Pilih Kasih
Apa dihati emak anak-anak tahukah?
Bukan soal pengorbanan, tidak juga soal tanggungjawab.
Tapi soalnya hati.
Sukar untuk dijawab. Sayang tetap sayang.
Tapi kadang-kadang kita terlepas pandang. Umpama melebih seorang anak dari yang lain.
Hati mak berkata tidak tetapi anak-anak memandang dari sudut yang lain.
Iri hati mungkin, kecik hati pun boleh jadi.
Kisah abang. Kisah janji mama yang tak tertunai. Kisah kakak yang balik bercuti.
Puncanya mamalah!
Janji nak bawak pergi SOGO beli baju raya (saya memang begitu persiapan raya mesti sebulan atau dua bulan sebelum). Rancang nak bawak mak tok pergi Taman Orkid Kuala Lumpur. Semua tinggal janji. Masa yang terlalu mencemburui. Kereta mama kecik untuk bawak semua sekali (nantilah kalau ada rezeki mama beli MPV). Serba salah pulak nak tinggal yang berbaki tak muat kereta tu.
Dia menangis beria-ia. Katanya mama lebihkan Noni (Kakak Hayanilah tu!). Nak top up bagi. Dengki tak nak bawak orang lain kalau jalan-jalan, mama iyakan sahaja. Tengking abang, mama diamkan. Pergi beli baju mama tinggalkan abang (sebenarnya dah ajak tapi dia merajuk!). Pas tu bila gaduh dengan Noni, mama marah abang. Cakap tengking-tenking dengan abang. Suruh abang buat itu ini, Noni tak buat apa pun. Cakap Noni semua mama ikut cakap abang mama buat tak tahu. Bila keluar berjalan tak ada pun nak pelawa abang beli apa-apa.
Alahai anak. Kecik hati betul dia dengan mama. Faham. Memang patut dia kecik hati. Sejak Kakak Hayani balik bercuti memang mama lebihkan dia. Mama ikut sahaja kehendak dia. Bukan mama tak sayang abang tapi kakak jauh dari mama, ketika bercutilah mama dapat beri perhatian pada dia. Penuhi setiap kehendak dia sedangkan abang setiap hari di depan mata mama boleh mintak apa-apa sahaja bila-bila masa pun. Lagipun kakak satu-satunya anak perempuan mama.
Masuk bilik. Air mata mama jatuh juga. Terlalu pilih kasihkah aku?
Petangnya ajak pergi pasar malam, mula-mula abang menolak. Kakak pujuk. Lama-lama dia senyum. Turun bawah jalan pegang tangan mama, pimpin tangan mama. Kakak pimpin tangan kanan, abang pimpin tangan kiri. Lega hati mama.
Adik? Dia tak peduli semua tu. Asal jangan kacau dunia mainan, dunia kartun dia sudah.
Tip untuk mengatasi :
1. Biarkan anak luahkan isi hati, luahkan apa juga yang terpendam (lepas tu anak pasti akan rasa lega).
2. Ibu-bapa perlu diam dan dengar dengan sabar, jangan rasa tercabar dengan perangai anak-anak.
3. Buat kesimpulan.
4. Beri penerangan kepada anak terhadap apa yang menyebabkan dia tidak puas hati. Beri nasihat.
6. Kalau memang kita salah rasanya tidak keterlaluan rasanya minta maaf dengan anak (saya tahu ramai ibu-bapa ego dan merasakan tidak perlu untuk itu).
Seperti kes abang. Dia sendiri masuk ke bilik dan minta maaf. Selepas tu tiada lagi kes nak unngkit-mengungkit antara abang dan kakak. Mama lega. Kadang-kadang masalah yang datang tu jika diselesaikan dengan baik pengakhirannya akan lebih manis. Hikmah.
Eh... kakak pulak yg tersentuh hati Aina. Tapi mungkin abang tu lelaki tak sama. Kakak tak ada pengalaman anak lelaki. Kalau anak perempuan memang lain Aina. Semunya ok dan agak panjang akal (perempuan memang lebih cepat matang kan... itu dah tertulis).. Mujur mama/abah open minded dan terus jelaskan betullah cara Aina tu agar anak-anak tidak terasa tersisih dan dipilih kasihkan...
BalasPadamKerana terlalu hendak menjaga hati anak2lah, kadangkala remuk redam hati siemak. :(
BalasPadamtp syukur la akk dia luah kn apa yg terbuku di hati..kalau pendam kn je...kita jg yg susah..yelah...entah apa yg dia buat d ms hadapan..kita x tau...
BalasPadamThanks for the tips kak...akan saya igt tips tu..:)
BalasPadamsaya bakal ada 3 anak lelaki...kena fikir strategi supaya mereka tak rasa disisihkan/dipilihkasihkan..
alahai..bukan mudah membesarkan anak2 ye sis..cabaran dan dugaan semasa mereka meningkat dewasa lagi mencabar..harap semuanya ok2 aje..abang tu nampaknya lebih sensitif berbanding kakak..belum matured lagi kot..perempuan kan matured awal dari lelaki..
BalasPadammcm tu lah kak...kadang2 kita tak perasan kita dah melebihkan seseorg anak tu buat anak yg sorang lagi terusik hatinya...
BalasPadambagus tips akak bagi ni...tak salah kalau kita as a parents mintak maaf dgn anak2...
sedintnya...menitis air mata :(
BalasPadamanak2 ni kena diajak sembang baru diorang x rasa berat sebelah...
BalasPadamtip no.6 susah nak buat tapi memang terbaiklah kesannya.
BalasPadamlain pulak dugaan bila anak2 dh besar ni ye....hurmmm
BalasPadamAlahaiii lieya plak yg sayu...mmg payah nak puaskan hati anak2...yg ni ok, yg lg satu merajuk...jenuh nak puaskan hati anak2 kan....
BalasPadamTp tu la sekeras2 rajuk mereka x lama...mama jugak dicari hehehehe
cukup takut jika ada anak-anak cakap macam itu..
BalasPadamkalau bole tiada pilih kasih...
sebab itu bila anak-anak minta cakap siapa mama sayang...ayat saya semua anak mama sayang...sedih rasanya..
Biasalah anak kan kak..dulu saya kecik2 pun mcmtu jugak..uhuhuhu
BalasPadamkdg2 benda mcm ni berlaku tanpa kita sedar kan.. apapun sayangi anak2 kita sama banyak !
BalasPadambagus tips ni. anak mia masih kecil lagi...
BalasPadammemang payah jaga hati anak remaja.zaman mmberontak, zaman merajuk..biaq pi la.kdg2 kita pun boring asyik merajuk ja.last2 keluaq bilik muka selamba ja.lama mana nk tahan dok dlm bilik .last2 keluaq juga he he.(tu anak dara saya la Aina mcm tu)
BalasPadamsangat terharu membacanya
BalasPadam