Resepi Gulai Tempoyak Ikan Patin dan Sambal Kuinin

3:22 PTG JunAina 19 Comments


                    Nak abadikan kenangan dengan Photo Book yang cantik sila klik sini!


Aktiviti Pak Tuan bila balik kampung. Bersihkan pokok tebu depan rumah emak. Pusing kampung bersih apa yang patut, tengahari terik dia selamba ja ke hulu ke hilir dah tu memerun pulak tu. Bertambahlah panasnya.

Balik kampung rumah emak mertua menu utamanya tentulah gulai tempoyak ikan patin. Ate namenya orang Bote. Keli goreng. Kadang-kadang diganti dengan tilapia hitam goreng garing kegemaran mak mertua. Keluarga emak mertua semuanya penggemar ikan air tawar. Kalau ada pucuk paku lagi best masak tempoyak jugak, sama ja seperti masak lemak bezanya cuma santan digantikan dengan tempoyak. Sesekali pucuk paku diganti dengan keladi. Ada satu lagi pokok yang rupanya seperti keladi orang Bota panggil pokok lambuk itupun best jugak. Tiba-tiba rasa lapar. 


Balik kampung rutinnya dahulu kalau emak mertua masih sihat memang dia tak izinkan menantu masak. Kalau boleh biarlah anak menantu rasa air tangannya bila sesekali balik (lagipun Pak Tuan anak kesayangan kerana anak lelaki sulung selepas 4 anak perempuan diatasnya). Biarpun terpaksa memasak sambil duduk di kerusi. Bila dia semakin uzur terpaksalah menantu masak sendiri tetapi bahan-bahannya semua mengikut arahan amak mertua, semua disenduk depan matanya. Cili berapa biji, serainya, bawangnya, tempoyaknya ikut arahan dialah. Lagipun orang Perlis mana pandai makan tempoyak, dulu la. Sekarang emak mertua semakin uzur, Yang kakak nombor 2 berpindah tinggal bersamanya bila suaminya meninggal dunia. Dua orang anak Yang memang duduk bersama opahnya sejak dari kecil. Sekarang rutin masak-masak berpindah pada Yang dan adik ipar hanya ready untuk makan. Yehhaaa…


Balik  Sabtu lepas jugak seperti biasa. Gulai tempoyak ikan patinlah. Gulai taucu dah keluar dari senarai kerana Pak Tuan tak boleh makan kacang (goutlah). Singgah pasar Batu Gajah beli patin, beli tilapia hitam. Selain barang-barang dapur untuk rumah emak mertua dan rumah Chor kakak Pak Tuan yang sulung. Itu rutin. Bau bacang. Pak Tuan request pulak sambal bacang tapi sayang hanya kuinin yang ada jadi tak nak adik kempunan Yang pun buatlah sambal kuinin. Jadinya hidangan tengahari itu gulai tempoyak ikan patin, tilapia hitam goreng garing, sambal kuinin (tiba-tiba teringat Kak Q) dan ulam raja.


Hidangan tengahari kami. Gulai tempoyak 2 mangkuk, sayur kubis campur lobak merah, gulai taucu ikan kembung (Yang masak sebelum kami sampai), talapia goreng garing, sambal kuinin dan ulam raja (fresh petik depan rumah). Makan sampai mengah. Pak Tuan tegur hari ini bertambah la pulak selalu nak habiskan sepinggan pun susah, penangan gulai tempoyak kakak ipar.


Resepi Gulai Tempoyak





Seekor ikan patin
Timun sebatang (potong dan buang biji)
Cili merah ditumbuk
Serai dititik
Tempoyak
Bawang besar (belah 4)
Serbuk kunyit

Cara-cara:

Masuk ikan, timun, cili, serai, serbuk kunyit dan bawang dalam periuk. Gaul sebati bersama tempoyak.
Masukkan air separas isi periuk dan reneh dengan api perlahan.
Tempoyak kalau nak sedap letak banyaklah sikit bagi agak-agak pekat.
Tambah garam kalau guna tempoyak baru (kalau yang beli kat kedai tu rasanya dah tak perlu tambah garam).
Tunggu sampai masak boleh dihidangkan. Ingat ya masak dengan api kecil.

Resepinya sangat mudah main campak-campak je. Sukatan tak tahu agak-agaklah.



Resepi Sambal Kuinin/Bacang



Buah kuinin/bacang di potong dan racik halus
Cili api
Belacan

Cara:

Tumbuk cili api sehingga lumat.
Masuk belacan mesrakan.
Akhirnya masukkan buah kuinin/bacang
Tumbuk kasar jangan sampai lumat.

Dua-dua sambal ni sedap cuma bezanya sambal kuinin rasanya sedikit manis dan sambal bacang sedikit rasa masam. Bergantung pada rasa buah. 

Balik kampung adalah masa yang best untuk makan-makan. Walaupun hidangannya biasa sahaja, sayur dan lauk kampung tetapi itulah yang sangat membuka selera. Tak semestinya ada daging dan ayam bagai. Suasana kampung yang tenang jugak membuatkan kita semakin berselera makan.

** Kuinin = Konen kata orang Perlis.

You Might Also Like

19 ulasan:

  1. Nampak air tangan kakak ipar Aina meamng ada umpph... kalau tak mana mungkin pak tuan makan bertambah-tambah.. suasana kampung pun memberi kesan tau Aina..

    BalasPadam
  2. Masak tempoyak, sambai bacang, ulam raja... memang terlioq sangat... kobis2 dah tak pandang...

    BalasPadam
  3. dee ni pulak segala ikan air tawar makan..tempoyak tak makan..kalau suami tak makan ikan air tawar..tempoyak balun..tu gi umah MIL..yg tak makan tu tak usiklah..hehehe..MIL dee pun mcm MIL sis..walau duduk kat kerusi..part masak biar dia yg masak..maklumlah kita sesekali balik..tapi part mengemas dee amik alihlah..MIL dah tak larat pun..huhu..

    BalasPadam
  4. semuanya sedapppp...masakan kampung....meleleh air liur tengok gambar akak letak :)

    BalasPadam
  5. amboi sedap2nye menu...suka jugak ikan air tawar..

    BalasPadam
  6. tang saprah tikar mengkuang tu yang nampak kekampungan sekali tu!!!

    BalasPadam
  7. ish meleleh la pulak ayaq liuq cheq , Aina oi..memang kalau pi market msti cari bacang, tpi sellau yg ada kuinin saja..sedap la jugak

    BalasPadam
  8. aduhai sedap sungguh ni, tq share resepi yer

    BalasPadam
  9. assalam..kak zu baca sambil telan air liur tau..

    lama dah tak masak tempoyak..

    BalasPadam
  10. kalau ke Pahang, singgah di RNR sure carik ni... mmg sedappp.... terliur.... mana nak cari patin kat wangsa maju ni... :)

    BalasPadam
  11. Kalau ada tauge kasar, huh. Rangup sambil menikmati ikan patin kuah tempoyak tu.

    BalasPadam
  12. PM sampai skrg tak pernah cuba makan tempoyak...huhu

    BalasPadam
  13. Apa2 pun tertarik dgn dgn dgn makanan .... Heeee

    BalasPadam
  14. Sedapnya RS kalau balik kg makan ada orang yg masakkan....hehe kdg tu bila diri sendiri mkn air tangan sendiri pun boring jugakkan! Hehe

    BalasPadam
  15. Lupa nk komen.... Okje pun suka ait tawar tu..... Terliur dah ni hehe

    BalasPadam
  16. Sedapnyaaa....
    Terliur especially sambal kuinin tu :)

    Makan dengan nasi panas2 pun sedap ;D

    BalasPadam
  17. hm... kecur air liur dibuatnya... haih!

    BalasPadam