Jerebu di Kuala Lumpur
Gambar-gambar kat bawah Aina snap dari tingkat 13 Sunway Tower, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Itulah kenyataan yang terpaksa kita telan, bukan kita di Kuala Lumpur sahaja tetapi seluruh Malaysia. Tak perlulah ditunding jari ke sana-sini ketika ini, paling penting sama-samalah kita menjaga kesihatan orang yang kita sayag di sekeliling kita.
Tanya seorang teman. Apa patut kita lakukan dalam keadaan sekarang? Macam-macam jawapan yang dapat kita dengar. Tutup pejabatlah. Jangan buat aktiviti luar. Tutup sekolah seminggu. Akhir jawapan dari teman tadi menutup mulut semua orang. 'Sama-samalah kita buat solat hajat minta Allah s.w.t turunkan hujan'.
8.36am.
9.45am
10.35am
Hari ini juga semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor ditutup. Hadkan aktiviti di luar, sentiasa ikut panduan serta nasihat yang diwawarkan di media elektronik dan media cetak. Pantau juga pergerakkan anak-anak di rumah dalam kesibukan kita bekerja. Tetapi ada juga rupanya yang tidak perihatin, pagi-pagi masih ada anak-anak kecil berpakaian seragam berjalan ke sekolah. Tak kurang juga yang terpaksa menunggu di pondok pengawal kerana ibu-bapa hanya menurunkan mereka dan terus pergi kerja.
Tuan punya blog selsema sejak 3 hari lepas. Lambat pulak baiknya dalam cuaca sebegini, siap package dengan batuk dan asthma. Ujian Allah s.w.t buat hambanya, terimalah dengan redha.
Ya Allah mohon keringananMu
BalasPadamAlhamdulillah..kat melaka hari ni nampak cuaca dah ok ckit
BalasPadamsy bc td..indeks semakin meningkat...aduiiiii
BalasPadamboleh datang opis awak tumpang ambik gambau??
BalasPadambila dah tak jerebu..
macam cun aje dari situ!!
Hey kawan...lai2. Dari sini boleh nampak 2 menara yang awak suka sangat tu!
PadamTengok view dari tempat tinggi macam ni, mmg nampak jelas betapa teruknya jerebu kat KL...huhuhuhuh
BalasPadamNampak sarat betul udaranya Aina. JB tak seteruk ini tapi ada jerebu juga. Sama-sama kita berdoa moga adalah hujan turun utk melegakan keadaan ini..
BalasPadamdah rasa macam kat genting pulak.. tapi sayang kabus tu bukan seperti bayangan di genting tapi hanyalah asap semata-mata.. :(
BalasPadamAssalamualaikum Aina
BalasPadammoga Aina sihat dan dalam pemeliharaan Allah hendaknya
tak sabar nak tunggu hujan...
BalasPadamalahai..kesiannya budak2 yg pergi sekolah tu ye..makpak kalau ye pun tak tgk FB..tgklah berita..hehehe..
BalasPadamItulah Dee tengok jalannya sunyi ja takkan tak boleh agak, pastu parent yg turunkan anak tak nampak ke kertas yg cikgu tampal kat pagar.
Padambetul tu, moh la kita doakan beramai2 supaya hujan turun dengan lebatnya....
BalasPadamsama-sama kita doakan moga hujan akan turun kak..
BalasPadam