Resepi Ayam Panggang Mudah

12:35 PTG JunAina 5 Comments


Sejak beli Pemanggang Ajaib Happy Call saya rajin sangat dok membakar bagai, kejap kambing, ikan, ayam dan daging. Selalu ayamlah paling kerap dipanggang. Bukan apa anak-anak enjoy sangat makan ayam panggang ni. Sebagai wanita bekerjaya yang sentiasa sibuk di pejabat kemudisn pula bertungkus lumus di dapur semestinya mencari resepi mudah untuk hidangan keluarga. Selain mudah ai akan mempercepatkan masa persediaan makan, bermakna kita mempunyai lebih masa untuk suami dan anak-anak.


Pemanggang Ajaib Happy Call ini sangat membantu. Kalau tak ada boleh sahaja gunakan pan biasa tetapi mungkin masa memasak akan lebih panjang. Pemanggang Ajaib Happy Call bertindak seperti pressure cooker jadi bahan-bahan yang dibakar akan cepat masak, lembut dan berjus.


Jom kita tengok resepi-resepi mudah yang selalu saya gunakan.



Ayam Panggang Mudah

Bahan-bahan:

Potongan ayam/Paha ayam (ikut suka hati)
(Bersihkan)
Bawang putih+bawang merah+halia ditumbuk
Sos tiram
Madu (boleh juga gantikan dengan gula)
Sedikit minyak/butter/minyak zaitun (salah satu sahaja)
Garam secukup rasa
Kunyit

Cara-cara:
Garam kunyitkan ayam
Campurkan bawang merah, bawang putih, halia ke dalam mangkuk.
Masukkan sos tiram. 
Gaul rata.
Masukkan ayam (boleh perap atau boleh masak terus)
Panaskan pemanggang agak panas masukkan minyak.
Masukkan ayam tutup pemanggang, sesekali alihkan untuk pastikan ayam masak sekata.
Siap.



ayam panggang

Mula-mula saya konon nak cantik jadi bakar whole leg sebab macam dah lambat saya tukar fikiran.


ayam panggang

Saya potong-potong ayam kepada bahagian yang lebih kecil. Cepat masak dan garing sahaja ayam tetapi tetap berjus.



Bila sesekali nak memasak tiba-tiba terpandang sos tiram tak ada tak perlu pening kepala. Bakar ja ayam tu macam biasa guna bahan lain tanpa sos tiram, sedap juga. Madu pula boleh diganti dengan gula, rasa lebih kurang sahaja.


Selamat mencuba.


You Might Also Like

5 ulasan:

  1. SA dah order pemanggang ajaib. ..lepas raya dapat la...masa ti boleh la buat aktiviti panggang2 ni...

    BalasPadam
  2. sedap neh..nati nak terai lah... balik umah kg nati

    BalasPadam
  3. tu lah penangan pemanggang ajaib kan...adik saya pun rajin memanggang, rajin buat ikan bakar buat berbuka...haha

    BalasPadam
  4. Saya mmg beli utk persediaan berpantang nanti. Main campak je dlm pemanggang ajaib.hehe.

    BalasPadam
  5. Sy dah cuba resepi ni. Mudah dan sedap.

    BalasPadam