Makan-makan @Chili's KLCC-Geng Tingkat 15

2:19 PTG JunAina 14 Comments


Nak abadikan kenangan dengan Photo Book yang cantik sila klik sini!


Pertemuan yang akhirnya mencipta sebuah perpisahan, bukan sekali tapi berkali-kali. Pasrah. Hanya doa mampu diiringi semoga hijrah ini akan membawa lebih kemanisan pada empunya diri. Kami saling tidak mengenali, tersenyum bila berselisih tapi bila dijodohkan untuk sama-sama berjuang di dalam satu projek rupa-rupanya kami serasi. Kami sentiasa meriah. Kami sentiasa ceria. Stress kerja hilang bagai angin lalu bila dapat geng satu kepala.

Sejarah untuk dikenang. Pagi-pagi pasti ada sahaja sarapan di pantry terutama pagi Jumaat. Kecoh pantry tingkat 15. Bayangkanlah makan sambil bercerita lepas tu gelak-gelak. Masing-masing berebut-rebut hendak bercakap. Kami bernasib baik bila client juga satu kepala. Tak kisah bila kami buat kecoh sembang-sembang dan gelak-gelak tapi kerja mesti tip-toplah.

Kadang-kadang curi masa lagi minum petang. Bila ada yang sambut birthday kami lepak lagi. Beli kek, beli kuih, buat kopi atau teh. Biasanya ada sahaja yang sponser. Lepak pulak tu tempat seketeri depan bilik client! Hahahha...memang kena pijak kepala jugak tapi respect tu tetap adalah. Depa bayar gaji kita itu kena ingatlah. Itu belum masuk cerita sesi teh tarik di petang hari.

Ketikanya sampai jugak, mula-mula Kak Rose berhijah meninggalkan kami. Hijrah yang terbaik buatnya, jadi client. Kemudian Roseha pulak ucapkan selamat tinggal kerana pintu rezeki telah terbuka untuknya ditempat lain. Kini Wie pula menyusul, membina kerjaya ditempat baru dan yang paling penting langkah mereka adalah menuju gaji yang lebih baik! Best gila!



Bertempat di Chili's KLCC, kami berkumpul mengenang kisah best suatu ketika dulu merangkap farewell untuk Wie (tujuan utamanya). Inilah masanya untuk kami sama-sama happy-happy dapat berkumpul semula. Pada mulanya tu agak keberatan almaklumlah cuti sekolah anak-anak ada kat rumah tetapi bila dah jumpa lupa semua. Lunch date ni hari Jumaat. Hari Jumaat kami semua kerja separuh hari kecuali Roseha dan akan menyusul nanti Wie. Nak berjimba hari Jumaat kena ambil kira depa jugak nanti


Sesi peluk-peluk Rose bertemu Rose. Sungguh banyak Rose yang berkembanag dalam group kami. Tiga rose yang mewangi, Rosmawati, Roselina dan Roshaniza. Kak Rose (bertudung hitam) line-up untuk group kita orang coz tahu jelah hari Jumaat KLCC tu sendat semacam tempat makan pun full ja. Kami sampai lambat kesian Kak Rose nama dah banyak kali panggil katanya aku dah naik sogan.



Tak habis lagi peluk-peluk! Tudung purple itu insan yang diraikan Wie (Yuliyanah). Melebar je senyom ko kan almaklumlah angka-angka kat payslip tu akan berubah hujung bulan nanti. Kalau ada kosong tu cepat-cepat eh calling-calling kengkawan nih. Semua sengih ja happy terlepas dari pejabat double happy dapat berjimba dengan geng. Parking hazab dekat KLCC kebetulan masa tu ada OGA (Asian Oil, Gas and Petrochemical Engineering Exhibition).  Wie dan Rose carik parking kami naik dulu. Finally Kak Idah yang datang naik train sampai dulu (Kak Idah sori hanya nampak tangan.)


Oder kita orang. Nachos tu memang best (Wahida sila jangan meleleh ayaq lioq okeh, akak tau tu paberet engko...hahaaa...). Ini sebahagian, bayangkan setiap orang oder satu menu dengan big portion macam tu. Bila sampai semua makanan semua gelak besaq, banyaknya sampai tak muat meja. Rasa macam tak boleh habis! Antara yang kami oder  Classic Nachos, Grilled BBQ Chicken Salad, Cajun Club Sandwich, Fajita Trio, Southwestern Quesadillas, Loaded Mashed Potatoes dan Soup Of The Day.


Start makan-makan tanpa toleh kiri kanan. Masa tu meja tu terasa sempit sangat. Dah le sempit coz kami belasah duduk 7 orang sekali harung, badan pulak masing-masing boleh tahan nak berkepak pun susah. Air depa semua oder soft drink, bagi kita yang bukan penggemar ais terpaksalah pilih minuman panas yang ada so cappucino menjadi pilihan hatiku. Sila jangan malu-malu untuk meminta pelayan refill minuman kalian okeh, kakak-kakakku serta kawan-kawanku sampai 3 kali refill you tapi cappucino to dak leh lah ya.


Korang tengok magic kat situ. Tadi bersusun-susun pinggan penuh makanan, alih-alih pinggan dah tinggal sikit, bukan tu ja yang dalam pinggan tu pun macam dah tak ada apa-apa. Magickan? Dah macam ikan phirana naseb baik tak habis dengan pinggan-pinggan tu sekali dikerjakan. Kak Kiah tu muncung-muncung entah apalah yang tak puas hatinya.


First shoot. Ehhhh...mana tuan punya blog nih! Tersepit kat dinding kaca hazab pulun nak masukkan depa 6 orang dalam gambar. Hujung kiri Kak Rose (Roselina), Wie (Yuliyanah), Kak Kiah. Kanan hujung Kak Ida, Rose (Rosemawati) dan Roseha (Rosehaniza) sorry Rose tambah nama tu jadi Roseha kalau nak marah sila marah Rose (Rosmawati). Berapa banyak ROSE daaa....


2nd shoot. Minta staff Chili's ambikkan gambar kita orang nak bergedik...hahhaaa... Masa ni dah clear up meja. Tengah sembang-sembang, gelak-gelak tak sedar diri padahal ramai orang dok beratur kat luar. Jenuh tahan senyum, punyalah lama budak tu dok snap-snap kamera murah tu. Bukak ja haiyyooo...patut pun gambar-gambar yang dia ambik hitam pekat. Rupanya dia dok adjust kamera.


Tak puas hati kat dalam kita orang berposing pulak kat luar, minta tolong abang hensem yang tengah line up nak masuk Chili's gamaknya (hansemkah dia hahahaaa...). Terima kasih bang. Gambar tak cantik sangat tapi redha jelah. Agaknya yang dalam FB lawolah kot depa guna tab memasing, aku guno kamera cap ayam jo. Nak copy gambo kat FB pun tak boleh, kesian internet kat rumah dah potong pasai geram kat Celcom.

Terima kasih buat semua, yang sudi plan our lunch date. Bertungkus lumus untuk datang, yang gigih cari parking, yang tabah line up serta tunggu kawan-kawan yang lambat. Paling penting yang jadi tukang bayar. Terima kasih bebanyak buat Kak Ida dan Kak Rose, acara asal dari pakat makan pakat bayar jadinya telah di sponser oleh kakak berdua. Sayang ketat-ketat. Semoga Allah memurahkan rezeki pada Kak Rose dan Kak Ida sokmo nanti boleh belanja lagi (sambil buat muka manja mengada).


You Might Also Like

14 ulasan:

  1. saya dah dapat poskad photobook itu!!
    cantik!!

    tenkiuuu beritauuu pasal tu..

    BalasPadam
  2. Kita pun dah dapat nanti nak tayang2 jugak kat sini...ahhaaa...

    Mesti cantikkan almaklumlah gambar org pandai ambik gambo.

    BalasPadam
  3. seronoknyer... plg seronok kalau orng belanja hehehe

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Aina

    bagus bagus
    teruskan ukhwah

    BalasPadam
  5. amboiiiiiiii berjimba jimbi smbil mkn2

    BalasPadam
  6. Kawe tak pernah makan restoren ala2 mcm ni...mesti best kan...kan

    BalasPadam
  7. Gambar yang akhir tu baaaaru la cerah sikit, nampak hidung memasing, hehehe.

    Memang rasa tak selesa duduk meja macam tu kan? Eleh tapi kalau dah hati happy dan ikhlas, no hal la tu, kan?

    BalasPadam
  8. nachos tu mmg feveret saya....sedapnya la hai..bertabah je la tgk...haha...


    sedih pulak tgk peluk2 mcm tu...huhu...

    BalasPadam
  9. As salam Kak,

    Kat sini resto chili's tu sgt fames...tp kami tak pernah pergi sb non halal... balik Msia nnt kenalah pergi KLCC to test! hehehe... Mmg seronok kalau ada kwn yg sekepala & yg paling penting tak berkira dgn kita :))

    BalasPadam
  10. cikda dah lama gak nak try chili's ni tapi asik takdak masa.. paling dekat yg ada TGIF.. satu hari mesti pekena..

    nampak sangat harmoni gambar2 di atas.. khelasssss tau.. :)

    BalasPadam
  11. meriah di majlis perpisahan yang sebenar sedih kan.. :D

    BalasPadam
  12. chili's - masih lagi restoren (pending list restaurant) yg belum sempat dikunjungi... hehe

    BalasPadam
  13. alamak bestnyer makan kat chilis... nak jugak ... nak jugak..
    memang dasar nak bagi orang kempunan tengok gambar makanani...

    BalasPadam
  14. ada pertemuan ada jugak perpisahan kan...memang sedih tapi masing2 ada komitmen sendiri...yang penting tak lost contact :)
    nachos tu sedappp bangat :D

    BalasPadam