu hu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa lagi jom la...jalan2 cari makan.

      Padam
  4. sedapnya tgk.. tertelan air liur,,

    mmg pyh nak jumpa kuih 4 bj rm1.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuih biasanya 3 seringgit dan yg banyaknya 40 sen satu.

      Padam
  5. asam pedas kak jun kaler dia cam kengsom plk... sedap nye lahai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asam pedas tu guna biji rempah/rempah kari dan campur dengan cili kering.

      Padam
  6. Memang ko berjaya buat teman terliur... memang pebbret teman makan asam pedas nie....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asam pedas ni baik untuk kesihatan.

      Padam
  7. 1st tengok labu buat pajeri~selalu terung dengan nanas~keh keh~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru tengok belum rasa kalau dah rasa terangkat beb.

      Padam
  8. pajeri labutu tak penahler pulak merasanyer.. sedap yerk...
    pajeri terungtu suka bebenoler...
    makanan di kampung memang sedap sesangat.. tak payah nak mahal2 ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti bebila try buat pajeri labu pulak...

      Padam
  9. Tak pernah tengok pajeri labu.. cuba tepek resepinya.. boleh le bayangkan rasanya.. he he

    BalasPadam
  10. Salam JunAina..kecur lak negok pajer labu tu..firstime tgk gak :D

    BalasPadam
  11. uiks sama cam bujal.. acu pun 1st time tengok pajeri labu

    BalasPadam
  12. Baca entry Jun pun dah kecur air liur..apatah lagi ada gambar makanannya..memang kan di kampung harga masih munasabah dan rasa masih ada...susah nak jumpa kedai makan yang menepati citarasa kita..last2 balik masak sendiri lagi sedap..hehe

    BalasPadam
  13. sedapnya gulai asam tuuuu~ huaaaaaaaaaaaaaaaaa~

    BalasPadam
  14. 1st time tengok pajeri labu...

    BalasPadam
  15. saya mmg tau makanan kat belah utara masih murah sbb husband saya tinggal kat sana lama.. kami pun selalu pergi jjcm ke utara.. hehe.. nasi lemak kuning sangat sedap..

    BalasPadam
  16. nasi lemak 60 sen , mana nak dpt lagi...

    BalasPadam
  17. Betullah asam pedasnya tak sama kalau tempat kakak asam pedas tak ada kari. Ok juga versi macam ini dapat menikmati variasi. Pajeri labu cuba belek-belek macam mana dia buat tu Aina.. kakak jadi teringin sebab tak pernah rasa...

    BalasPadam
  18. Kat SP tak dapat dah nasi lemak harga 6 kupang tue..paling murah pn dah seringgit.. mmg masakan utara jugak yang terbaik kan..hehehe =D

    BalasPadam
  19. Sedapnyaa tgk masak asam ikan temenung tuh.. tersangat laa menariknyaa..

    BalasPadam
  20. kecur...air liru saya tengok mih mih mih..laparrrr

    BalasPadam
  21. ikan masak asammemang feberet...masih murah2 lagi kan makanan kat kg tuh..

    BalasPadam
  22. sedapnya masak asam pedas ikan termenung ngan pajeri tu..favourite sy tu kak..

    BalasPadam
  23. walllaaaaaa sodap nyer kak...da la tgh lapau ni

    BalasPadam
  24. Aina, asam pedas memang favourite .tk jemu kan? hirup kuah srup serup bila makan..

    BalasPadam
  25. kadang tengok asam pedas dah mcm tk mau nak makan ..
    sbb kt umah hampir hari2 MIL masak asam pedas ..
    so klu nampak kt luar ..
    mcm makanan kt umah jer ..

    BalasPadam