Rindu

6:37 PTG JunAina 9 Comments

Sehari dua ini asyik ja teringatkan dia. Entahlah kenapa. Terkenang-kenang pula ketika bersama membina impian satu ketika dulu. Bermain ombak di pantai. Berlari kena ragging (dia temankan coz saya ada asthma) kami berjalan beriringan.

Tiba-tiba pagi ini dapat pesanan ringkas darinya. Pukul 5 pagi you!

'Salam. Just miss u.'

Rupanya dia juga sedang merindu.

Rindulah sangat...hahhaaaa...

Dah...dah...
Jangan nak layan rindu yang tak pasti tu.
Hati kena jaga na. Beri rindu itu pada yang berhak.
Tapi...kadang-kadang hati jahat jugak (syaitan sebenarnya) asyik la dok teringat kenangan manis dulu-dulu.
Haisshhhh...pi main jauh-jauh la.

Sekian bebelan petang sementara menunggu rindu yang pasti sampai.
Jap lagi nak peluk ketat-ketat (walaupun bukan malam Jumaat). Mestilah peluk kot namanya merempit takut pulak tiba kat rumah isteri dah tak ada kat belakang...hahhaaaa...

Alhamdulillah. Bumi Kuala Lumpur semakin mendung. Moga-moga hujan akan menghilangkan jerebu yang berterbangan. Bersihkanlah jugak jerebu kat hati ku ini wahai hujan.


You Might Also Like

9 ulasan:

  1. lupa dah apa makna rindu... tua sangat

    haha

    BalasPadam
  2. Hahahahaha..betul tu, mmg kena pelok kuat2 kalau merempit! Agak agaknya, tu pasal budak2 muda suka naik motor kot...ekekeke

    BalasPadam
  3. assalamualaikum jun....rindu pada sape tu ....berjerebu keadaan cuaca skg...:)

    BalasPadam
  4. Betul tuh..rindulah pada yg berhak..:)

    BalasPadam
  5. Memang sungguh indah perasaan itu bila kita rindu pada seseorang dan seseorang itu pun pada waktu yang sama rindu pada kita juga.

    BalasPadam
  6. huhu..bahaya2..ingatlah orang yg tersayang..hehe

    BalasPadam