Beruntung Jadi Blogger

9:46 PG JunAina 19 Comments

Adakah saya blogger? Blogger picisian cuma. Menulis mengikut rasa serta gerak hati. Menulis sekadar berkongsi. Menulis kadang-kadang untuk meluahkan isi hati. Menulis yang kadang-kadang untuk meredakan stress sendiri. Tetapi saya gembira dengan cara ini. Menambah kawan, menguatkan ukhwah. Tak rugi. Dari saya duduk di meja kawan bercerita yang tak pasti, bertangga di pintu jiran menghebohkan benda yang tak pasti lebih baik saya mengadap komputer dengan dunia saya sendiri.

Ada juga blogger yang menjadikan dunia blog ini sebagai pekerjaan tetap. Sebahagiannya menjadikan sebagai pendapatan sampingan. Ada juga yang suka-suka bila dapat duit lebih. Tetapi ada juga menulis tanpa mengharap apa-apa balasan dunia. Saya juga ingin menjadi sebahagian daripada mereka yang mungkin satu hari tidak perlu lagi mengejar masa untuk masuk kerja 9-5. Mungkin...tapi semua itu perlu kerja kuat.

Satu yang pasti sejak pandai tulis blog ini banyak ilmu yang saya dapat. Ilmu apa? Macam-macam ada. Saya menulis. Saya juga membaca. Membaca blog kawan-kawan yang lain. Kita semua ada bidang masing-masing dan setiap dari kita akan menulis kelebihan kita untuk dikongsi. Itu juga ilmu. Ilmu yang dikongsi membawa manafaat sehingga ke akhirat. Penglaman kawan-kawan blogger juga banyak memberi pedoman untuk kita jadikan panduan, tidak kiralah pengalaman yang sebagaimana jugak pun. Kerana hidup ini umpama roda, berpusing mungkin suatu hari kita akan berada di situasi yang sama dan pastinya pengalaman orang lain akan sedikit sebanyak memberi panduan.

Saya suka dunia saya sekarang. Dunia senyap tetapi sangat meriah. Diam tetapi saya ramai kawan. Bukan bermakna saya menolak dunia luar tetapi apa yang saya ada sekarang sangat menggembirakan hati saya. Masih juga melayan kehendak kawan-kawan, mengikuti juga tuntutan hidup bermasyarakat tetapi bagi saya berblog punyai daya tarikan yang tersendiri. Tarikan yang tak mampu ditolak oleh hati saya.

Selamat berhujung minggu buat semua. Ada yang nak ikut saya pergi KLCC petang ni? Jom makan-makan bersama tapi kat food court KLCC jelah, nanti kalau Nuffnang bagi duit banyak-banyak saya belanja kawan-kawan eh.

Salam Jumaat penuh berkat.


You Might Also Like

19 ulasan:

  1. saya hanya blogger picisan...menulis sebab suka suka...tak mengharapkan pulangan wang...tapi semoga mendapat sahabat2 yang best...dan alhamdullilah..dah dapat :)

    BalasPadam
  2. saya setuju..
    diam... tapi ramai kawan
    lebih ramai sebenarnya dari kat luar


    kita kawan kannn..
    :)
    satu hari nanti InsyaAllah kita jumpa ya..

    BalasPadam
  3. kalau nuffnang dah halo2, halo2 sy pulak. sy ok je org nk belanja. haha **ni la rupa org tak malu.. hehehe gurau la! hmm sy blogger baru dan suka menulis+membaca..:)

    BalasPadam
  4. heheheh sy pon sm jg..

    kak, jumpa kt KLCC esok la...

    BalasPadam
  5. Betullah Aina. Kadang N3 sekadar dua-tiga ayat tapi dari situlah kita dapat mengenal teman-teman. Walau tidak bersua muka tapi olahan bicara dari N3 mampu menggembirakan kita. Hingga kalau ada teman yg berduka kita pun berduka sama. Itulah indahnya alam blog..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,
    nuffnang....bg la pemilik blog ni duwet byk2, lama nak kena tunggu banjer ni ;)

    BalasPadam
  7. "dunia senyap tapi meriah", saya suka quote Aina ni, mmg betul pun, kan? kita ada bidang memasing...wlp mungkin kita "tak boleh masuk" dlm bidang org lain tapi dgn adanya perkongsian maya, tak byk sikit, bertambah jugak ilmu kita...kan aina?

    tunggu Aina dpt duit byk2 hehehe

    BalasPadam
  8. hehehe so happy bloggin lah yer

    BalasPadam
  9. mmng beruntung jadi blogger ni..setiap kata2 @ ayat yang tercoret kat sini, memberi 1 kepuasan.. :)

    BalasPadam
  10. betul tu.. dalam dunia blog lah saya dpt lebih ramai kawan.. walaupun di alam maya dan tidak pernah bertemu tapi jalinan ukhwan tetap terjalin .. mmg best jd blogger ni kan :)

    BalasPadam
  11. saya pun serasi dengan dunia ni.. bukan menolak kawan yang sedia ada.. ada masa saya bersama di sini.. ada masa yang bersama diluar sana.. ;)
    kita yang tentukan apa yang kita nak..

    BalasPadam
  12. mmg beruntung jd blogger dapat ramai kawan...berukar tukar baca kisah semasa juga kisah kehidupn....

    BalasPadam
  13. Seronok bila dpt kenal kawan2 blog even berhubung di alam maya saja. Paling best bila dapat bersua muka.

    Have a great weekend.

    BalasPadam
  14. blog ni kadang2 boleh jadi satu terapi untuk diri masing2...bergantung kepada cara atau pendekatan kita dalam menggunakannya...boleh jadi sesuatu yang positif dan sebaliknya...kita yang menentukannya :)

    BalasPadam
  15. eh blog dah lain , kan dunia blog ni seolah tenang dalam keributan , ribut dalam ketenangan ..

    BalasPadam
  16. memang Aina, bnyk ilmu kita dpt baca blog org lain kan? dan menulis blog kita juga dpat bnyk kawan.tk payah bngun dri kerusi pun.cuma pilih la yg baik2 saja supaya kita tk lari dri budaya hidup sihat.

    BalasPadam
  17. Kalau hanya dengan ada satu (saya sudah ada 4!) blog sudah dipanggil blogger, rasanya saya pun masuk kategori itu kot. (Saya cari dalam Concise Oxford Dictionary Edisi 10, tiada maksud blog atau blogger. Mungkin belum update.)

    Saya ber blog hanya untuk suka-suka meluahkan apa yang saya rasa. Kekecewaan, kegembiraan dan tak puas hati saya tulis semua di blog saya. Saya tak panggil diri saya penulis, tapi bila saya baca balik blog saya yang lama-lama dulu, "Eh, aku ke yang tulis tu?" Wahahahah saya pun tak sangka itu tulisan saya.

    Ya, saya pun suka dunia saya sekarang. Walaupun luaran tengok saya ini TOTALLY OPPOSITE OF lawa dan berduit, tapi saya amat bersyukur dengan apa yang berlaku dalam hidup saya setakat hari ini. Bersyukur sangat-sangat saya tak mahu tukar hidup saya jika diberi peluang. Sebab saya tahu Allah beri yang termampu dan terbaik untuk hambaNya.

    BalasPadam
  18. macam nak sama topic neh dgn entry iyra tajuk - It's Complicated-kenapa anda berblog? hehehehe~

    BalasPadam
  19. dulu, saya berblog kerana kesunyian bertukar dr lembah kelang ke sg.petani. kekangan dari segi bahasa, makanan dan budaya. mula2 untuk diari sendiri dan lama2 saya jadi seronok dan tak kisah nak share cerita bila dapat ramai kawan diluar sana yg sudi komen dan share dengan saya

    BalasPadam