Gathering Blogger di Musolla Ehsan.

8:24 PG JunAina 19 Comments

Sori berlori-lori. Gambar semua gegar, blur semacam. Tak taulah kamera punya salah atau tukang snap gambar yang terkena parkinson. Apa yang bakal ditempek kat sini pun setelah penat memilih dan try mengedit jugak!

Syukur alhamdulillah kepadamu Ya-Rabb. Sekali lagi kami dapat berkumpul mengeratkah ukhwah. Hanya satu tujuannya semoga ukhwah yang sedia terjalin juga yang baru terjalin akan berpanjangan. Hubungan yang ada umpama sebuah keluarga besar di mana Dato' Abdullah Al-Hadi dan Datin Aisyah menjadi seperti ayahanda dan bonda yang sentiasa mengalu-alukan kepulangan anak-anak meriuhkan suasana di Musolla Ehsan. Kegembiraan berjumpa kawan-kawan tak terucap rasanya. Setiap salam bertaut erat, tersimpul kemas sebuah ikatan yang hanya kita mampu merasainya. Juga terselit perasaan sebak, bertapa beruntungnya Aina punya keluarga besar seperti ini.

Saja nak habaq na kuih hijau tu saya yang buat...hahahaa... Orang Perlis panggil pulut sekaya, lebih kurang macam seri muka jugak tapi lebih sedap. Biasanya Aina bakar tapi hari tu oven buat perangailah pulak tak boleh nak guna api atas. Kuih tu lemak berkrim, guna pulut susu dari Padang Besar you.

Majlis bermula pukul 3pm secara rasminya. Kak Azie dan Iyra yang menjadi orang kuat dari awal lagi sudah berada di Musolla Ehsan menyelesaikan perkara-perkara perlu terlebih dahulu (sebenarnya masa kami sampai depa tidoq...hahahaa...) Pena Rozie dengan penuh bersemangat tiba juga akhirnya dari Terengganu. Selalu dok melawat blog dan berborak di FB sahaja kali ini bertemu sudah dengan orangnya. Tiada aturcara tertentu pada hari tersebut. Makan-makan, borak-borak dan gelak-gelak. Itu yang diulang-ulang. Santai. Kedatangan juga tidak dicatit. 

Turut singgah memeriahkan majlis Kak AinNoraini, Acik Erna, Kak Azwa Kamar dan Abah Zino. Azian yang jugak berlepakking sakan join Rozie, Kak Azie dan Iyra. Maaf bagi nama-nama yang tertinggal. Ramai-ramai dah tak perasan pulak.

Pertama kali bersua muka dengan Ayah Zain tetapi sebelum ini sudah pernah ziarah ke blognya ceriakan hari-harimu. Aina makan banyak buah tin dan kurma buah tangan Ayah Zain dari Uzbekistan. Walaupun manis tetap suka. Terima kasih Ayah Zain Aina siap tapau bawak balik.

Ini orang kuat. Seperti biasa orang kuat akan bertungkus-lumus buat kerja yang lain pandang sahaja. Terima kasih Kak Azie dan Iyra. Perapan ayam tu sedap sangat (nanti minta resepi ya Iyra) tetapi malangnya tiada gambar ayam yang marbeles tu. Jagung pulak lemak-lemak manis, Aina belajar sesuatu yang baru bila nak bakar jagung. Walaupun kata Kak Azie itu resepi dari Perlis tapi itulah pertama kali Aina tengok bakar jagung rendam dalam santan pekat dahulu.

Dato', Datin, Haliza (Aina harap betul ejaannya), Abe Zam tokeh Char Kueateow jadi kepala meja (sedap gila dowh char kueateow dia! Nyesal tapau dua je coz balik rumah berebut-rebut pulaklah.)

Bunga Mawar nan Wangi.

Dak pompuan kat kampung balik bercuti rumah mama, tak nak ikut tapi abah soh pakai tudung dan ikut. Masam-masam muka tapi tak berani nak protes abah akhirnya dia yang pulun makan sakan-sakan.

Meja kedua. Meja letak makanan, tepi tu dapo tokey char kueateow. Harus jugak belajar masak dari Abe Zam nih. Sedap weh, teringat-ingat. Kerang pun banyak, udangnya phewww...memang kena seleralah. Siapa nak buat kenduri, nak buat open hous bolehlah try khidmat Abe Zam masak char kueateow tak nyesal punya. Gambarnya tak ada le pulak tapi...kalau nak guna khidmatnya bolehlah ke blog isteri kesayangannya NASI KERABU BUAH TANJUNG.


Ini bekalan yang di bawak balik. Sebakul you. Ada lagi keropok lekor belum goreng dan siap masuk peti ais, terima kasih Pena Rozie. Ada yang puji bakul tu cantik...tunggu next gathering kita oder bakul baru ye.

Penutupnya. Terima kasih buat Dato', Datin, Iyra, Kak Azie yang bertungkus lumus. Terima kasih jugak buat semua yang sudi datang. Harap selepas ini akan ada lagi pertemuan-pertemuan seterusnya. Gathering Raya Blogger Lagi?


You Might Also Like

19 ulasan:

  1. wow bestnya kak aina...mengeratkan silaturahim

    BalasPadam
  2. bestnya..tak pernah g gathering macam ni..

    BalasPadam
  3. kalau x krn seminar da lama sy terjah ke bangi waaaaaa

    BalasPadam
  4. xde rezeki dee nak jumpa sis aina..yelah masa tu dee ada trip ke JB..mmg seronok lepak kat Musollah Ehsan tu..makan je kerja dia..pastu gelak..seronok tgk korang berkumpul sambil makan2..kalau ada kolam renang lagi syok..Dato'..nak buat tak kolam renang? Hahaha..

    BalasPadam
  5. Wahhhhh best sgt!!!! Seronok gather2 gini kan...dpt eratkan silaturahim disamping dpt mkn sedap2 pot luck masing2....lieya ade gak join gathering blogger dulu2 dlm 2-3 kali gak....lama dah x join gini....mng seronok borak n berkongsi cerita....mcm dah kenal lame je hehehehe

    BalasPadam
  6. Kakak dapat tengak jadilah Aina..
    Nampak seronok semuanya senyum tanda puas dan gembira dgn pertemuan tersebut.

    BalasPadam
  7. Seronoknya bila bersua muka... yg pasti, blogger yg datang mesti dah kenal lama ni...kalau tidak mesti malukan...

    BalasPadam
  8. jelesnyaaaaaaaaaaaaa...huhuuuuu....

    BalasPadam
  9. Meriahnya.. gathering blogger .. makanan pun nampak sedap2 belaka..

    TQ Aina sebab bagi hadiah tuhh. Suka sgt.. :)

    BalasPadam
  10. Hahah.. Tengss kak junaina kasi pomot biznez kita.. Pulut sekaya tu besh. Letak dlm peti esoknya saya pulun sampai abeh..heheee

    BalasPadam
  11. Hahah.. Tengss kak junaina kasi pomot biznez kita.. Pulut sekaya tu besh. Letak dlm peti esoknya saya pulun sampai abeh..heheee

    BalasPadam
  12. wow...sedap2 je juadah kat situ
    beznye dpt beramah mesra dgn rakan2 time ni
    kuih hijau menggoda hati ni nk merasa...so yummy!

    jemput ke sini:

    http://umikasum.blogspot.com/2013/06/nah-deodorant-untuk-ketiak-masam.html

    follower ke 318

    BalasPadam
  13. alhamdulilah dapt jugak jumpa kawan2 semua..walaupun sekejap jer...

    asben kakain suka sembang dgn asben aina tau...mcm cerita ada...

    BalasPadam
  14. bestnyerr dpt jumpa blogger lain :)

    BalasPadam
  15. Saya tahu akak datang lepas baca kat FB...saya sampai malam...Tak sempat merasa pulut sekaya tu...huhuhuh

    BalasPadam
  16. meriahnya. baguslah ada gathering macam nih kan ^_^

    BalasPadam
  17. melepaih la nak makan pulut sekaya org perlis...char koewteow abe zam...

    BalasPadam