Mabuk

4:16 PTG JunAina 14 Comments


Menung-menung otak jalan je.


Fikir-fikir. Hati ini tak berapa pasti lagi, masih was-was. Petang nanti harus bawak bincang dengan Pak Tuan. Nak teruskan perancangan ke tidak.


Pukul 12. Congak-congak. Lari kejaplah ke Kamdar nak tengok langsir, gantikan yang dalam bilik. Dah bertahun tak berganti, kesian. Jahit lurus je pun nanti. Bajet lepas raya Rm4 je semeter selepas diskaun. Pompuan tu pompuan jugaklah raya ke tak ke memang membeli je.


Pilih-pilih langsir. Mintak pekerja Nagoya potong, saya tak jadi beli kat Kamdar tak sesuai bajet...ahahaa... Siap potong gi kaunter nak bayar, sekali buka beg. Piappp...tepuk dahi. Rupanya lupa nak keluar duit ada hanya Rm5. Nasib baik tak punch lagi. Mengah-mengah lari cari bank, nak guna kad kredit tak patut sangat, nak guna ATM pun tak boleh jugak kurang dari Rm50. Idok le teman malu sebab memang teman ade duit cumanya lupe keluar ja.


Sah. Mabuk hidangan raya bagai. Almaklumlah Sabtu dan Ahad saya gantung periuk belanga asyik penuhi jemputan rumah terbuka kawan-kawan. Semalam ke rumah teman sepejabat di Desa Mewah, Jalan Semenyih. Di jamu Nasi Arab, Soto siap bergedil lagi Johorian katakan tapi paling best rempah-ratus soto tu semua adunan sediri hasil air tangan suami dia. Beruntunglah dapat suami pandai masak. Nasi Arab, lauk dan segala hidangan pun hasil air tangan suami dia. Hebat. Gambar tak ada sebab tuan rumah pun tak ambik gambar takkan kita pulak terhegeh-hegeh...hahahaa... Kalau blogger dah sah asyik petik-petik kamera tapi ini teman pejabat idok le teman gatal nak petik-petik takut deme pelik.



You Might Also Like

14 ulasan:

  1. ouh mabuk jamuan raya,, ku sangkakan mabuk berisi lagi. hahaha~

    BalasPadam
  2. Seronoknya ada suami yg pandai masak tapi saya tetap seronok ada suami yg tak reti masak coz kalau saya maleh masak, dia bawa makan kat luar...huhuhu

    BalasPadam
  3. uish..nasib lum punch kalau dah punch lagi le kelam kabut nk cari duit

    BalasPadam
  4. jun, mabuk raya samapi tak ingat baki duit di dompet, hihi..
    okle tu. kak ingat "mabuk" yg satu lagi....
    kalau yg itu, tahniahle ya...

    BalasPadam
  5. banyak bebenor memikirnya, sampai duit pun lupa nak cucuk

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,
    Mmmmmm nak beli langxir jugak la...tapi nak rempit ke nilai hu hu hu

    BalasPadam
  7. ..mau merah padam muka kalau selok selok hbag nak bayar..tiba tiba tinggal seringgit.Barang dah bertroli menunggu....adegan yang tak ingin dilalui.

    BalasPadam
  8. ha ha ha...nasib baik bawa atm kan..klu idak buat malu ajer kan sbb kain langsir dah potong mana boleh tak di ambil.

    BalasPadam
  9. Cmne gayanya bole lupa tu kak...sib baik la mesin byar x on lgi...hehe...

    BalasPadam
  10. As salam Kak JunAina,

    Betul tu kak kalau namanya perempuan tak kisah masa raya @ lepas raya pun boleh shopping sakan lagi...hehehe... Salam Aidilfitri! Kalau makan open house sedap2 jgn dilupa kami kat sini, lagi2 org dlm pantang ni ha...hehehe :D

    BalasPadam
  11. pernah jugak jadi kes macam akak...time kes wawa bukan terlupa withdraw...tapi tertinggal purse kat office...malu jugak huhu
    untung kan husband pandai masak...boleh belajar dengan husband :)

    BalasPadam
  12. Hehe...sedapnya soto JA.....lagi lagi ada bergedil!
    Tukang jahit jugaklah jadi mangsa tu yeh hehe...

    BalasPadam
  13. zura pn prnh gk kena cm akak.. hahahaah...

    BalasPadam