Terlebih Manja, Tak Berdikari Salah Siapa

4:21 PTG JunAina 17 Comments

'I cuti esok. Bawak anak pergi temuduga kat SPA Putrajaya'

'Anak I ada temuduga kat HUKM I cuti ok nanti'

'I cuti minggu depan hantar anak I untuk 2nd semester kat u'

Ayat biasa yang kita dengar dari kalangan ibu-bapa yang ada anak besar belajar kat kolej atau universiti,juga anak-anak yang baru nak start kerja. Semua bersusah payah demi memberi keselesaan kepada anak-anak. Tak mahu anak-anak bersusah payah. Nantikan susah berpeluh-peluh naik pengangkutan awam. Terkejar-kejar. Takut terlewat.

Dari satu sisi sebenarnya kita telah melakukan kesilapan dengan membiarkan mereka terlalu bergantung kepada ibu-bapa. Kadang-kadang ada diantara mereka sehingga tidak mampu berdikari. Semuanya bergantung kepada ibu-bapa sehingga bila menghadapi sesuatu situasi yang menuntut untuk mereka membuat keputusan segera mereka gagal melakukannya. Bertapa beruntungnya anak-anak zaman sekarang kerana punyai ibu-bapa yang sangat mengambil berat dan perihatin. Kadang-kadang ibu-bapa jadi terlalu 'protection'.

Bayangkanlah ada kawan-kawan yang tinggal di Kuala Lumpur 2 minggu sekali akan ke Kuala Pilah menjemput anak pada hari Jumaat petang dan akan menghantar semula ke sana pada hari Ahad. Bukan anak sekolah tetapi sudah kolej. Sebulan 4 kali ulang-alik. Setahun? Itu belum lagi cerita kawan-kawan yang setiap kali cuti semester terpaksa angkut semua barang anak walaupun sebenarnya duduk di rumah sewa. Kalau duduk di asrama pula sudah tentulah telah di sediakan bilik khas untuk menyimpan barang sepanjang cuti.

Teringat zaman belajar dulu-dulu. Anak-anak zaman sekarang akan kata jangan bandingkan zaman dulu kerana zaman telah berubah. Samalah tahap ketabahan hati anak-anak zaman sekarang juga sudah berubah tidak setanding orang zaman dahulu. Nak senang, nak mudah semua. Dulu-dulu keluarga hanya pergi hantar masa hari pertama pendaftaran dan hanya akan menjemput pada hari akhir tamat belajar di situ. Selebihnya pandai-pandailah bawak diri, berdikari.

Kalau temuduga pun pandai-pandailah tanya orang nak ke sinun bas no berapa, tak boleh malu. Sebelum temuduga sibuk cari pejabat tempat temuduga supaya bila hari temuduga tak lambat. Naik pengangkutan awam, yang ada cuma bas. Dulu-dulu LRT pun belum ada. Kehulu kehilir bawak sampul surat bawak file. Berpeluh-peluh. Anak-anak zaman sekarang turun dari aircond kereta masuk ke dalam aircond pejabat tak sempat nak berpeluh pun.

Ada seorang kawan ni terpaksa berkejaran balik rumah bila anak telefon kereta mati ditengah jalan kerana minyak habis. Penyudahnya dia tinggal kereta kat tepi jalan dan tahan teksi balik rumah. Senang. Lepas tangan. Tak ada tanggungjawab. Bila ditanya kenapa tak masukkan minyak dia jawab balik. Salah papa tak penuhkan tangki kereta. Pening.

Sebagai ibu-bapa kita punyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Jangankan sampai kasih sayang dan perihatin kita merosakkan mereka. Didiklah mereka supaya bertanggungjawab, mampu berdikari  dan membuat keputusan terutama bila berada di dalam keadaan kecemasan. Bukan setiap detik kita boleh berada disamping mereka. Sebagai manusia biasa kita semua melakukan kesilapan.


Nak abadikan kenangan dengan Photo Book yang cantik sila klik sini!


You Might Also Like

17 ulasan:

  1. Salam aina..

    Betul sangat tu aina.. ibu bapa sekarang terlalu memanjakan dan tidak berani untuk membiarkan anak-anak rasa susah.. tak cakap orang lain, saya pun rasanya begitu juga.. harap2 anak2 tak mengambil kesempatan dengan kebaikan ibu bapa yang terlalu mengambil berat tentang mereka..

    BalasPadam
  2. sy bersyukur krn da diasuh berdikari dr kecil.kdg kala kesian tgk kwn2 yg da keje, tp masih 'mcm bdk br nk sekolah'...tp sy x slh kn ibu bapa.ank2 jg seharusnya belajar dan berusaha sendiri...

    BalasPadam
  3. betul.. budak2 skrg terlebih manja... namun keselamatn dulu x mcm skrg, skrg mmg terlebih risau tmbh2 ank2 perempuan, keselamatan mereka terancam, jnayah di mana2...

    BalasPadam
  4. setuju dengan sis aina..kisah kat atas tu buat dee teringat..itulah yg dee lalui dahulu...tapi cabaran zaman sekarang pun lagi hebat..nak dilepaskan begitu sahaja pun tak boleh..kena juga pantau2..takut kata pergi interview tapi pergi tempat lain..bukan mudah nak jadi ibubapa yang terbaik..

    cuma sebaiknya latihlah mereka berdikari supaya satu hari nanti bila kita pergi mereka tahu hidup sendiri..

    BalasPadam
  5. Aina
    Terjadi begini apabila generasi kita merasa kepayahan nak lakukan semua sendiri dan sebolehnya takmahu anak merasai apa yg pernah kita rasa
    Tapi...
    Anak pun.. Jgnlah sampai melampau sangat sampai tak
    boleh pikir (mcm kes tinggalkan kereta yg habis minyak dan salahkan bapanya tak isi minyak penuh..)

    BalasPadam
  6. Salam ukhwan June... thanks singgah blog Ai..


    Teringat I zmn2 belajar... berbondong2 naik bas turun bas dari Batu Pahat ke Kuantan.

    Tapi I rasa, parent zmn skrg jd sgt "caring" mungkin disebabkan jenayah yg semakin membimbangkan kot - sejak kes kematian Suhaily. Zmn2 I dulu... I stay kat Bus Stand pkl 3 pagi pun alhamdulillah masih selamat, ramai pakcik2 jual buah kat situ yg tlg temankan berbual. ~ eh tetiba mengenang nostalgia. Hehe..

    BalasPadam
  7. memang tul....den dulu...semua buat sorang2...uhukz

    BalasPadam
  8. dulu takde kaunseling keluarga, motivasi ibubapa, tapi kita semua tau jaga diri sendiri..
    mak ayah didik anak, garang pun anak boleh terima

    kalau dulu mak marah, kita disuruh duduk luar, melalak melolong merayu minta ampun nak masuk..

    la...bila anak dimarah, cepat2 mak kunci rumah, tutup tingkap takut anak mogok, tak pasal-pasal
    mak pulak melalak melolong bila anak lari dari rumah

    p/s inilah ragam generasi Y..

    BalasPadam
  9. Dulu...pandai2lah nak hidup. Kata ayah....


    Skrg...ramai parent yg tak mau anak depa merasa susah macam zaman depa dulu kot. Ehe.


    BalasPadam
  10. pada saya ada kontranya jugak, situasi skrg dan dulu berbeza ... keselamatan skrg dan situasi tak di ingin punca ibu bapa jadi mcm ni .. bukan xnak anak berdikari .. tp kalau kita biarkan anak² remaja keluar sendiri ni hati pun akan runsing, tak salah kalau sesekali kita yg mengalah untuk menghantarkan.. drpd kita menangisi bila sesuatu tak di ingini terjadi .. ini pendapat peribadi saya sahaja...

    BalasPadam
  11. betul tu ank2 sekarang manja..x reti nk berdikari. sy dl semua sendiri.start dr mohon keje, interbiuw n lapor diri semua sendiri, terkejar2 naik bas or teksi..
    tp sekarang sy x sampai ati nk biarkan ank sy mcm sy dl..tp silap jugak kan mcm dah manjakan ank..adus...conpius ni..huhu

    BalasPadam
  12. Dulu kakak pun sama - bapak mana berduit. Anak 8 jadi anak-anak kena pandai sendiri balik naik bas dari asrama. Anak kakak pula kakak yg bimbang kalau naik bas - banyak kes jahat itu yg buat mak-ayah sekarang sanggup hantar pergi-balik.

    BalasPadam
  13. Sama macam anak buah saya. Umur dah 19 tahun tapi nak buat check-up di hospital pun emak nya kena cuti. Semata-mata dia tak tau lepas ni nak pergi mana, nak buat apa, nak jumpa siapa di hospital tu. Terpaksa la emak nya turutkan juga. Bila sampai sana, mak aih ramainya kawan² seangkatan dia. Buat rugi aje cuti.

    Saya yang dengar pun bak kata orang Jawa nya, sebel nyong!

    Masa saya di kolej dulu, kalau boleh saya tak nak sesiapa hantar saya, well except for my brother-in-law la sebab dia kena drive. Kalau boleh biar saya dengan dia aje, family lain tak payah hantar. Tapi depa juga yang nak hantar. Ikut je la.

    BalasPadam
  14. saya dari form 1 till universiti duduk di hostel...memang kena dan diajar berdikari :) time skolah memang family berambil berhantar tiap2 kali balik kampung...tapi bila dah masuk universiti, semua pandai2 sendiri lah...maybe sebab family dah 'harap' kot :)

    BalasPadam
  15. Good entry!!

    Terlalu manjakan, especially utk anak2 yg dah besar panjang...itu merosakkan anak sendiri...

    BalasPadam
  16. Saya tak sangka yang boleh dari Msia juga setanding dgn blog dari luar.
    Tahniah blogger Msia.

    Also visit my webpage ... Jubah Moden

    BalasPadam
  17. Nice article. Thanks sis

    BalasPadam