Islam Itu Mudah

10:07 PG JunAina 11 Comments

Bila Islam itu mudah tolonglah jangan dipermudahkan sangat apa yang dah mudah tu. Dulu sekali pernah menulis tentang hal ini jugak. Bila berlaku di depan mata kita hampir saban hari terasa bersalahnya tidak menegur. Lidah tak mampu hendak berkata-kata takut dilabel berlagak pandai. Bimbang juga teguran akan membuatkan silaturrahim sedia ada terputus. Paling tidak akan menjadi buah mulut serta isu berpanjangan dibahagian lain. Bertapa tidak kuatnya hati kerana takut pada kata nista manusia berbanding takutkan Mu Ya-Allah. Ampunkan dosaku.

Menjadi trend zaman sekarang, di mana-mana dapat kita lihat. Kalau dulu bersolat dengan berjubah sahaja secara automatik kita tahu itu adalah Bangsa Arab atau dengan kata lain bangsa lain selain orang Melayu. Kita orang Melayu lebih sinonim dengan telekung begitu juga jiran terdekat samada penganut Islam di Thailand mahupun jiran kita Indonesia. Kini bersolat menggunkan jubah, mahupun pakaian biasa menjadi pemandangan biasa.

Telekung bukanlah merupakan syarat sah solat selagi setiap rukunnya kita lakukan dengan tertib maka sahlah solat kita (hanya Allah jua yang lebih mengetahui). Satu aspek penting yang kadang-kadang kita terlepas pandang adalah mengenai aurat. Bagi lelaki ini bukanlah masalah besar tetapi bagi wanita aurat yang perlu di jaga sangat seni, sebagimana seninya sifat dan hati wanita itu sendiri.

Berhati-hatilah ketika menggunakan jubah atau pakaian biasa untuk bersolat. Sebagaimana yang semua orang tahu aurat ketika solat seorang wanita adalah menutupi seluruh tubuh badan kecuali muka dan telapak tangan. Kita semua sedia maklum bila kita bersedia solat tanpa menggunakan telekung semestinya pakaian kita ketika itu sudah menutup aurat yang sepatutnya seperti tuntutan syarak selayaknya. Berhati-hatilah. Jubah atau baju yang dipakai memang sudah sesuai tetapi kadang-kadang kita terlepas pandang. Dalam keadaan biasa mungkin pakaian kita nampak sesuai tetapi pergerakkan kita semasa solat mungkin sedikit akan membuka ruang lain terutama di bahagian tangan. 

Bila kita mengangkat tangan untuk takbirratul ihram secara dasarnya kita akan menegakkan siku dan lengan baju juga akan tertarik kebawah juga. Secara automatik akan ternampaklah bahagian yang melewati pergelangan tangan. Bukankah itu aurat? Inner ataupun t-shirt yang dipakai dibahagian dalam juga tidak akan menjamin terjaganya aurat tika bersolat, cara terbaik gunalah sarung lengan yang tidak sampai kesiku kerana ia tidak akan terganggu dengan pergerakkan di bahagian siku. Rasanya itulah jalan paling selamat.

Menulis dari pemerhatian sekeliling bukan bermakna ariff tetapi hanya sekadar mengutarakan pendapat sendiri. Memandang sekeliling kadang-kadang memberi kesedaran kepada kita, belajar dari kesilapan orang lain. Selagi tiada perasaan was-was dihati, lakukanlah tetapi sekiranya sudah terang lagikan bersuluh kesilapan kita perbetulkanlah. Tidak mampu rasanya untuk menegur secara terang-terangan hanya mampu menulis di sini semoga kita lebih perihatin. Mudah tetapi jangan sampai terlalu dipermudahkan kerana setiap perbuatan kita bakal disoal kelak.

Dan saya masih selesa bertelekung. Kadang-kadang telekung tanpa kain hanya berstokin.

Nak abadikan kenangan dengan Photo Book yang cantik sila klik sini!


You Might Also Like

11 ulasan:

  1. Kalau berjubah tapi mengenakan tudung labuh kakak rasa mudah sebab bila bertakbir tangan masih di dalam tudung. Inner kena betulkan juga. Penutupan dagu juga sering diambil ringan. Bawah dagu juga adalah aurat moga tidak dilupakan utk menutup ketika bersolat..

    BalasPadam
  2. Aina..
    Perkongsian dan peringatan yg baik ni..
    Jazakallah....

    BalasPadam
  3. teguran yang bagus kak..kadang2 kita terlepas pandang benda mcm ni :)

    BalasPadam
  4. ituler kadang2 lebih mudah pakai telekung gak.. rasa selamtjer...

    BalasPadam
  5. saya mudah pakai telekung je. masih lagi tak berani nak bersolat ngan baju. takut belum sempurna auratnya.

    BalasPadam
  6. Masa di Tanah Suci kakcik hanya pakai telekung bersama jubah dan stokin. Kain pasangan telekung, simpan je...

    BalasPadam
  7. masih setia dengan telekung..

    BalasPadam
  8. Exactly! Islam itu mudah, bukan dibuat buat mudah...;)

    Dan sedih bila ada pihak yg bila diberi teguran, melatah tanpa berfikir bahawa teguran org lain itu, sebenarnya ialah cara Allah nak anugerahkan HidayahNYA

    BalasPadam
  9. Nampakya bukan bidang saya untuk berkomen. Tetapi di tempat saya lain pula. Saf wanita selalu bunyi jemaah bersembang walhal saf lelaki sedang kusyuk solat berjemaah. Hmmm.

    BalasPadam
  10. tq for sharing aina. bila aurat kita diluar dijaga sama dengan waktu solat, takde masalah bila tiba soal solat. kita sudah terbiasa. sekarang ni dah ada tudung labuh berdagu, senang sangat bila bermusafir. kita juga akan lebih menjaga kedudukan tangan sewaktu qiam, sujud, sujud antara 2 sujud berbanding bila terlindung dalam kain telekung. itu pengalaman saya, mungkin berbeza dengan oranglain. wallahua'lam.

    BalasPadam