Jemputan Ke Majlis Perkahwinan

12:00 PTG JunAina 29 Comments


Alkisahnya insyaallah dengan rahmat Allah s.w.t yang amat luas buat hambanya mak akan menerima menantu perempuan pertama tidak lama lagi. Majlis pertunangan sudah diadakan sebulan yang lalu cumanya saya tidak sempat hendak ambil gambar dari adik-adik kat kampung. Abang saya akan melangsungkan perkahwinannya tak lama lagi. Alhamdulillah setelah 41 tahun Allah s.w.t telah buka pintu hatinya untuk menerima kehadiran seorang wanita sebagai penyeri hidupnya.


Mak orang yang paling gembira kerana bakal dapat menantu lagi dan menantu perempuan pulak tu. Sejak dari Angah (panggilan untuk abang) mula berkenalan dengan bakal kakak ipar mak merupakan orang yang bersungguh-sungguh supaya parancangan ini menjadi. Alhamdulillah Angah pun terima semuanya dengan baik dan sanggup melalui semua prosedur yang ditetapkan Majlis Agama Islam Perlis. Semuanya selesai sudah cuma menunggu masa dan hari langsungnya sahaja.


Sekarang mak sedang sibuk membuat persiapan majlis tetapi cuma majlis kecil-kecilan sahaja. Jemputan hanya jiran-jiran sekampung serta saudara-mara dari sebelah mak dan arwah abah. Walaupun nampak tak ramai bila dikira tetaplah ramai juga. Bagi mengelakkan pertembungan majlis mak memilih untuk mengadakan majlis di luar cuti sekolah.


Saya dengan rendah diri dan sukacita ingin menjemput semua kawan-kawan dan kenalan ke Majlis Perkahwinan abang saya Affendi Bin Abdullah dan Norlily Binti Ali pada 3hb November 2013. Majlis ini akan diadakan di rumah kecil tepi sawah tempat kami membesar di Perlis. Pada kawan-kawan yang duduk di utara jemputlah datang juga kawan-kawan yang kebetulan akan berada di sana saya dengan bebesar hati menjemput semua memeriahkan majlis kecil-kecilan ini nanti.



Inilah peta ke rumah mak saya, landmark paling mudah adalah Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi. Kalau dari sekolah tu boleh nampak rumah mak saya. Paling senang tanya je rumah Hazizah atau rumah Shahizat yang ada bengkel motor. Insyaallah masyarakat sekitar kenal.


Majlis adalah sangat sederhana tanpa persandingan, tanpa kompang, tanpa goodies bag beria-ia. Hanya makan-makan menyambut menantu dan bunga telur sebagai buah tangan buat tetamu yang hadir. Menu pula hanya menu biasa termasuklah Kurma Daging (asalnya nak buat kurma ayam tetapi diganti daging atas faktor kesihatan sebab sebelah utara banyak kes samolena), Gulai Nangka Ikan Kering dan Acar Mentah (jelatah) dan Bubur Kacang.


Sebagaimana biasa kenduri rumah mak memang murah rezeki kerana Makcik Uji (adik bungsu mak) menaja Acar Mentah, Pakcik E (suami makcik) menaja beras dan ikan kering. Lain-lain akan di ketahui kemudian. Bubur kacang katanya akan di taja oleh suami Makcik Yati iaitu Pakcik Li. Bunga telur pula seperti biasa perkahwinan dalam keluarga mak adik beradik akan sediakan bunga telur lebih kurang 100 setiap keluarga. Alhamdulillah...


Buat Kak Anim dan Kak Inda Marya sudi-sudilah ye datang rumah kita. Mak Chaq kalau balik Penang singgah la, McK kalau rajin lajak Perelih singgah la no...:)


You Might Also Like

29 ulasan:

  1. Selamat pengantin baru diucapkan kepada abg awk..semoga jodohnya berpanjangan dan dimurahkan rezeki...amin..

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  2. kalau sy free time tu bleh la sy 'terbang' ke sn...

    BalasPadam
  3. Semoga segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan sempurna.

    Kepada bakal pengantin, semoga jodoh mereka berpanjangan serta hidup dalam aman bahagia. :)

    BalasPadam
  4. alhamdulillah...sampai juga jodohnya..

    BalasPadam
  5. Alhamdullillah sampai dah jodoh abg Aina.. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. Aaamiinnn

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, sampai sudah jodohnya.

    BalasPadam
  7. tudia siap dgn plan rumah sekali.insyaAllah Aina kalau tiada aral saya sure pi punya.mana boleh miss gulai nangka tu.tunggggguuuuuuu.

    BalasPadam
  8. Selamat pengantin baru buat mereka.

    BalasPadam
  9. bestnyer kalu dkt kak.... tak ajak pun nk dtg la heheheh dpt jmpa kwn2 blogger

    BalasPadam
  10. Memang ramai la yg kawin musim cuti sekolah ni... abg saudara Ida pun pada 3hb November ni juga di Kuala Selangor.

    BalasPadam
  11. SA pun dapat banyak jemputan ni...x tau mana satu nak pi....

    BalasPadam
  12. wahh.. cikda baca pun turut teruja. dapat bayangkan happynya mak JA nak terima menantu kan..
    pastu kan.cikda tgk menunya pun... aduusss..memjejeh suda ayaq lioq (betulkan ni..loghat utara) cikda hahahhaha..

    tahniah JA, moga pasangan pengantin bahagia hingg ke syurga.. Aminnnnnn..

    selamat berhujung minggu ye.. muaahhhh..!!!

    BalasPadam
  13. Tahniah utk abg akak.. insyaallah kalau free boleh singgah nnti.. =D

    BalasPadam
  14. abg kahwin ek.. a wak bila plak?

    BalasPadam
  15. alhamdulillah . sampai juga jodohnya . semoga berkekalan hingga akhirnya . Selamat Pengantin Baru ...

    BalasPadam
  16. assalamualaikum kak,

    tq singgah blog sy. oh abang kawin ek., kat perlis , jauh tu, tpt sy belaja dulu di uitm arau. rindu suasana sana n kenangan di sana bersama en suami dulu :D

    BalasPadam
  17. Mudah2an majlis berjalan dengan lancar dn diberkati hendaknya

    BalasPadam
  18. terima kasih jun kerana mengundang. rezeki pengantin tu ada yang menaja. kak memang suka p majlis kahwin utara ni. tak perlu ada nasi minyak bagai tapi suasananya sangat berbeza.

    kemungkinan besar kak tak dapat pergi. Ahad tu kami bersekolah. tak ambil cuti xtra deepavali sebab sekolah takde murid@guru India, huhu. satu lagi, hari Ahad, suami kak bertolak balik Ipoh. btw...thanks jun kerana sudi jemput. doa kak moga pengantin suami isteri beroleh kebahagiaan hingga ke jannah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Masih Kak Anim... tulahkan Kedah dan Perlis berselisih hari cutinya.

      Padam
  19. Singgah baca entry sambil2 tu nak menjemput awk untuk join ga sy. Ada hadiah menanti anda :)

    http://aqueiez95.blogspot.com/2013/10/my-topup-giveaway-by-iezwa-razk_4614.html

    BalasPadam
  20. Kamu balik nanti naik moto ke?

    :)

    BalasPadam
  21. salam.Terima kasih menjemput....tp jauhhh sgt.Cuma dari kejauhan mendoakn semoga Abg Junaina & pasangannya bahgia hingga ke jannah & majlis brjlan dgn lancar.Aaminnn

    BalasPadam
  22. Ucap tahniah dekat mak. Semoga segalanya berjalan lancar. Happy je nk sambut 1st menantu!

    BalasPadam
  23. Ala...pakchaq balik sini pulak masa tu.. klu tidak boleh la pi..

    BalasPadam
  24. mudah2an majlisnya berjalan lancar yer kak.....

    BalasPadam
  25. tahniah !!!! semoaga mjlis brjalan lancar hendaknya

    BalasPadam
  26. Jodoh dah sampaikan eloklah disegerakan..... Jauh sangat JA kalau dekat nak jugak makan gulai nangka ikan kering hehe
    Adik pengantin taja apa agaknya...hehe

    BalasPadam