Hari Rajin

9:57 PG JunAina 24 Comments

Nak abadikan kenangan dengan Photo Book yang cantik sila klik sini!


Di sebabkan cemburu dengan kawan-kawan yang melaram dengan baju warna pink dan turquoise dengan gigihnya kita pun buat background blog ni warna pink dah header pulak warna turquoise. Teringat-ingat langsir tunang Wawa Syaida dan baju kenduri Deejay Wani kat Sungai Petani tu. Dengan gigihnya copy sana paste situ, edit sana edit sini tapi hanya simple header sahajalah.

Berangan-angan jugak nak cantikkan blog ni. Tapi tak pulak pandai nak bermain dengan html code tu. Nak sahaja cari orang yang pandai dan upah je. Nak yang simple tak yah serabut sangat. Satu lagi hajat nak guna domain sendiri. Tengah survey jugak. Insyaallah. Itupun kalau ada kesempatan nak godek-godek blog ni. Lagipun buta IT. Banyak kena baca. Banyak kena belajar. Baca totorial pun kadang-kadang 20% ja boleh faham, lagi 80% dibawa angin lalu.

Banyak masa dihabiskan depan komputer tanpa arah tuju sekarang ni. Tak salah belajar benda baru, sehari masuk sedikit lama-lama banyak jugak. Hari rajin tukar header, tukar background. Lepas-lepas ni kalau lagi rajin boleh ubah sedikit sebanyak lagi. Jangan terkejut kalau blog ni selalu ja tukar header lately. Orang tak dak kerja memang lagu ni.

Salam Jumaat buat semua. Kejap lagi dah nak balik tapi sebelum balik nak pergi kelas pasai Jumaat kami kerja searuh hari (sila jangan jeles). Dah tua-tua macam ni pun masih kena belajar. Dah dua minggu ponteng kelas design sebenarnya. Sekali tu cuti pada hari Jumaat, 2 minggu lepas mood ke laut kerana sibuk dengan kisah-kisah yang kurang enak di pejabat.

Doa buat semua agar hari ini akan menjadi hari terbaik buat kita.

Sekian celoteh orang tak ada idea tapi nak jugak update blog.

Salam sayang.


You Might Also Like

24 ulasan:

  1. Okje pulak .... suka hati kaler apa hehe

    BalasPadam
  2. Saya pon tak berapa reti coding2 ni. Hahaha

    BalasPadam
  3. Canti. Suka juga kaler pink & turquoise ni. Saya upah org jer. Tak reti nak main dgn html kod.

    BalasPadam
  4. colour yg sgt sesuai utk sis..cantik pun ye..sweet je..

    BalasPadam
  5. Kakak lagilah Aina dari mula buat blog macam itulah design tak pernah tukar. Design tukar-tukar pun kadang buat mood berblog jadi rajin..

    Selagi hidup selagi tu kita kena belajar sebenarnya..

    BalasPadam
  6. Wahh...beshnye keje separuh hari. Kalau tengok blog orang cantik2 sha pon geram jgk. Tapi x reti. Jadi duk diam2 je. Ngee. Takpe,sikit2 lama2 jadi bukit. :)

    BalasPadam
  7. Wah..dah tukar rumah...
    simple, cantik, sweet colour gitu

    p/s saya ni tangan keras, payah nak faham html code tu. so...kena upahle jawabnya, huhu...(orang berblog kita nak berblog jugak, gitulah)

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum...gabungan warna yg menarik..saya pun suka...slam kenal

    BalasPadam
  9. hmmm....baru belajar pun dah nampak cantik sangat heder tu.....

    BalasPadam
  10. wow comelny background baru...pink polcadot :)
    i love pink!
    xpe akak...belajar selagi termampu...chaiyok2

    BalasPadam
  11. cikda pun sama.. main belasah je.. tapi elok jugak bak kata org, sikit-sikit lama pandai..kan..?

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum Aina

    kira dah pandai la ni...

    BalasPadam
  13. cemburu sebagai pencetus semangat dan membawa kejayaan adalah positif JunAina...

    kelihatan blognya macam milik dara sunti.. sweet..

    BalasPadam
  14. Wahh pink kaler.. cantik.. :)

    BalasPadam
  15. jom ler bertukar ke domain dotcom. jaa guna khidmat en.eizil ( serverfreak). murah jer 35 jer setahun. so far blum pnah ada masalah lagi.... btw nk mcantikkan blog mmg 1 cabatan sbb kena fhm selok belok koding. plus lagi edit html dah bwajah baru skrg.... :)

    BalasPadam
  16. suka blog ni..:) betul tu, zaman dah banyak berubah..banyak masa diabiskan depan kumputer..rasa tak lengkaplah kalau tak online.:)

    BalasPadam
  17. hihi... cayok cayok...... usaha tangga kejayaan. Semoga berjaya. Kalau saya memang kurang rajin sikit bab macam ni

    BalasPadam
  18. Makchaq pernah satu ketika setiap minggu kena pi kelas bahasa melayu... sampai naik konfius, rasa macam makin belajaq makin pening....

    BalasPadam
  19. Assalam..bunda singgah petang minggu

    BalasPadam
  20. okla ni ..cantik..sweet...

    mas kalau da start ubah,selagi tak siap,selagi tuh tak tenang hati..so sekarang ni memang tak nak usik dlu..coz bz keje.kang usik, tak de masa nak adjust segala coding..

    BalasPadam
  21. Cakap pasal warna pink, sejak saya berkecimpung dalam dunia blog, ramai blogger salah faham jantina saya. Jadi bila saya kata saya pakai baju pink, popped up in their mind was a man wearing a pink shirt.

    Mwa ha ha ha.

    BalasPadam
  22. Cari ilmu sampai liang lahad tu. pelan-pelan belajar insyaAllah melekat ilmunya

    BalasPadam
  23. baru pertama kalipun mulai belajar udah nampak luarbiasa cantik

    BalasPadam