Skandal Pejabat
Jangan Rendahkan Martabat Seorang Isteri.
Sayangilah hubungan halal yang telah dibina atas dasar kasih, sayang dan cinta. Utamakan juga rasa cinta pada Ilahi yang sama-sama dipegang ketika ijab dan qabul. Kenanglah waktu-waktu bahagia, saat-saat manis dan tika-tika air mata bahagia mengalir di pipi. Ikhlaskan hati sebagai mana kita ikhlas menerima dia ketika tangannya erat di salam dan kucupan penuh kasih sayang diberi dan diterima di hadapan kaum-keluarga dan sahabat handai. Suami mahupun isteri kenanglah saat-saat itu sentiasa agar jiwa kita tidak terpesong. Supaya mata kita yang terbuka memandang tanpa meresap ke dalam jiwa setiap apa yang terhidang di luar.
Alam rumahtangga zaman sekarang penuh pancaroba. Keterbukaan yang telah banyak disalah guna. Sekiranya dulu selepas berkahwin para isteri lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Sibuk menguruskan rumah, menguruskan suami serta anak-anak. Kadang-kadang bila berkesempatan bertangga di rumah jiran, itupun terhad. Suami pula membanting tulang di sawah/ladang seusai kerja pulang ke rumah. Tiada persinggahan. Pengubat lelah cuma anak-anak dan isteri. Sesekali mungkin hanya lepak-lepak di kedai kopi sambil menonton tv.
Zaman sekarang serba moden. Wanita turut berkerja bagi membantu ekonomi keluarga. Pagi lagi sudah keluar ke pejabat, masa bersama suami juga menjadi semakin suntuk. Bila pulang masing-masing keletihan. Komunikasi semakin terhad. Lama-kelamaan ini akan membina satu jurang tanpa kita sedar. Bila salah seorang rasa tersisih umpama tidak diperlukan bimbang dia akan mula mencari penawar di luar. Penawar yang akan menjadi racun bagi satu pihak yang lain. Tak keluar dari rumah pun boleh berhubung dengan dunia luar apatah lagi yang setiap hari keluar berkerja. Telefon dan internet menjadi keperluan di zaman sekarang. Dunia tanpa sempadan sekarang memungkinkan segalanya.
Pada para suami setelah telah di terima nikahnya. Melafaz janji terimalah dia seadanya. Dia tidak sempurna. Kerana itu Allah memberi mu sebagai pembimbing buatnya. Bentuklah dia sewajarnya mengikut acuan yang baik kerana isteri yang baik akan melahirkan anak-anak yang baik juga. Buat isteri amanah Allah s.w.t buat suami. Merendahlah. Dia suami mu. Allah telah memberi amanah kepadanya. Bantulah suami untuk menjadi pemimpin yang berjaya. Berjaya dunia, berjaya akhirat.
Aku bimbang dengan dunia sekarang. Suami tidak lagi pandai menghargai isteri, ramai. Suami yang tidak tahu tanggungjawab sendiri, banyak. Suami yang ambik kesempatan pada kebaikan isteri, pun ada. Tidak kurang yang mendua, mentiga atau mengempatkan isteri. Itu hak mereka. Dunia sudah terbalik. Bukan suami sahaja yang bersikap sebegitu isteri juga sudah ada yang berani. Mencari ketenangan di luar. Menghambat bahagia yang belum pasti. Menggadai sesuatu yang telah pasti.
Bukankah lebih baik kita sama-sama menjadi insan yang bersyukur?
emm... kat opis acu nie pun penah ada cite2 skandal nie semua. paling parah bila suami orang berskandal dgn laki orang... donia.. donia..
BalasPadamGay
Padamsetuju!
BalasPadamthank u for sharing
Bila manusia tidak lagi takut akan dosa dan pada hukuman ALLAH
BalasPadamitulah jadinya andai tiada pegangan agama yg kuat
pengalaman sy ketika keja opis dulu emmmm itulah yg terjadi. kadang2 pelik tp benar he hee
byk yg sy lihat sang suami begitu dan si isteri jg begini masing2 skandal
mula2 sy hairan jg tp bila rakan2 sendiri terlibat
nauzubillah.....semoga kita tidak terjebak
kadang2..
BalasPadamsedar atau tidak..
cabaran dunia sekarang buat pasangan (berkahwin) lebih nampak 'sikap' sbenar masing2 dari segi :
tanggungjawab..
amanah..
keharmonian..
yang penting skali, boleh menilai mana intan, mana permata..
wallahualam..
salam jue, terima kasih singgah blog akak yang tak seberapa tu..... dah follow balik... INSYALLAH AKAN CUBA MENJADI ISTERI, IBU DAN SAHABAT YG TERBAIK UTK KELUARGA TERCINTA...
BalasPadamTelah dijanjikan syaitan dan iblis untuk mempengaruhi manusia sehingga lalai. Manusia juga lebih 'bijak' memilih nikmat yang sekejap berbanding nikmat yang berpanjangan dan yang dibenarkan.
BalasPadamMemang byk suami yg tak menghargai isteri...menghargai pengorbana dan kesetiaan isteri. Tak mampu tapi masih nak menduakan, mentigakan dan mengempatkan isteri.
BalasPadambetui Aina, suami tk hargai isteri rata2 kita dengaq, ambik kesmpatan bini krja depa pun lpas tangan..banyak cantik..
BalasPadamerkk tetiba termakan cili padi cap melaka punye hehehe :P
BalasPadamTak payah suami je..zaman sekrg yg bergelar suami atau isteri sama je..jgn salahkan teknologi..sbb kita ada otak yg diberi tuhan
BalasPadamdalam kemententerian pembagunan maksiat dalam masyarakat pun berlambak pegawai kerajaan yang meniduri isteri orang dgn alasan kerja, bengkel dan kursus. maknanya manusia yg sepatutnya dah mati direjam di kalayak ramai. di kementerian ini bebas menjadi ketua sekumpulan manusia dgn bertopengkan lulusan uia. nauzubilah mcm manalah menterinya nazak esok,. w. alam
BalasPadamKalau ada sedikit lagi pun iman di dada, seorang isteri atau suami tidak akan tergamak melakukan kemungkaran yang sebegini dahsyat..
BalasPadamits true.....it happen to me after married 2 yrs.....n......unitl now his social life to much...I am alone with my kids.......do office work.....cont housework........he like chips more (now. see n now u don't).....think to run.?......felt sad with my kids.
BalasPadamNice post. mau jana pendapatan.. clik ja PAPA ROCK. http://iklansticky.com/hop.php?ref=hotspot
BalasPadamINI NAMANYA KESERONOKAN MENJADI BUAYA YANG SUKA KEPADA BANGKAI SERTA MENJADI SANTAPANNYA.....,,,YANG TERSANGAT......LAZAT DAN SEDAP .....SEBAGAI PEMBUKA SELERANYA....BILA BILA MASA..........YANG DIA SUKA.....
BalasPadamSebelum kahwin or nikah cari yang betulx jgn dah kahwin terbongkar semuanye...jgn salahkan wanita or lelaki...itu pilihan masing...dah kahwin merunggut...
BalasPadamala sorang dh ckup dh..kesian ank2....Blogwalking here.,...btw,,visit and follow me on shukranzahari.blogspot.com ..Happy blogging
BalasPadamPokok tak akan bergoyang kalo angin tak bertiup...!!
BalasPadam