Hari Raya Pertama Cara Keluarga Besar Kami
Hari Raya Pertama yang sibuk makan sakan-sakan dan borak-borak tanpa henti. Rumah pusaka arwah tok ayah dan tok tetap menjadi tumpuan anak, menantu, cucu serta cicit. Makcik Uji dan Pakcik E yang mewarisi rumah tersebut tetap melapangkan rumah buat kakak, abang, ipar-duai serta anak menakan cucu menakan balik beraya. Walaupun tok sudah tiada depa tetap menyambung legasi menyambut anak-cucu Tok Pah balik beraya. Kalau ada pun seorang yang buat perangai sila abaikan sahaja.
Selepas balik solat hari raya seperti biasa singgah rumah abang arwah abah di sebelah masjid, keduanya sudah tiada, hanya anak-anak penyambung silaturrahim. Balik dari situ terus touch-up sikit teruskan edisi beraya dengan mak dan ahli keluarga lain, kemudian jengah ke rumah pusaka tok kat sebelah yang sudah di penuhi anak, cucu sera cicitnya kemudian ke rumah selang sepintu lagi iaitu Pak Tih Hussin adik mak. Pi mai-pi mai tang tu sampai tengahari. Tak bergerak ke mana pun. Selepas zohor mengunjung (ziarah/melawat) mak saudara arwah nenek yang kembali kerahmatullah pada pagi hari raya.
Kereta penuh di halaman di sebabkan kereta saya parking depan rumah jadinya tak dapat nak bergerak ke manalah sebab kena blok mau daknya berbelas biji kereta dok parking kat halaman dari pagi bawak ke pwtang. Petang sikit baru ramai-ramai konvoi ke Hutan Lembah, Mata Air ke rumah adik mak.
Adik perempuan mak, sedondon you dari baju, tudung sampai cincin dan gelang ala-ala mak datins gitew. Ini kerjanya nangkap orang, rumah dekat-dekat kampung mak jugak.
Gegirls. Ayu...awwww...hahahaa.. Dari kanan adik (my tukang jahitlah tapi baju dia tu terpaksa beli ready made macam biasa tukang jahit tak siap bajunya), kakak sulung, saya dan Makcik Uji adik mak yang bongsu. Dia mewarisi rumah pusaka tok, kami bertiga tolak Yong membesar bersama beza umur setahun ja.
Tahun ini makcik dan pakcik buat hidangan ala santai. Makcik Uji masak Gulai Daging Batang Pisang, rendang daging manakala Makcik Ros masak nasi impit dan kuah lodeh. Berbalang-balang kuih raya jugak. Makanan dihidangkan di luar rumah dengan meja kayu, kerusi kayu klasiknya yang dibuat sendiri hasil dari pokok besar yang ditebang. Beli pokok, keringkan, upah potong, varnis dan jadilah meja kerusi klasik tapi berat sangat rasanya.
Hidangan pun klasik Gulai Daging Batang Pisang gu dengan jelatah (acar mentah) ini jadi santapan selepas solat hari raya. Sedap sangat.
Keluarga besar kami.
Keluarga besar kami lagi.
Anak cucu bersalaman dengan mak.
Dedekasi khas buat suami Makcik Uji iaitu Pakcik E (Zamri). Terima kasih banyak-banyak kerana selama 17 tahun lebih jaga tok dengan baik mengalahkan jaga mak sendiri. Menantu yang baik dan taat, suami dan ayah yang sangat penyanyang (my makcik garang wey). Balik kerja perkara pertama yang dia buat adalah tengok tok dulu, tanya da makan ke belum. Bila tok sakit dia sanggup tidur di depan pintu bilik tok sedangkan makcik sedap ja tidur dalam bilik. Suap tok makan, ikut semua kehendak tok sampaikan masa tok sakit dia jugalah yang salin pampers tok. Bila tok menghembuskan nafas yang terakhir Allah s.w.t beri rezeki untuk dia bersama tok sedangkan anak lelaki tok tak seorang pun yang sempat mengadap tok. Dia juga menyambut jenazah tok di liang lahad. Bagi saya tok sangat beruntung dapat menantu seperti dia.
Bila lepak-lepak di belakang rumah tok suatu hari dia bersandar di kerusi malas dan saya seperti melihat arwah tok ayah yang berada di situ. Sifat pendiam dan tidak banyak bercakapnya seperti arwah walaupun dia hanya menantu.
Tiba-tiba touchinglah pulak. Nanti kita sambung edisi Hutan Lembah. Cerita hidangan rumah orang ja pasainya rumah sendiri tak sempat nak ambil gambar lagipun meja makan-makan rumah makcik tu depan rumah mak jugak.
salam kak jun,
BalasPadamwah .. cikda pulak teruja tengok gambar2 raya ni.. mesti meriah n berbacam cerita kan..
selamat hari raya dan maaf zahir batin kak..
mestilah touching membacanyer.. kot kita tak mampu kot... 17 tahun tu lamakan...
BalasPadamseronoknyer keluarga besar... baruler riuh rendah.. oklertu masih lagi rapat ngan sepupu2... keluarga kitani dah tak sama cam dulu lagi... tak semeriah dulu lagi...
alhamdulillah...
BalasPadamsilaturrahim masih diteruskan...
macam tuh la beraya kat kg..
tiap-tiap rumah kena pergi...
penat berjalan tapi perut kenyang kan..
Meriahnya suasana Selamat hari raya!
BalasPadamWajah adik beradik Aina memang nampak seiras. :)
BalasPadambestkan beraya dlm keluarga besar nie..bila berkumpul. ramai2 mmg meriah...leh msk ramai2.
BalasPadamkalau duduk kampung, keliling rumah adik-beradik sanak saudara begitu la jadinya..sama macam kami juga hehe...
BalasPadamwah meriah ye raya kak..berkumpul ramai2 memang best kan kak..mesti macam2 cite kuar..:)
BalasPadamSyahdu time raya-raya nie
BalasPadamsangat meriah bila berjumpa dengan sanak saudara.. ;)
BalasPadambukan senang nk dpt menantu mcm tu kan kak..
BalasPadamsebak lak baca ujung2 entry tu..baik orgnya ye..budi baik dibalas baik kata orang..insyaallah..
BalasPadamSeronoknyaa kumpul ramai2 di hari raya.. pas tuh makanan2 pun sedapnyaa..:)
BalasPadamtengok gambar pun tau ..meriah sgt raya
BalasPadamselamat hariraya
Meja kerusi buat sendirik...wow!
BalasPadamYang bestnya bila berkumpul adik beradik kan JA...mulalah melahai kalau OKjelah hehe...
BalasPadamUntung Tok dapat menantu cenggitu...bukan mudah nak menjaga org tuakan...
Assalamualaikum kak, selamat hari raya. bestnyaa berhimpun ramai2 camni. sangat seronok kan :)
BalasPadamAs-salam aina..
BalasPadamwah meriahnya raya.. seronok tgk gambar dan membaca cerita.. seiras wajah aina adik beradik.. cantik2 semuanya.. beruntung betul tok kerana mempunyai menantu yang sebegitu.. rasa sejuk hati membaca kisahnya..
hamboiiiii meriah bangat sih!
BalasPadamgulai daging cmpr btg pisang tu biasanye hanya ada kt kenduri kawen jer...
BalasPadam