Kenanga Wholesale Center-Jamu Mata

3:57 PTG JunAina 17 Comments

Sabtu 18hb Mei walaupun bukan hari kerja kami keluar jugak ke Kuala Lumpur, tempat pertama pergi Ampang Park bukan untuk bershopping tetapi sebaliknya ada appointment dengan Prof Dr Rozi. Tak ada apa yang membimbangkan cuma pemeriksaan rutin sahaja. Doktor lewat sikit coz sibuk dengan anak-anak almaklumlah hujung minggu hari untuk keluarga tetapi kena kerja pulak lagipun anak-anak doktor bakal menduduki peperiksaan penting tahun ini. Biasa doktor ada kat klinik hari Selasa.

Sejak sampai Ampang Park si kecik Alya sibuk nak pergi Mc Donald. Merengek-rengek dengan mama macam biasa mama buat tak tahu, bergayutlah dibaju abah pulak (dia dah tahu dengan abah mesti dapat punya). Habis urusan nak makan pun masih awal terus ajak Pak Tuan jalan-jalan. Lama sangat dok teringin nak pergi Kenanga Wholesale Center. Kebetulan bawak motor senanglah nak pusing KL.

Parking memang susah kat sini, penuh je. Jangan ada hati nak parking sebarangan pulak takut kena tunda dengan DBKL coz hari tu nampak 2-3 biji kereta kena tunda kang sesia je kena bayar saman. Kalau nak mudah masuk sahaja bangunan KWC parking kat dalam.



First time sampai sini, jakun jugak lah. Tercangak sana tercangak sini. Banyak lot kedai kat sini. Pilihan baju pun banyak. Jangan bimbang walaupun di tulisnya wholesale center tapi kebanyakan kedai jual jugak secara runcit tetapi harga mungkin sedikit berbeza dari kita beli banyak helai. Ada kedai menetapkan 3 helai untuk mendapatkan harga borong ada jugak 6 helai. Harga baju pulak mungkin sedikit murah berbanding kat luar. Ralit dok perhatikan peplum merah tu. Ingat nak belikan untuk anak dara.

Ada jugak kedai accessories. Tak masuk pun cuma jalan-jalan. Sebenarnya hari tu terlupa nak bawak beg duit jadinya jamu mata je. Nasib baik dengan Pak Tuan kalau tak melopong, minum pun tak dapat. Selain tu ada juga kedai handbeg, kasut, baju budak dan macam-macam kedai. Kami tak pusing habis pun coz budak kecik dok merengek nak Mc Donald jah. Ishkkk...geram aih..

Tak tau apa motif dia, asal jumpa benda tu ja nak duduk dan posing minta ambik gambar. Tangan pulak asyik peace je. Dia bergayut je dengan abah, mama jalan sorang-sorang. Malas nak layan hangin budak kecik tu sebab takut mam pulak yang naik angin.

Tuan tanah nak gak menyibuk. Belek-belek gak topi tu, ada ke orang nak pakai. Fesyen zaman sekarang ni memang pelik-pelik.

Kami naik sampai sini je, tingkat 6. Kaki dah letih. Jalan-jalan, pusing-pusing jamu mata, kalau dapat borong banyak-banyak mau hilang letih nih. Adoilahhh...macam manalah boleh terlupa beg duit entahlah. Beg Adidas yang digalas bukan main besaq sekali buka beg duit yilek. Direction tu rasanya sebagai syarat ja, sebenarnya kedai-kedai kat sana bercampur-campur tak ikut tingkat macam tu pun.

Akhirnya kami merempit balik dalam terik mentari. Ikut Jalan Cheras dan sebab sayangkan anak orang nih abah ikutkan jugak rengekkan dia nak makan Mc Donald. Suka bukan main lagi si Alya. Nasib ko lah nak jadi rebutan dua keluarga, jadi anak kecik sekali.

Kenanga Wholesale Center ni nak kata gempak sangat tak lah. Harga pun biasa-biasa sahaja. Kalau nak bandingkan dengan harga kat Ampang Park memang kat sini jauh lebih murahlah. Kedai-kedai borong kat luar pun banyak tapi ini memang harga borong betul. Satu fesyen kena beli 6 helai. Sekali tu berkenan sangat dengan sehelai jubah tanyalah nak beli satu sahaja katanya Rm140 tapi kalau beli 6 helai harganya cuma Rm70. Kalau nak berniaga eloklah datang ke sini. Harga borong yang diberi memang berbaloi sangat-sangat.

Nak abadikan kenangan dengan Photo Book yang cantik sila klik sini!


You Might Also Like

17 ulasan:

  1. agk nyer kalu akk tiba ptg sket kt ampang park tu mungkin kita bersua muka... ;-)

    BalasPadam
  2. temapt2 yg menyilaukan mata ek?

    BalasPadam
  3. assalam,

    salam ziarah dari bunda..

    BalasPadam
  4. Pernah dgr tp tak pernah jejak kaki lagi..
    Takda geng..

    BalasPadam
  5. saya dah beberapa kali g kwc ni...tapi takde yang menarik sebab banyak pakaian perempuan jer..heheh..yang seronok sopping sah2 la kakak2 saya jer.. :D

    BalasPadam
  6. Assalam,

    Mamawana tak pernah masuk lagi ke sini...huhuhu

    BalasPadam
  7. Selalu dengar orang cerita pasal KWC ni, tapi tak penah berpeluang nak pg sana lagi..

    BalasPadam
  8. geng2 saya di utara baru balik rombongan cik kiah ke sana..
    tapi satu apa pun tak beli sebab kes kena beli lebih sehelai utk murahlah tu..
    masing2 tak sama taste, payah jugaklah kan..
    mungkin sesuai utk orang berniaga...

    BalasPadam
  9. geng2 saya di utara baru balik rombongan cik kiah ke sana..
    tapi satu apa pun tak beli sebab kes kena beli lebih sehelai utk murahlah tu..
    masing2 tak sama taste, payah jugaklah kan..
    mungkin sesuai utk orang berniaga...

    BalasPadam
  10. Pandai anak dare posing heheheeheh...cute sgt gaun die...sonok anak pandai posing gini, kite tgl snap aje ekekekeekk...

    Lieya suke gak gi situ....comel2 n murah2 baju nye tp kene gi ngan member laa so baru boleh beli dgn harga borong kan....

    BalasPadam
  11. adui kak.. boleh hilang akal masuk tempat camni.. hahaha..

    BalasPadam
  12. Tapi nampak macam menarik tu bgi pompuan cam kita ni hehe

    BalasPadam
  13. Aina, saya kerap ke KL tapi memang t prnah singgah sini..peplum tu cantik..msti rambang mata kan?

    BalasPadam
  14. kat sini ada jual clutch murah2... kalau sy ada dinner...mesti kirim dgn suami nk kaler apa...nnti smpai kedai tu ktorg video call la..ekeke...walau jauh d kelate, no prob for shopping! hahaa

    BalasPadam
  15. tak pernah sampai... ke GM Klang pun jarang hihihihi ..
    tp kalau ke tempat mcm ni mesti rambang mata kan..

    BalasPadam
  16. dah penah sampai tapi tuler kena beli banyak2 tak larat ler pulak..
    haritu pergipun jamu matajerler...

    BalasPadam