Temuduga UPSI

10:19 PG JunAina 19 Comments

27hb May 2013. Perkhabaran gembira buat adik paling bongsu Muhammad Syafiq dapat panggilan temuduga di Universiti Perguruan Sultan Idris, sebelum itu telah menghadiri ujian bertulis di Universiti Utara Malaysia. Bermakna saringan pertama telah lulus. Merancang memulakan perjalanan awal pagi memandangkan tak biasa dengan jalan-jalan di Tanjung Malim. 4.45am keluar dari rumah memandu secara sederhana dan sampai di Tanjung Malim pada pukul 6.15am. Singgah di Masjid Jamek berdekatan UPSI bersolat subuh. Kemudian bersarapan di gerai makan hadapan masjid. Setelah itu meneruskan pencarian Kampus Sultan Azlan Shah di Proton City. Alhamdulillah. Papan tanda sepanjang perjalanan sangat membantu dan kami sampai ke sana dalam masa hanya 10 minit.

Temuduga berlangsung dari 27-30hb May. Temuduga ini adalah untuk Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sessi Akademik 2013/2014. Bermula pada pukul 8.30am. Temuduga mengikut bilik-bilik yang telah di tetapkan. Satu bilik seramai 17 orang. Alhamdulillah Syafiq telah dipanggil awal menjadi orang yang ke 5 walaupun namanya berada di nombor 16 kerana pada sebelah petang Syafiq akan menghadiri satu lagi ujian di Kampus Sultan Abdul Jalil iaitu kampus lama UPSI. Ujian seni lukis.

Habis sahaja temuduga kami masih menunggu seorang lagi kawan Syafiq yang sama-sama akan menjalani ujian di kampus lama UPSI. Gasaklah korang bersendat kat belakang, 5 orang mana tak sendatnya tapi dekat sahaja pun. Singgah makan tengahari di gerai depan masjid lagi, lepas makan terus ke Masjid Jamek untuk solat zohor.

Ready to go. Ni adik paling kecik, anak manja mak tapi manja-manja dia pun ada masa dia punya cengey keluaq jugak. Doa yang terbaik moga-moga ada rezeki dia untuk jadi cikgu. Tawaran adalah 'open market' jadi bakal-bakal cikgu-cikgi ni kenalah kekalkan pointer yang bagus untuk mendapat tawaran menjadi guru. Elok juga buat macam tu kalau tak depa belajar sambil lewa ja coz dah tau keluaq esok kerja dah ada.

Dah habis temuduga. Kami bergegas untuk ke Kampus Sultan Abdul Jalil yang merupakan kampus lama. Baju hitam tu kawan Syafiq yang sama-sama tumpang pergi ke sana. Bilik dia temuduga tak ada kelonggaran untuk sesi petang jadi tunggulah kami kerana dia merupakan orang terakhir dalam senarai. Temuduga rasanya biasa ja, bergantung pada penemuduga. Soalan pertama mana-mana penemuduga pun sama ja. Sila kenalkan diri anda. Sebab Syafiq ambil Seni Lukis dia tanyalah apa maksud seni lukis tu. Salah satu soalan pulak ditanya dalam Bahasa Inggeris dan Syafiq ditanya tentang bola sepak. Konpius jap boleh ke dia jawab coz dia mana ambik port sangat tentang bola tanya pasai moto dia tahulah. Bantai le jawab asal bercakap, salah betul belakang cerita. Sebenarnya penemuduga cuma nak tengok keyakinan kita bila bercakap. Bila bercakap tu kena kuat, terang dan jelas baru boleh jadi cikgu yang baik, agaknyalah.

Suka bangunan-bangunan kat sini. Semuanya dicat dengan warna yang terang. Meriah. Ceria. Terdapat banyak bas disediakan buat pelajar untuk berulang-alik dari kampus baru ke kampus lama dan sebaliknya. Dalam kawasan kampus ada sebuah masjid yang besar dan cantik untuk kemudahan pelajar dan petugas di situ tapi tak sempat nak pergi kerana mengejar masa.

Angkut semua anak-anak almaklumlah cuti sekolah. Kat sini disediakan bilik untuk ibubapa yang menunggu anak masing-masing. Selesa lepak dalam bilik yang ada penghawa dingin.


Kemudian kami berkejaran ke sini pulak. Dalam surat tertulis alamat Komplek Muzik (warna ceria jugak) tersebut untuk ujian, cari-cari bilik ujian tak ada pulak. Berpeluh juga lah kerana kat situ banyak bagunan seni, yang kami jumpa hanyalah bilik ujian untuk Seni Muzik, Seni tari dan Seni Lakon. Akhirnya jumpa jugak, rupanya berdepan je dengan bangunan ini kena lintas jalan tapi tak ada pulak papantanda atau penunjuk arah. Gambar sebelah  tengah menonggeng baju hitam kecik je tu adalah Syafiq. Gila ko kena lukis arca yang dok tengah-tengah tu. Terkedu jap. Kreatif gila bebudak nih boleh lukis benda tu.

Gila dowh nak tunggu 2 jam setengah Syafiq jalani ujian lukisan. Mata mengantuk, letih pun ya jugak pukul 3.30am dah bangun kemudian drive ke Tanjung Malim awal pagi. Kami rehat di sekitar bangunan Komplek Muzik dan tiba-tiba terdengar alunan merdu bunyi gong. Hari tu kami tengok persembahan percuma di Dewan Budaya UPSI. Pelajar-pelajar dari Sabah dan Sarawak sedang buat latihan untuk persembahan mereka keesokannya. Minta izin dengan depa dan depa pun tak kisah.

Ini budak-budak seni tengah buat 'homework'. Seni apa jangan tanya coz seni ni banyak cabangnya. Hari tu depa semua jadi daya penarik coz buat homework kat padang dan depan tu dewan budak-budak tengah jalani ujian seni lukis. Nampak macam mozek pun ada jugak coz semua benda tu dilekat-lekat guna simen (agak jelah sebab depa dok beriya tonyoh dengan kertas pasir bagi licin).

Suka gambar ni. Sebenarnya lukisan tu besar sangat ada kat dinding di Bangunan Muzik. Cantik.

Ini seni jugak. Seni arca dan seni bergambar. Tuan tanah nak jugak menyibuk kat situ.

Ujian sepatutnya habis jam 4.30pm tapi sehingga jam 5.30pm Syafiq tak muncul-muncul. Agaknya jumpa geng kot. Kami semua dah lunyai, Hikram pun dah mula buat perangai. Nak minum tapi tak nak air masak. Pulun cari mesin jual air kat situ tapi tak ada, kat kampus baru berlambak-lambak mesin tu disediakan. Mama pulak malas dah nak start kereta. Akhirnya hampir pukul 6pm baru dapat gerak balik. Sebelum tu singgah beli pau Tanjung Malim yang terkenal tu. Bersedialah mengadap jem kat Kuala Lumpur, adeh. Hampir jam 9pm baru sampai rumah. Letih.

Nak abadikan kenangan dengan Photo Book yang cantik sila klik sini!

You Might Also Like

19 ulasan:

  1. moga berjaya Syafiq...
    cantiklah kawasan sini...

    BalasPadam
  2. letih utk melihat adik berjaya ni letih seronok kan sis..moga dia belajar bersungguh-sungguh dan jadi graduan yg berkualiti satu hari nanti..amin..

    BalasPadam
  3. wah TAHNIAH3!

    btw salam isra ' mi'raj

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..
    tahniah Aina..
    jalan-jalan sekeluarga pun seronok juga kan...

    BalasPadam
  5. Jadi cikgu jelah senang shafik oi...hehe..sure dapat tu...

    BalasPadam
  6. semoga adik bongsu sukses untuk ujian ni. nampak ada yang sampai tertidur kat bilik menunggu.

    BalasPadam
  7. kalau pasai adik beradik memang kita sanggup susah payah kan? apatah lagi jadi kakak..betui dak Aina..

    BalasPadam
  8. Walau apa pun "jasmu kukenang kak" itu kata Syafiq dan kawannya itu. Pasti sampai bila-bila dia ingat saat nak pergi interview sebelum bergelar guru..

    BalasPadam
  9. bestnyer...moga2 ada rezeki tu..amin

    BalasPadam
  10. minat jadi cikgu ye.. now kurang boy nak jadi cikgu. kira ni berminat betul dia..

    BalasPadam
  11. in shaa allah...kalau dah rezeki dia tak kemana... smg dia sukses selalu :)

    BalasPadam
  12. Assalam..
    Tahniah buat adik bongsu Jun, moga berjaya kelak ;)
    Thanks juga sebb jengah my blog dan beri komen. I follow blog ni tau ... :)
    Sila2 ya yang lain singgah juga - http://blogdearlady.blogspot.com/

    BalasPadam
  13. moga adik tu berjaya yer in Shaa Allah !

    BalasPadam
  14. lamanya seharian jugak yer...

    BalasPadam
  15. cam best ja...seni apa tu?

    BalasPadam
  16. tgk gambar2 ni teringat kenangan lama time pegi sana en habi konvokesyen hehe

    BalasPadam
  17. cantik gak UPSIni yerk.. teringin lak nak bergambar kat situ...

    BalasPadam