Raya Abang Iqbal dan Ingatan Pada Ayah Long
'Ma minta duit nak top up. Nak call Ayah Long. Agaknya dia dok tertunggu-tunggu abang call. Lama dah dia tak call tanya khabar kita'.
Diam. Tangan hulur duit Rm10.
Air dicincang tak akan putus.
Redza dengan ketentuan Allah, walaupun ibu apa hak yang ada untuk menghalang silaturrahim antara mereka. Darah daging sendiri. Akur. Walaupun selama ini mereka diabaikan.
Ingatan dia pada bapa saudara walaupun sekali-dua cuma, bertemu sepanjang 13 tahun umurnya. Ikatan darah yang mengalir menguatkan ingatannya pada mereka. Tak ingin menyalahkan sesiapa kerana saya terima ia sebagai qada dan qadar Allah buat kami anak-beranak. Tak ingin juga memutuskan silaturrahim antara mereka. Saya terima seadanya setiap apa yang berlaku.
Bertahun-tahun anak-anak membesar tanpa ayah kandung apabila jodoh kami sampai ke peghujung ketika dia belum berumur 2 tahun. Sejak itu dia hilang kasih ayah tiba-tiba di kejutkan dengan berita pemergian untuk selamanya mengadap pencipta. 3 tahun selepas kehilangannya baru kami mendapat berita itupun sebab datuknya telah kembali kerahmatullah. Ayah Long mengambil alih tanggungjawab menguruskan segala harta pusaka. Melaksanakan amanah yang digalas anak-anak di cari. Di sangka satu rupanya dua begitulah akhirnya Iqbal Hadi dan Nur Fatihah Hayani berjumpa dengan saudara kandung bapa mereka.
Pasrah. Allah telah mengaturkan yang terbaik buat anak-anak. Buat saya juga. Kekuatan saya menjadi kekuatan anak-anak. Penghujung Ramadhan ini hati sedikit terusik. Sebak di hati sukar untuk ditebak apa maknanya.
Al-Fatihah buat arwah, buat mak dan bapa mertua juga yang telah mendahului. Semoga roh mereka tenang di sana.
Pasrah. Allah telah mengaturkan yang terbaik buat anak-anak. Buat saya juga. Kekuatan saya menjadi kekuatan anak-anak. Penghujung Ramadhan ini hati sedikit terusik. Sebak di hati sukar untuk ditebak apa maknanya.
Al-Fatihah buat arwah, buat mak dan bapa mertua juga yang telah mendahului. Semoga roh mereka tenang di sana.
alfathihah.. moge roh mereka di cucuri rahmat..
BalasPadamDear, cerita kita ni hampir2 sama..
BalasPadamlately ni hati Zaza sangat2 tersentuh mengenangkan takdir yg telah berlalu.. Alfatihah
Al fatihah.....
BalasPadamAl-fatihah. Sedih bila membacanya.
BalasPadamSayu pulak hati kakak bila membaca N3 Aina ini. Perjalanan dah Allah susun macam ini Aina. Redhalah...
BalasPadamalhamdulillah, sejuk perut ibu yang mengandung..
BalasPadamiqbal seorang anak yang baik..
moga cahaya kegembiraan sentiasa bersama kalian semua..
baguslah jun, bukan senang nak jumpa insan berfikran seperti jun. berpatah arang, berkerat rotan. setidak2nya...yg berlalu biarkan berlalu. minta anak2 sedekahkan fatihah selalu dan berdoa untukk arwah. tanggungjawab yg terabai itu urusan dia dengan Allah..
BalasPadam