Jemputan Rumah Terbuka

8:22 PG JunAina 12 Comments



Ini edisi makan-makan tahun lepas. Abang sibuk nak jemput kawan-kawan beraya kat rumah, terlanjur masak jemput jugaklah jiran-jiran terdekat. Menu mudah bihun sup, nasi impit cicah gulai ayam, puding jagung, nugget dan sosej serta biskut-biskut sahaja.


Beraya sakan-sakan kat kampung sekarang dah balik Kajang beraya sakan-sakan pulak di bandar. Orang sekarang raya sampai sebulan tapi kalau kat kampung paling lama pun seminggu jelah tapi tak tahulah tempat lain kat tempat saya macam tu. Jemputan rumah terbuka sana-sini. Kadang-kadang tak tahu mana yang nak pergi sebab banyak sangat jemputan. Jalan pun jangan ceritalah jemnya walaupun di hujung minggu. Tak sabar nak berkongsi cerita raya saya tapi kamera masih pusing-pusing Kelantan, salah sendiri juga cuai  sangat Sabtu nanti baru kamera sampai balik ke Kajang.


Saya teringin sangat nak buat Rumah Terbuka, jemput kawan-kawan datang makan dan berborak panjang. Lama sudah rasanya saya hanya terima jemputan, kali terakhir mungkin 5 tahun lepas. Masa tu saya memang jemput kawan-kawan, jiran-jiran dan sudara-mara yang tinggal berdekatan. Menu masa tu tentulah laksa dan bihun sup kuning yang menjadi trademark orang Perlis. Saya juga masak nasi impit, kuah kacang dan kari ayam pekat resepi mak (menu wajib setiap kali raya di kampung). Tempah nasi hujan panas dan ayam masak merah dengan kuah sambal ektra dari Rose Catering (katering kepunyaan mak saudara saya). Nasi putih dimasak sebagai pilihan bagi yang tak makan nasi warna-warni, lauk tambahan pula saya masak Masak Putih Daging (Kurma Daging). Saya buat puding jagung dan bubur kacang selain goreng nugget dan sosej.


Pandang rumah saya rasa segan pulak nak terima tetamu. Rumah kecik, dapur sempit, barang banyak pulak tu. Dinding sejak mula duduk 12 tahun dulu tak pernah berganti catnya, dulu-dulu alasan anak kecik cat pun nanti diconteng lagi sekarang anak sudah besar tak juga terbuat. Siap ada cap tapak kasut lagi kat dinding tu, entah apa anak-anak buat pun tak tahu. Kabinet letak dapo mask dan rak pinggan itulah diguna sejak 16 tahun lepas dah layak tukar baru. Pintu bilik belakang rosak berbulan jugaklah dah dibuang kat bawah tapi entah bila pula nak berganti jadi bilik tu berbulan jugaklah tak berpintu. Bukan soal tak berduit tapi selagi barang-barang tu boleh pakai memang rasa sayang nak buang walaupun dah buruk dan uzur, penyakit ini memang tak ada ubat. Cakap-cakap tak jalan jugak, alahai Pak Tuan. Nak tunggu pindah rumah yang baru dibeli entah bila pulak. Insyaallah ada rezeki kita buat kat sanalah senang sikit boleh pasang khemah depan rumah.


Rebung saya sudah bawak balik dari kampung cadangnya nak digulaikan bersama ayam, rebung kat bawah pun tengok sudah naik 2 pucuk bolehlah ambik dan campur sekali nanti. Banyak juga tu. Tapinya...masih dok berkira-kira. Segan wehhh...jemput kawan-kawan mai rumah tapi rumah selebek gitu! Ada yang sudi nak mai dak? Hahhaaaaa... Setakat ni tiap-tiap tahun memang saya buat makan jugaklah untuk kawan anak-anak dan jiran-jiran sebelah-menyebelah, atas dan bawah. Dengan depa tah heranlah rumah depa pun sama ja macam rumah saya tu.


Pada semua Selamat Hari Raya Aidilfitri, hati-hati bila makan di rumah terbuka jangan sakan-sakan sangat takut bawak mudarat pada kesihatan pulak. Makan-makan di rumah saya masih dalam pertimbangan. Sapa sudi mai angkat tangan!



You Might Also Like

12 ulasan:

  1. kadang² mcm tu lah .. niat nak ajak kwn² dtg rumah, tp malu rumah kecik .. takut x muat.. tp xpelah... yg penting kt jemput ikhlas kan... mereka sudi dtg tu pun dah cukup baik..

    BalasPadam
  2. selamat hari raya..
    seronoknya klau dpt buat opn hse kab

    BalasPadam
  3. rajin akak masak banyak2 kan..mesti sedap2 juadah akak masak :)

    BalasPadam
  4. Jemput je, pasti ramai yang sudi datang.

    Rumah kakcik pun macam tongkang pecah... :)

    BalasPadam
  5. Berkunjung bukan rumah jadi ukuran Aina, tapi kita perempuan sikit sebanyak rasa begitu kan. Kakak dulu segan tapi sekarang dah tak lagi. Apa yg ada dah lebih bersyukur sebab tak menumpang dan dapat menjamu org lagi kan...

    BalasPadam
  6. zura tk prnh buat umh terbuka..sekadar ajak kawan dtg mkn gitu jer...

    BalasPadam
  7. kalau dekat saya sudi kak!! hahaha..

    saya pun macam tu kak..nak jemput kawan2 datang rumah.. tapi rumah tak berapa nak molek. takut orang tengok tak selesa dan tak selera nak makan.. malu..

    BalasPadam
  8. kalau akak buat..bagitahulah...InsyaALLAH datang....hehehehe

    BalasPadam
  9. Boleh aje buat utk mengeratkan silaturrahim...x kisah la rumah mcm mn pun...kunjungan tu yg bernilai...cuma tu la...manusia skrgsuka menilai kan..pas tu duka beza2 kan....itu yg harus kita elak...SA belum ada kesempatan. ..ingat nk buat jugak...tp kesihatan bonda plak x mengizinkan....

    BalasPadam
  10. sekali sekala buat open house ni memang seronok...walaupun penat tapi rasa best dan puas tengok kawan-kawan dan sedara makan dzn semakin kuat silaturrahim

    BalasPadam
  11. Hehe....kalau dah ada impian nk panggil makan makan tu kena tunaikan tu JA hehe.... Awak duk Kajang je kan...so okje boleh angkat tangan nk pi le hehe

    BalasPadam