Sebenarnya Saya Isteri Dia! Kenangan Baru Kahwin

4:22 PTG JunAina 13 Comments

Cerita lama. Novel 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' pun belum ada, apatah lagi dramanya.
Senaja mengaitkan cerita dalam novel ini dengan hari-hari yang kami lalui bersama.
Pernah sekali menulis di sini.

Kami nikah akhir tahun 2001.
Masa tu Pak Tuan masih bertugas di Bukit Aman. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.
Menguruskan bahagian latihan. Banyak masanya dihabiskan di Maktab Pegawai Rendah Kuala Kubu Baharu menguruskan krusus peralihan detektif. Kami sering berjauhan.
Redha.

Setiap krusus akan ada latihan luar. Kebiasaannya latihan akan di adakan di Lumut.
Terdapat beberapa sesi yang perlu peserta krusus jalankan di sana.
Sekali tu Pak Tuan ajaklah isterinya(sayalah tu) ikut sekali.
Bertolak dari rumah awal pagi, kemudian lepak di bilik sementara dia menguruskan peserta krusus.
Kemudian kami keluar minum di kantin.
Dalam perjalanan Pak Tuan berhenti berborak dengan seorang pegawai dan Aina terus berjalan ke kantin.
Duduk. Main-main dengan kakak (waktu tu baby lagi waktu tu juga umur saya baru 26 tahun).

Dari jauh nampak Pak Tuan jalan laju-laju dengan uniformnnya.
Segak. Bergaya (itu yang buat Aina jatuh chinta padanya).
Dia terus ke kaunter oder minum dan ambik makanan, jalan penuh bergaya lagi ke arah isterinya.
Tiba-tiba.
'Tuan!!!'
Pak Tuan berpaling.
Seorang anggota wanita memanggil sambil tepuk-tepuk paha memberi isyarat konon suruh duduk kat riba dia. Sambil gelak-gelak dalam kumpulannya.
Pak Tuan gelak besar dan terus jalan kearah isterinya (sebenarnya control gatal depan isteri).

Menyirap!
Huh! Depan bini gayanya gini belakang bini lagu mana gamaknya.
Muka bini dah muncung-muncung.
Makanan pun tak jamah geram.

Masa bangun keluar dari kantin Pak Tuan dukung anak perempuan kesayangannya.
Sambil berjalan Aina terus rangkul tangannya. Genggam erat-erat.
Dalam hati menjerit  'Jangan lebih-lebih ya! Sebenarnya Saya Isteri Dia!'
Dah la waktu tu kami baru 3 bulan kawin!

Bila di Lumut budak perempuan tu nampak serba salah mungkin tak sangka yang Aina ni isteri Pak Tuan. Almaklumlah umur kami banyak sangat bezanya. Kalau zaman muda-muda mau orang kata ayah dan anak yang sedang berjalan.


You Might Also Like

13 ulasan:

  1. cemburu tanda sayang tu..hihihi..

    tapi saya ni mmg jenis susah nak cemburu kot..sbb opismate husband kalau bergurau lagi melampau-lampau..melucah segala..dan biasanya saya sengih je..hahaha..

    BalasPadam
  2. hehehehe leh wat filem plak pasni

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,
    keh keh keh...sib baik tak baling pinggan tu...kalau tak, perang piring terbang namanya.

    jeles tu kan tandanya sayang ;)

    BalasPadam
  4. Berani nyer anggota polis wanita tu gurau dgn boss cenggitu...
    Setakat ni belum pernah nampak nurse buat macamtu kat suami kita....

    BalasPadam
  5. Hahaha kelakar laa plak hubby Aina control macho ekk dpt isteri..Sweet plak baca kisah Aina.. nie.. :) Tak kisah laa janji hubby sayangkan.. :)

    BalasPadam
  6. boleh bayang macam mana geram kan? dia ingat isteri pak tuan sebaya kut..tiba2 muda pulak..he he

    BalasPadam
  7. alahai... sabar je la... tapi gitu la, lelaki kita tak boleh nak control sgt... Moga jodoh kalian kekal hingga ke jannah... amin..

    BalasPadam
  8. haha...nak mengorat Pak Tuan, Mem Besar ada sebelah...
    camnalah airmuka Pak Tuan, Mem Besar dan si perempuan tu agaknya ya..
    Yang mana paling merah..heee

    BalasPadam
  9. Waka...waka....rugi lah pak tuan tak duduk atas riba...waka...waka...larikkkk

    BalasPadam
  10. Tepuk paha untuk pelawa duduk kat dia? Gila gatal ke apa perempuan tu? Macam tiada rasa hormat pulak antara anggota, dan tu tayang di khalayak, sungguh sedikit maruah nya jika diamati betul-betul.

    Part akhir pegang lengan tu memang macam babak dalam buku dan drama. Apapun sangat sweet cerita ni.

    BalasPadam
  11. Ya Allah..tak sukanya saya kalau orang gatal camtu. tak kira la nak bergurau je apa.. menyirap je darah. mau kasi jelingan maut.. huhuhu

    BalasPadam
  12. kenangan akak masa baru kawen kan :) dulu pahit sekarang kalau diingat mesti dah manis kan

    BalasPadam
  13. hehehe.. cemburu tanda sayang..
    2001 saya masih form 5..
    aummmmm~mudanya akak...

    BalasPadam