Bila Ibu Berkecil Hati dan Bapa Mula Bersuara

9:46 PG JunAina 10 Comments

Nak abadikan kenangan dengan Photo Book yang cantik sila klik sini!

'Bila kita sudah tua, tiada pencen, tanpa simpanan anak-anak hantar kita ke rumah kebajikan agaknya'.

Jarang kita mendengar bapa berkecil hati dengan perangai anak-anak. Meluahkan ketidak puasan hati anak-anak yang sudah besar, berakal dan berkerjaya sendiri. Biasanya mereka lebih banyak menegur melalui ibu. Sesetengahnya. Bergantung pada cara hidup masing-masing.

Ibu pula menjeruk rasa. Tidak juga mahu bercakap atau menasihati. Kadang-kadang perangai anak-anak yang bagi mereka biasa tetapi sebagai ibubapa mungkin kita telah berkecil hati. Bercakap kadang-kadang tidak diendahkan jadi lebih baik diamkan dari anak menjawab dan terpaksa pula mendengar bebelan anak.

Alkisah.

Si anak mengajak si ibu keluar berbelanja dan sudah tentunya pelengkap package si bapa akan ikut sebagai pemandu walaupun ibu dan anak punyai lesen memandu sendiri. Penyudah bapa dengan sabar hanya berpeleseran di bangku luar shopping kompleks kerana keletihan. Anak dan ibu pula berjalan turun naik pasaraya mencari keperluan. Bila selesai si anak berjalan ke booth menjual minuman. Tanpa sepatah bertanya pada ibu apatah lagi mengingati bapa yang sedang menunggu. Hanya satu air ditanganya. Memasukkan straw ke dalam mulut, tanpa membuang masa menyedut kedinginan ice blanded. Lega. Ibu hanya memandang. Hatinya hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu. Anak perempuan yang sudah bekerja punyai pendapatan sendiri sebegitu sekali peri lakunya. Bukan tiada duit untuk membeli tetapi di mana perginya kasih sayang serta perihatin anak pada seorang ibu yang telah melahirkan dan membesarkan.

Kemudian mereka singgah membeli keperluan dapur di sebuah pasaraya besar. Si ibu memilih-milih makanan segera. Teringat cucu yang masih di rumah yang pulang bercuti. Walaupun perangai menantu banyak yang berkenan di hati tapi budak-budak itu tetap cucu mereka. Si anak memandang tajam tanda tidak setuju. Si ibu dan bapa pula menurut sahaja.

Entah di mana silapnya. Didikan sempurna telah diberi. Kasih sayang tak pernah kurang. Setiap permintaan pasti dipenuhi. Akhirnya beginikah layanan anak perempuan nan seorang kepada seorang ibu dan bapa. Mengapa perlu juga timbul perasaan irihati kepada anak-anak abang sendiri. Bukankah mereka lahir dari rahim yang sama, dari benih yang sama. Perkara kecil tetapi akan menjadi besar bila ibu mula berkecil hati. Bila bapa mula mengira-ngira keikhlasan anak-anak terhadapnya.

Ya-Allah. Jadikanlah kami anak yang baik dan kurniakanlah kami anak-anak yang baik juga. Bumi ini bulat hari ini mungkin kita berada di atas tak mustahil suatu hari kita juga akan alami perkara yang sama seperti apa yang kita buat terhadap ibubapa kita. Setiap perbuatan pasti akan ada ganjaran, berbuat baik maka baiklah ganjarannya berbuat jahat terimalah padahnya.

Hidup kita moga akan terus di berkati. Moga kita sentiasa menjadi insan yang mendapat petunjuk dan hidayah Allah s.w.t selalu.


You Might Also Like

10 ulasan:

  1. sedihnya hati ibu dan bapa...
    setuju, bulat sentiasa berpusing..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,
    Semoga kita jd anak yg terbaik utk kedua org tua

    BalasPadam
  3. hai lah..macam2 hal..kadang tanpa sedar kita membuatkan ibubapa berkecil hati..harap kita tidak sebegitu sis..nauzubillah..

    sis..boleh je drive sendiri kalau confident dan biasa berjalan jauh..kalau nak ke JB lah..tapi takde GPS tu boleh sesat barat jugak..sbb dari Legoland ke JB..mcm2 highway jumpa..tp berpandukan signage pun insyaallah boleh kot..sbb dee pun first time tapi dee pakai Wave..huhu..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Aina

    Insyaallah, anak2 Aina anak2 yg soleh

    BalasPadam
  5. harapnya kita bukanlah macam tu...thanks akak...saling ingat mengingati

    BalasPadam
  6. Takut melihat senario macam ini Aina. Memang kadang diuji tanpa sedar. Dia bukan tak sayang tapi tak alert. Tak kan tak terfikir sebab bukan tak ada akal tapi inilah ujian dia tak tahu mak-ayah kecik hati ke tidak...

    BalasPadam
  7. sedih pulak KA baca n3 ni

    BalasPadam
  8. yekan.. moga2 anak2 kita tak sebegini.. bila dah jadik mak baru paham agaknya budak2 nih...

    BalasPadam
  9. minta dijauhkan la dari diri ini..

    BalasPadam