Berderau Anak Perlis.com

3:00 PTG JunAina 15 Comments

Jumaat.

Seperti biasa saya kerja separuh hari, pukul 12 saya balik.

Hari ini saya tak balik rumah. Hari ni saya nak pi berderau di Gombak (gotong royong untuk kenduri) di rumah seorang kawan. Kawan maya mulanya. Kini umpama keluarga sendiri. Dia kawinkan anak. Anak sulung. Kenduri sulung jugak.

Ada menu istimewa selain lauk katering yg ditempah. Gulai daging bersama rebung madu menu dari Perlis (bawak tukang masak dari sana). Gulai tempoyak ikan patin menu Perak (isteri tuan rumah masa sendiri, memang tukang masak pun).

Pagi tadi lembu yg dikorbankan khabarnya sudah sampai. Rebung siap di gubah bersama tukang masak juga sudah sampai. Sedang mengerjakan lembu nan seekor. Juga patin yang beratus ekor. Bertabahlah.

Ada anak Perliskah antara pengunjung blog ini? Sekiranya anda, isteri anda atau girlfriend/boyfriend anda berasal dari Perlis apa kata singgah ke facebook group Republik Of Anak Perlis atau group Kangar Dalam Kenangan (KDK). Kat sana ada undangan khas untuk orang-orang Perlis. Kalau sudi 'jom kita pi makan kenduri'.

Ceritanya saya tak sabar nak tunggu kawah gulai rebung dan suami pulak tentunya tak menahan tengok gulai tempoyak ikan patin. Tuan rumah orang Perlis macam saya dan isteri tuan rumah pulak orang Bota sekampung dengan suami saya.



You Might Also Like

15 ulasan:

  1. Ngeee.... Gulai rebung.... Gulai tempoyakkk,....
    **lap air liur sendiri**
    Hehehe

    BalasPadam
  2. Boleh singgah juga kan even KA bukan anak perlis hehehe

    BalasPadam
  3. amboi..menu..mengancam abis..selamat makan kenduri..

    BalasPadam
  4. untung siapa anak Perlis ni

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Aina

    alaaaaa
    rugi saya
    sebab bukan anak Perlis...he he

    BalasPadam
  6. daging rebung biasa mkan kalau p kenduri kat utara ni tapi rebung madu tu ada beza ke? sedih sungguh, saya bukan orang perlis untuk penuhi jemputan, huhu

    p/s wah...betul2 kawan ni..sama negeri saja.

    BalasPadam
  7. deno hari ni pun makan gulai^^

    BalasPadam
  8. Laaaa.....igt kan apa yg berderau tadi..hahahaha..

    Berderau tu saya gunakan utk sampaikan maksud berdebar debar/anxious..:)

    BalasPadam
  9. untung la anak Perlis.... tapi saya anak Kelate pun untung juga..... hihihi

    BalasPadam
  10. Puncanya dari maya je ye.. tapi kalau senegeri dan sedaerah, memang ngam le.. terus jadi sedara.. he he, makan gulai kawah ingat che mid tau.. masa di Kedah dulu memang suka makan rebung madu tu..

    BalasPadam
  11. laaa....ingatkan apa yg berderau tadi? buat akak berderau jer haha

    BalasPadam
  12. dengar nama2 lauk tu pun dah terliur ni.. sib baik tak tgk gambar..

    BalasPadam
  13. Ada jemputan apa ya? Hehehe.. saya org Beseri!!! ;)

    BalasPadam
  14. seronoknya dia boleh entertain org Peghelih..yg best boleh ckap bahasa kita, boleh makan makanan kita kan? kan?

    BalasPadam
  15. hihi...bagusnya anak-anak Perlis ni....banyak aktiviti + boleh eratkan silaturrahim

    BalasPadam